'/>



Golongan belia akan menikmati rebat sebanyak RM200 secara one-off atau bayar sekali bagi pembelian satu unit telefon mudah alih pintar 3G, yang bertujuan membuka akses untuk golongan itu kepada lebuh raya maklumat, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan hari ini. Perdana Menteri berkata, pakej khas itu, yang akan diperkenalkan kerajaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan syarikat telekomunikasi, terbuka kepada belia berumur antara 21 hingga 30 tahun dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah. “Sebanyak RM300 juta disediakan dan akan memanfaatkan 1.5 juta belia,” kata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2013 di Dewan Rakyat, hari ini. Najib berkata, kerajaan juga akan menganjurkan Festival Belia Putrajaya yang menjadi perhimpunan belia terbesar negara sempena perisytiharan 2013 sebagai Tahun Kesukarelaan Nasional. Kementerian Belia dan Sukan sebelum ini berjaya mengumpulkan kehadiran 1.5 juta belia pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya pada Mei lepas. Najib berkata, dalam usaha melahirkan generasi belia yang berpersonaliti tinggi, berintergriti, kreatif dan berinovasi, kerajaan melancarkan program Y-Creative yang melibatkan persatuan belia di seluruh negara. Bagi mengiktiraf peranan belia dalam pembangunan negara, kerajaan akan melancarkan Pertandingan Lautan Biru 1Malaysia for Youth atau 1M4U bagi golongan itu mempersembah idea-idea kreatif dan inovatif menerusi pertandingan di peringkat tempatan, negeri dan kebangsaan. “Tiga idea terbaik akan diberikan peruntukan daripada Dana Sukarelawan 1Malaysia,” kata Najib. Katanya, bagi membantu usahawan muda dalam bidang informasi, komunikasi dan teknologi (ICT), sebuah yayasan dengan nama New Entrepreneur Foundation akan ditubuhkan dengan peruntukan permulaan sebanyak RM50 juta bagi program latihan dan bimbingan. Selain itu, Young Entrepreneur Fund juga diwujudkan dengan peruntukan RM50 juta, disediakan oleh SME Bank. Dana pinjaman mudah alih ini adalah untuk belia berumur 30 tahun ke bawah dengan subsidi kadar pinjaman sebanyak dua peratus dan had maksimum pinjaman sebanyak RM100 serta bayaran balik selama tujuh tahun. – BERNAMA


Itu yang didakwa berlaku kepada seorang pelajar institusi pengajian tinggi, dikenali sebagai Ira apabila gambar dari laman sosialnya dijadikan sebagai senjata pemujaan sihir. Ira, 22, mendakwa, dia telah disihir oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Maria kerana cemburu akan hubungan bersama teman lelakinya serta mahu memutuskan hubungan mereka. Kisah ini terjadi disebabkan bekas teman lelaki wanita tersebut ingin berbaik semula dengan wanita itu.

Teman wanita kepada bekas teman lelaki wanita itu cemburu kerana lelaki itu nak baik-baik semula dengan wanita itu. Maknanya disini, wanita itu kena sihir sebab lelaki itu nak suruh wanita itu kembali kepada lelaki itu dan teman wanita lelaki itu cemburu sebab dorang rapat.  Faham tak? klau x phm baca lagi kat bawah “Maria adalah bekas teman wanita kekasih saya tetapi hubungan mereka telah lama putus. Sebab itu dia menyihir saya kerana ingin melihat hubungan kami hancur. “Kami tidak mengenali antara satu sama lain. “Dia hadir menghulurkan tangan sebagai rakan dan saya sambut kerana ingat dia jujur namun sebaliknya,” dakwanya ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Ira lagi, dia mengetahui disihir oleh Maria melalui sekeping gambar setelah menerima rawatan daripada penaung Pusat Rawatan Islam At Tobibi di Bandar Baru Nilai, Shamsuri Safie pada Jun lalu. Menurutnya, semasa rawatan, dia mendapati gambar mata Maria seolah-olah bersinar setiap kali dia merenungnya. Ketika itu, dia merasakan Maria terlalu baik dan dia menurut segala kemahuannya termasuk berhenti kerja. Dia sering kali ternampak lembaga hitam dan selalu dengar bunyi loceng di bawah katil dia. dia juga pernah bermuntahkan abu mayat [seram!] Berat badan yang asalnya 50KG, tinggal 43KG sahaja sebab terkena sihir itu.

“Bagaimanapun setelah berubat, baru saya tahu bahawa saya bukan sahaja terkena sihir tetapi disantau oleh Maria,” ceritanya. Menurutnya, Shamsuri memberitahunya bahawa Maria telah meletakkan abu mayat di dalam makanannya. Oleh itu, kepada awak awak semua, jangan letak banyak sangat gambar kat FB itu, lagi senang tak payah letak langsung. Letak gambar kucing lagi bagus. Hehehe.. 
Sumber







Apa berita awal tu? PRU 13 ke? Atau terpilih sebagai calon DUN ke? Apa sekalipun ,itu hanyalah spekulasi dan persepsi sahaja. Sebenarnya YB Dato Mukhriz Mahathir telah berkunjung secara tidak rasmi ke Kilang akhbar NSTP yang terletak di Shah Alam. Beliau turut membawa bersama anak -anaknya untuk berkongsi pengetahuan tentang penerbitan sesebuah akhbar. Saya lihat ramai pegawai -pegawai di NSTP yang terkejut dengan kehadiran beliau yang begitu santai itu. 
YB di berikan penerangan ringkas mengenai operasi di sana bermula dari proses pertama bahan ,pengolahan warna serta gambar hinggalah ke proses percetakan. YB Dato Mukhriz Tun Mahathir sangat di senangi oleh pekerja -pekerja teknikal di sana yang kemudiannya menjemput beliau untuk makan dan minum bersama-sama di cafe pekerja .YB tidak kekok apabila makan  dan bercerita bersama mereka hinggakan ruangan makan itu mereka namakan “Cafe Dato Mukhriz”
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa pembiaya asing menyalurkan dana kepada NGO Suaram demi menjatuhkan kerajaan dan menjadikan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.Media akhbar kelmarin menyiarkan dakwaan Mahathir bahawa modus operandi sama dijalankan negara asing dalam Arab Spring – untuk menukar kerajaan di negara Arab.

 Beliau ditanya mengenai penyaluran dana kepada Suaram melalui pertubuhan yang diasaskan oleh jutawan George Soros. Mahathir percaya bahawa sebahagian daripada penyaluran dana berkenaan, termasuk yang didakwanya untuk perhimpunan BERSIH, adalah untuk menyokong Anwar. "Ini bukan inisiatif rakyat Malaysia tetapi inisiatif orang asing. Takkan kita hendak dikuasai oleh orang asing? "Dia bagi duit sana nak bagi jatuh kerajaan supaya orang dia dapat naik dan orang dia di sini secara terang lagi bersuluh, dia nak Anwar.

 "Jika ada (pihak asing cuba mempengaruhi pilihan orang kita dengan bagi duit, itu rasuah," kata Mahathir seperti dipetik dalam laporan itu. Beliau juga menegaskan perkara itu ketika ditanya sama ada pembiayaan daripada Soros memberi kebaikan kepada negara. "Mana boleh baik, dia nak kuasai kita punya politik... Dia nak pilih orang dia jadi PM," dakwanya. Tambahnya Soros mempunnyai tujuan tertentu kerana dana berkenaan disalurkan atas nama demokrasi dan kebebasan.

Baca sepenuhnya: http://www.utaranews.com/2012/09/mahathir-dedah-bantuan-kewangan-asing.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid




Terkejut juak dapat email dari PM...

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

Di suatu waku dahulu Negara di ancam oleh masalah Kominis, ia nya di anggap sebagai ancaman utama kepada keselamatan  Negara , kemudian ia ber alih kepada najis Dadah pula, ramai anak warga Negara kita terlibat, ia mengambil alih tempat sebagai ancaman utama Negara menganti kan Kominis pula.
Kini mengikut peredaran zaman ancaman Negara berubah ubah dari segi keselamatan Negara hingga lah kepada keselamatan diri seperti penyakit jantung, barah dan lain lain.
Boleh lah di kira ancaman dalam pelbagai bentuk ini ada 2 jenis. Yang tidak di jemput dan juga di jemput.Yang datang dari luar dan yang datang dari dalam, tetapi ancaman tetap ancaman.
Salah satu ancaman terbaru ada lah kemasukan Awang Hitam dari Negara Afrika yang kini seolah olah tidak terkawal. Entah apa sebab nya Negara kita menjadi tumpuan AH ini.Persoalan awal ia lah ada kah sistem pertahanan awal Negara senang di bolosi?
Apa kah penyeludupan masuk warga asing ini amat mudah laluan nya? Atau ada pihak tertentu menutup sebelah mata dengan kemasukan AH ini? Puak yang mendapat sesuatu dari kemasukan puak ini.
Begitu ramai warga Negara kita menjadi mangsa kepada mereka mereka ini. Boleh juga di salahkan mangsa dari warga  kita ini  tetapi itu masalah kita yang kita boleh selesai kan cara kita.Biar lah kita bicara tentang tetamu pelik ini yang datang dengan niat pelik ini dahulu.
Jika sistem awal pertahanan Negara kita begitu mudah di bolosi , apa jaminan kepada keselamatan rakyat kita bila serangan bentuk lebih besar datang menyerang?
AH ini begitu ramai berkeliaran sana sini, entah apa kerja nya entah apa pendapatan  nya.
Beratus kali sudah kes kes “black money” dan penipuan wang melalui laman sosial yang di siar kan tetapi mangsa semakin ramai pemangsa pun begitu juga.
Dari urusan “black money” beralih kepada kaldai dadah dan kni penipuan “cinta” pula.
Wang hasil kepada segala ini sudah mencecah ratusan juta. Wang Negara dari wanita ketagih cinta dan wanita ketagih keluar Negara sampai lah wanita yang pura pura tidak tahu diri di tipu semua nya sudah kerap sangat kita saksi kan. Itu yang tersiar, bagai mana pula yang malu untuk memberitahu diri telah di tipu si AH itu kita tidak tahu lagi.
Si AH ini ada yang sampai boleh membuka perniagaan hotel di Negara sendiri hasil penipuan licik mereka di Negara ini.  Malah modal dari penipuan ini ada yang memboleh kan mereka membuka perniagaan di Negara kita ini.Restoren dan lain lain pernigaan.
Jika sesiapa yang ada pengalaman tinggal sewa berdekatan dengan makhluk dari benua jauh ini akan tahu sikap mereka bila sudah ramai. Sedang dalam keadaan sedar pun membimbang kan , apa lagi dalam keadaan mabuk. Dengan bentuk badan yang besar dan tinggi amat sukar untuk Polis kita apa tah lagi warga biasa Negara kita sendiri.
Sudah lah warga dari Negara cina terutama nya wanita masuk dengan ramai nya, kita sendiri pun payah nak cam mereka ini orang cina sini atau orang cina luar. Begitu juga dari India yang kita sangka mamak tapi sebenar nya non Muslim dari India, kini tambahan AH pula.
Ada pendatang ini  yang dapat membentuk koloni nya sendiri,kawasan penduduk tempatan sudah di tawan orang luar. Masuk satu kumpulan maka bertambah lah kumpulan itu kemudian hari. Belum  lagi kita cerita tentang yang datang dari Indonesia terutama nya Aceh.Itu lagi lah sudah tidak terbicara lagi. Dengan sindiket edaran dadah nya.
Warga Negara semakin runsing, walau belum cecah tahap kritikal, tetapi jangan lah sampai warga Negara terasa terancam dan kemudian bangkit protes.Jaga lah sistem pertahanan awal Negara kita. Kos kendalian menjaga keselamatan makin meningkat dengan kehadiran masalah bentuk baharu ini.
Jika di penjara kan pun kos penjag aan makan dan urusan penjara akan meningkat.Bukan kah lebih mudah mengambil tindakan awal supaya penyelesian nya awal juga. Adak ah warga tempatan juga sebenar nya menjadi talibarut kemasukan mereka ini?
Apa pun segera lah tangani hal hal lobos nya sistem kemasukan orang orang ini , makhluk perosak ini harus di buat sesuatu, bayang kan bila mereka sudah ramai dan tidak terkawal lagi.Segera lah kerajaan bertindak.
Sumber: http://www.selangordaily.com/?p=5576&utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

posted from Bloggeroid


Bintangor:
Hasil kerjasama penduduk kampung Tanjung Bundung telah menyiapkan jambatan ke yang menghubungkan dewan serbaguna kampung berkenan.
Dewan ini diperlukan untuk dijadikan pusat aktiviti masyarakat setempat...




posted from Bloggeroid

Mat Hassan-Adun Kuala Perlis ditumbuk lelaki kerana isu pasar

KANGAR - Gara-gara tidak puas hati dengan isu pasar, seorang lelaki yang ada rekod ditahan polis, menumbuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Perlis, Mat Hassan di Kampung Seberang Tok Pi, Kuala Perlis, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kangar, Superintenden Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, wakil rakyat itu bersama isterinya ketika kejadian berada di Kampung Seberang Tok Pi untuk menziarahi kematian.

Katanya, semasa beliau mahu pulang, datang seorang lelaki berusia 36 tahun, memaklumkan peniaga-peniaga pasar di Kuala Perlis ada mengadu kepadanya bahawa mengenai jumlah pelanggan terjejas semenjak Pasar Burma dibuka.

Menurutnya, Mat Hassan kemudiannya memberitahu lelaki berkenaan agar memaklumkan peniaga-peniaga pasar terbabit supaya datang berbincang mengenai masalah itu dengannya.

Walaupun Adun itu meminta lelaki berkenaan memaklumkan perkara tersebut kepada para peniaga, lelaki terbabit masih bercakap mengenai masalah tersebut, tambah beliau.

“Semasa pengadu ingin bergerak pulang suspek masih bising-bising dan tiba-tiba meluru ke arah pengadu dan melepaskan satu tumbukan di muka sehingga menyebabkan pengadu mengalami luka dan sakit di bawah mata pipi kirinya," kata beliau.


Sumber: http://jawaber6.blogspot.com/2012/09/adun-kuala-perlis-ditumbuk-penyokong.html?m=1

posted from Bloggeroid

Ini adalah dua dokumen dari PMBked kepada Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. Tentu ada yang tertanya, apa kesalahan yang dilakukan oleh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. dan apa kaitannya dengan kerajaan negeri dan Pas Kedah..Lihat dokumen dibawah 


Tahukah anda Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. telah diberikan Direct Tender oleh PMBked sekalu wakil kerajaan negeri. Kuat betul pengaruh Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni, siapa dibelakangnya? 
Projek Balak 200 Ekar dan Kuari Batu berekar-ekar dengan mudah dia dapat. Tanpa perlu bersusah payah bersaing untuk berebut tender. 
Quartzcity Global Resources Sdn. Bhd. ni company baru, apa relevannya diberi projek besar? 
Apa kelayakkan yang dipakai oleh kerajaan negeri? 
Apakah syarikat ini salah satu syarikat kroni besar kerajaan Pas Kedah? Ada makan persen kot?? 
Bukan satu projek yang PMBKed berikan pada Quartzcity Global, banyak dan berharga jutaan ringgit. 
Apakah di Kedah ni cuma ada company Quartzcity Global? Company lain tak boleh cari makan? Sudah la diberi secara 'Direct', kemudian dapat projek bernilai jutaan ringgit, malah bukan hanya satu!! Siapa agaknya didalam Quartzcity Global ni?

Dalam Quartzcity Global, terdapat seseorang yang bernama Mohd Ikhram B. Shafie, Mohd Ikhram ni ada hubungan rapat dengan MB Kedah sebab dia salah seorang ahli keluarga mereka. Hubungan rapat yang macam mana? ]



Sumber: http://umb-ppum.blogspot.com/2012/09/tmk-dedah-menteri-besar-kedah-kayakan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR 4 Sept - Salah seorang suspek yang disyaki bertindak menghina gambar Perdana Menteri pada malam sambutan Kemerdekaan di Dataran Merdeka, 30 Ogos lalu disahkan dalam tahanan pihak polis.
 
Bukit Aman menahan seorang pelajar kolej swasta di Taman Maluri, Cheras pada jam 12 tengah hari tadi bagi membantu siasatan.
 
Tangkapan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota diketuai Ketua Penolong Pengarah Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Bukit Aman.
 
Suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk siasatan lanjut.
 
Turut dibawa bersama suspek, dua rakan sekuliahnya yang merakamkan perbuatan melampau suspek pada malam kejadian.
 
Kesalahan menunjukkan punggung pada gambar pemimpin negara yang dianggap sebagai satu penghinaan dan disiasat mengikut Seksyen 114 Akta Hasutan.


Sumber: http://klpos.com/jenayah/14912-suspek-hina-gambar-pm-ditahan?

posted from Bloggeroid

TANPA kita sedari, negara kita telah mengacapi kemerdekaan selama 55 tahun. Sepanjang waktu itu, kita bebas dari pemerintahan luar termasuk British, Jepun mahupun komunis atau Bintang Tiga.
Pahit getir yang dilalui sewaktu zaman penjajah bukan sahaja dirasai oleh pejuang negara dan seluruh penduduk, malah karyawan seni yang mengharungi kehidupan ketika itu turut menghela nafas panjang untuk menempuh hari-hari mendatang.

Jika sebelum ini, Seniman Negara, Datuk Aziz Sattar, 87, sering berkongsi kisah-kisahnya bersama bintang legenda, Tan Sri P Ramlee, namun sempena sambutan kemerdekaan ini, beliau berbesar hati untuk berkongsi kisah perit ketika zaman penjajah.

Menurut bintang legenda yang mesra dipanggil Pak Aziz ini,  ketika negara dijajah, rakyat hidup dalam kesengsaraan dan penuh derita.

“Setiap hari, ada sahaja pertumpahan darah dan rakyat dibunuh tanpa belas kasihan. Saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mayat bergelimpangan di sana sini.

“Ketika itu, umur saya baru mencecah belasan tahun. Ketika negara di bawah jajahan British, kesemua hasil dalam negara turut dijajah.

“Namun, keperitan mula semakin dirasai setelah Jepun datang. Peperangan terjadi di sana sini sehinggakan rakyat takut untuk keluar rumah,” katanya sambil fikirannya menerawang jauh mengingati detik-detik itu.

Menurut Aziz, ketika itu, kesengsaraan sangat dirasai apabila makanan utama yang hanya boleh didapati hanyalah ubi kayu sahaja.

“Kalau dapat segenggam beras, ia dah kira bersyukur. Kayu ubi kayu, bukan sahaja isinya yang dimakan, malah kulit juga menjadi hidangan kami.

“Bekalan ubat juga tidak diperoleh. Jika ada orang sakit, ia hanya dibiarkan begitu sahaja sehingga mati. Ketika itu juga, saya sanggup mencuri.

“Saya akan mencuri beras, gandum dan makanan lain untuk diagihkan kepada yang memerlukan. Jika saya tidak berbuat begitu, mungkin saya tidak dapat menolong mereka,” katanya sambil menggelengkan kepala.

Penderitaan rakyat tidak hanya berakhir setelah Jepun menyerah kalah pada 1945, malah kehadiran semula British mengundang Bintang Tiga atau komunis untuk melunaskan dendam terhadap Jepun sebelum ini.

“Namun, kekejaman komunis hanyalah sementara kerana mereka bukanlah pengganas yang digeruni. Mereka hanya berani menentang dari belakang dan takut untuk berdepan.

“Ketika pemerintahan British, mereka menubuhkan Malayan Union. Dengan kebijaksanaan Datuk Onn Jaafar, beliau membantah penubuhan Malayan Union dan menubuhkan United Malays National Organisation (Umno).

“Perbincangan yang berbekalkan sebatang pen dan kertas itu berjaya. Pada  1948, Malayan Union diubah kepada Perjanjian Persekutuan yang ditandatangani Raja-Raja sekali gus mengembalikan Tanah Melayu ke pangkuan orang Melayu,” katanya yang merungkap makna Umno adalah ‘Tanpa Senjata’.]

Sumber: http://peraktoday.com/wp/?p=83113&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY