Related Pots
Related Pots
Related Pots
Related Pots
Kecanggihan aplikasi di dalam telefon bimbit masa kini disalahgunakan segelintir remaja untuk membaca cerpen lucah lengkap bergambar dari Indonesia dengan bayaran langganan RM17 seminggu. Mendedahkan aktiviti tidak bermoral itu, seorang pelajar dikenali sebagai Rosli, 15, berkata, dia dan ramai rakan kini seronok, malah ada yang mula ketagih membaca cerpen lucah dari negara jiran itu. Menurutnya, ada ratusan cerpen lucah boleh dilayari dan dibaca dengan mudah menerusi skrin telefon bimbit yang setiap satu turut memaparkan gambar pornografi wanita dari negara berkenaan. “Dengan bayaran Internet RM17 seminggu, tidak sukar untuk memasuki laman web menawarkan bahan bacaan lucah itu kerana pautannya boleh dicapai dengan perkataan tertentu. “Walaupun kebanyakan laman web lucah tempatan sudah disekat, kami masih boleh menikmati cerita lucah dari Indonesia dengan menggunakan perkataan tertentu menggunakan bahasa Indonesia,” katanya.
Metro
Related Pots
JOHOR BAHRU: Seorang pengamal perubatan tradisional tercampak sejauh tiga meter ketika cuba mengambil objek seakan-akan pocong yang dicampak di depan rumah Ahli Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah (MPJBT), Pandak Ahmad, 49, di Taman Mutiara Rini, di sini, semalam. Bagaimanapun, dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, selepas membaca ayat suci al-Quran selama beberapa minit baru pengamal perubatan Islam terbabit berjaya mengangkat objek yang dipercayai menjadi medium ilmu hitam itu. “Saya tidak menyangka sihir digunakan terlalu kuat sehingga tubuh saya boleh tercampak,” kata pengamal perubatan berusia 50-an itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ustaz. Menurutnya, selepas mengangkat objek sepanjang 45 sentimeter itu dan melakukan pemeriksaan, ia didapati penuh dengan serbuk pewarna merah, dicucuk jarum dan tulisan Siam. Katanya, objek pocong itu dipercayai diisi menggunakan tanah kubur dan diwarnakan merah melambangkan darah manakala tulisan Siam yang tertera adalah sebahagian mantera.
Sumber :sini
Related Pots
TINDAKAN KE ATAS BODYGUARD ANWAR YANG ACU PISTOL.. MELAKA 13 Okt. - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kertas siasatan melibatkan pengawal peribadi Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ke arah orang awam pada satu ceramah di Jasin dekat sini September lalu telah siap dan akan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG) dalam tempoh terdekat ini. "Kertas siasatan berhubung insiden tersebut telah lengkap dan kita akan hanitar kepada pejabat AG untuk tindakan selanjutnya," ujarnya. Beliau ditemui selepas majlis penganugerahan darjah, bintang, tauliah dan pingat sempena Hari Jadi Ke-74 Yang Dipertua negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob di Seri Negeri, Ayer Keroh, di sini hari ini.Ismail menerima Darjah Cemerlang Seri Melaka (DCSM) yang membawa gelaran Datuk Wira. Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI), Muhammad Zahid Md. Arip yang mempersoalkan tempoh masa yang perlu diambil oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menyiasat kes tersebut walaupun segala bukti telah dikemukakan - UM
Sumber
Related Pots
Inilah yang berlaku di Pulau Pinang. Negeri yang diperintah dibawah kuasa DAP. Biarpun ada PKR dan PAS, mereka hanya sampah dalam pentadbiran negeri kerana DAP berkuasa secara total. Malik Itik memang tak layak langsung jadi Exco Agama di Pulau Pinang. Tengoklah apa yang jadi. Setiap tahun peruntukan untuk pembangunan Islam dikurangkan. Ini baru 5 tahun, bayangkan lama lagi kuasa diberi di tangan mereka? Daripad RM8Juta boleh jadi RM8000 sahaja setahun. Ini semua benda yang disembunyikan oleh pemimpin pakatan di Pulau Pinang kerana takut kepada DAP yang memegang tampuk pemereintahan negeri. Masing-masing nak jaga kedudukan. Apakah nasib orang melayu dan Islam di Pulau Pinang kelak?
Baca sepenuhnya
Related Pots
Panas!!!Padang futsal kompleks sukan mdmj ditutup?!!!Dah lah padang futsal di Meradong sik ada...Tempat main yea ditutup....Apa nak jadi? !!..perkara tok admin akan rujuk kepada pihak yang berkenaan..
Related Pots
Namun, dengan kenyataan pendakwa kerajaan Perancis yang tersohor, Yves Charpenel yang dikeluarkan semalam, bahawa tiada perbicaraan mengenai pembelian scorpene di Perancis dan bahawa apa yang berlaku hanyalah perbicaraan oleh media pembangkang Malaysia, dilihat sebagai titik noktah kepada siri penipuan SUARAM dan pembangkang itu. Charpenel juga mengulangi penjelasan kerajaan sebelum ini, bahawa apa yang berlaku ialah dua ‘hakim penyiasat’ bebas telah menyiasat isu ini sejak awal tahun ini berdasarkan aduan oleh SUARAM.
Ini kerana mengikut undang-undang, semua aduan perlu diberi perhatian dan disiasat sewajarnya secara tertutup dan rahsia. Walaubagaimanapun, hakim penyiasat ini tidak punya hak untuk menyiasat atau menyoal siasat merentasi sempadan negaranya tanpa mendapat kebenaran dari kerajaan negara terbabit sebagai menghormati Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama yang dipegang oleh semua negara di dunia.
Baca sepenuhnya
Related Pots
RANTAU PANJANG – Seorang kanak-kanak perempuan berjaya menyelamatkan dirinya daripada sebarang kecederaan dengan hanya memakai tuala mandi dalam kebakaran di Banggol Kulim, dekat sini, selepas Subuh, semalam. Ketika kejadian, mangsa, Normaizura Mohd Ali,12, sedang bersiap-siap untuk ke sekolah dikejutkan dengan teriakan ibunya memanggilnya keluar kerana api sedang marak di kediaman mereka. Murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Sri Rantau Panjang Dua itu berkata, tanpa berfikir panjang, dia terus keluar walaupun hanya bertuala ketika itu demi menyelamatkan dirinya. Normaizura berkata, ketika itu dia hanya memikirkan tentang keselamatan diri serta ibunya sahaja. “Sebaik keluar dari bilik air, emak menunggu di luar, walaupun hanya memakai tuala mandi, saya nekad untuk menyelamatkan diri dan terus ke rumah emak saudara terletak bersebelahan untuk meminjam baju kerana semua pakaian hangus. “Api marak dengan cepat dan kami bersyukur sempat menyelamatkan diri serta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, semalam. Ibunya, Fauziah Abdul Rahman,47, pula berkata, setelah menyedari api merebak ke rumahnya, dia menjerit memanggil anak bongsunya itu supaya segera keluar dari bilik air. Katanya, api yang dipercayai bermula dari rumah pertama begitu pantas merebak ke rumahnya yang merupakan kediaman ketiga dijilat api dalam kejadian pagi semalam. Menurutnya, dia sedar ketika itu semua barang berharga tidak dapat diselamatkan , justeru terus menjerit memanggil anaknya keluar. “Sebaik Normaizura keluar dari bilik air, kami terus menyelamatkan diri,” katanya yang masih terkejut dengan kejadian menimpa mereka anak- beranak. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Nashuha Fahd Ahmad Mijar berkata,kebakaran awal pagi itu melibatkan tiga kediaman musnah dan rumah bersebelahan hanya terjejas sedikit. Menurutnya, pihaknya menerima panggilan memaklumkan kejadian kira-kira jam 7.02 pagi, ketika sampai di tempat kejadian, api sudah membakar 70 peratus kediaman mangsa. “Bomba dengan 15 kekuatan dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang dan Pasir Mas mengambil masa kira-kira 15 minit mengawal dan memadam kebakaran. “Api cepat merebak memandangkan kediaman mangsa sebahagian besarnya diperbuat daripada kayu,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian, semalam.
Baca sepenuhnya
Related Pots
Pendaftaran bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 akan bermula pada 1 November ini, umum Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah pada Isnin. Beliau berkata tempoh selama dua bulan diberikan bagi membolehkan orang awam mendaftar di Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pejabat daerah bermula daripada tarikh berkenaan. “Bagi mereka yang pernah menerima BR1M mereka tidak perlu mendaftar sekali lagi kerana mereka akan mendapatnya secara automatik. “Pendaftaran ini adalah bagi mereka yang tercicir sebelum ini dan orang bujang berusia 21 tahun ke atas yang mempunyai pendapatan RM2,000 dan ke bawah,” katanya Ahmad Husni berkata kerajaan merancang untuk memberikan BR1M pada awal tahun hadapan. Pada pembentangan Belanjawan 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengumumkan kerajaan sedia menyambung pemberian BR1M 2.0 kepada penerima sedia ada dan baru serta individu yang belum berkahwin yang memiliki pendapatan bulanan RM2,000 dan ke bawah.
Sumber: http://www.umno-online.my/?p=69392&utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29
Related Pots
Related Pots
Tarikh:6 oktober 2012
Jam:7. 30 pagi
Tempat:jln abg amin,jln abg ali,jln sekolah,jln bidadari dan jln pengiran kadir. .
Related Pots
MANA PIHAK BERKUASA ?!! Ini salah satu je.. Berlambak lagi page-page yang menyumbang kepada keruntuhan akhlak, perosak rumahtangga dan menggalakkan maksiat !!! Oleh itu, aku memang setuju kalau dikatakan Facebook ni punca berlakunya keretakan rumahtangga dan juga punca kerosakan moral kepada anak muda. Heh.. bukan anak muda je.. yang tua kerepot pon tompang sebulu !!! Tak cukup dengan tu, jual beli pelacur pun guna facebook tu...
Sumber
Related Pots
Naim Engineering Sdn Bhd, UEM Construction Sdn Bhd dan Apex Communications Sdn Bhd telah dianugerahkan tiga pakej stesen Transit Aliran Massa (MRT) bernilai RM732.2 juta bagi projek MRT laluan Sungai Buloh-Kajang. Pemberian itu dibuat susulan mesyuarat Jawatankuasa Pemerolehan Sehenti di Putrajaya yang dipengerusikan oleh Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, kata syarikat itu dalam satu kenyataan. Naim Engineering Sdn Bhd dianugerahkan Pakej S2 bagi pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat dan kerja-kerja berkaitan lain di Taman Industri Sungai Buloh, PJU 5 dan Dataran Sunway.
Kontrak bagi pakej ini bernilai RM204.7 juta. "Pemberian pakej ini adalah bidaan dinilai terbaik daripada kumpulan yang telah disenarai pendek sebelumnya. Dengan tiga lagi pakej stesen diberikan, saya gembira untuk menyatakan bahawa projek MRT sedang berjalan dengan lancar," kata Ketua Pegawai Eksekutif MRT Corp Datuk Azhar Abdul Hamid. Naim Engineering juga merupakan pembida yang berjaya bagi Pakej S4 untuk pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat dan kerja-kerja berkaitan lain di Seksyen 16 di Pusat Bandar Damansara dan Semantan. Kontrak bernilai RM208 juta itu diberikan pada 26 Julai. UEM Construction Sdn Bhd pula menerima Pakej S3 bernilai RM275.8 juta bagi pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat di The Curve, One Utama dan Taman Tun Dr Ismail dan kerja-kerja berkaitan lain.
Syarikat itu juga diberikan Pakej V8 bagi pembinaan dan penyiapan jejambat transit dan kerja-kerja berkaitan lain dari Taman Mesra ke Stesen Kajang. Kontrak bernilai RM951 juta itu diberikan pada 26 Sept. Sementara itu, Pakej S8 bernilai RM251.7 juta bagi pembinaan dan penyiapan stesen bertingkat di Saujana Impian, Bandar Kajang dan Kajang dan kerja-kerja berkaitan lain telah diberikan kepada Apex Communication Sdn Bhd. Terdahulu Apex Communication diberikan Pakej S7 bagi pembinaan dan penyiapan stesen di Balakong dan Taman Koperasi. Kontrak bernilai RM104.7 juta itu diberikan pada 28 Ogos. Ketiga-tiga pakej itu dibuka kepada 12 syarikat Bumiputera yang sebelumnya telah pralayak bagi tender itu. Setakat ini, 48 daripada 85 jumlah pakej tender bagi projek MRT telah diberikan. - BERNAMA
Sumber: http://www.penembak-tepat.com/2012/10/tiga-syarikat-peroleh-pakej-stesen-mrt.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1