'/>
Saya adalah seorang bekas pegawai kanan BPR yang terlibat di dalam penyiasatan kes terhadap Azmin Ali dan isterinya Shamsidar pada tahun 1995. Saya rasa terpanggil untuk mendedahkan bagaimana ‘corrupt’ seorang bernama Anwar Ibrahim dan Azmin Ali di mana kedua-duanya kaya raya dan malah cerita Shamsidar merupakan gundik Anwar pada saya bukanlah suatu yang mengejutkan kerana telah lama perkara ini berlaku. Hanya orang yang pekak, buta dan tuli sahaja yang sengaja mengatakan segala cerita ‘corrupt’ dan juga skandal sex mereka sebagai suatu cerita rekaan atau konspirasi.
Di sini saya hendak menunjukkan contoh bagaimana seorang Ketua Pengarah BPR ketika itu, iaitu Datuk Shafee Yahaya kononnya seorang yang baik, berintegriti, pernah mendedahkan kononnya Dr Mahatir menengkingnya dalam kes Hassan Abul (Pegawai BNM) dan kemudian buat buku pula yan menunjukkan bagaimana baiknya dia. Tapi dalam diam dan ramai orang BPR tahu dia telah menghentikan siasatan kes Azmin Ali setelah mendapat arahan Anwar. Kalau Datuk Shafee betul-betul bersih saya tabiklah. Tapi nak saya bongkarkan ke kisah Datuk sebelum Datuk jadi KP BPR? Maka Datuk Shafee tolonglah jangan nak komen apa-apa selepas pendedahan ini.



baca lanjut disini: http://mymassa.blogspot.com/2012/05/ketua-pengarah-mana-ne.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

SHAH ALAM: Seorang pembantu rumah warga Filipina dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam selepas didapati bersalah mengedar 1.1269 kilogram kokain yang ditemui dalam beg pakaiannya pada 2009.

Tertuduh, Eliza San Gabriel, 45, ditahan di Puduraya, Kuala Lumpur ketika dalam perjalanan untuk menaiki bas ekspres ke ke Haadyai, Thailand, selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dari Peru.
Sebaik diperiksa, polis menemui dadah terbabit yang sudah dicairkan dan dikeringkan pada beberapa helai baju berwarna putih di dalam bagasi wanita itu.
Dalam prosiding semalam, Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menjatuhkan hukuman itu terhadap Eliza selepas mendapati tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah dalam pembelaannya.

Beliau berkata, tertuduh dalam pembelaannya, mendakwa bekerja sebagai pembantu rumah di China dari 2005 sehingga 2009. Ketika di Lapangan Terbang Hong Kong, dia bagaimanapun terlepas kapal terbang untuk pulang ke Manila sebelum menemui seorang wanita yang mengajaknya ke Kuala Lumpur.

“Tertuduh transit di Manila dan sempat bertemu keluarganya selama lapan jam sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur. Selepas tiga minggu di Nilai, Negeri Sembilan, dia kemudian ke Bangkok dan bertemu seseorang yang menawarkannya pekerjaan untuk menghantar pakaian ke luar negara,” katanya.

Mohd Sofian berkata, selepas meneliti semua keterangan, bukti dan hujahan kedua-dua pihak, mahkamah mendapati pembelaan tertuduh itu hanyalah rekaan dan penafian.
Eliza dituduh mengedar 1,126.9 gram kokain di Hentian Puduraya, Kuala Lumpur di sini, jam 8.50 pagi, 28 Ogos 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama, yang membawa hukuman mati mandatori.

Laporan akhbar pada 2 September 2009 menyebut hasil siasatan ke atas wanita Filipina yang ditahan di Hentian Puduraya pada 28 Ogos 2009, bersama 23 helai baju yang mengandungi dadah kokain mendapati wanita itu tidak dianiayai tetapi menyeludup bahan larangan itu dengan rela.

Wanita itu yang tidak mempunyai rekod jenayah serta negatif dadah, pernah melawat Malaysia dua kali dan mengakui dia dibayar upah sejumlah AS$3,000 (RM10,596) dipercayai oleh sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang didalangi warga Afrika.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amahketaligantung/Article

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY