'/>

Penyerahan Borang BL1M oleh Pemangku Ketua Pemuda PBB N40 Meradong Sdr Helmi bin Morsili kepada Sdr Morshien Affendi...
Lebih 200 permohonan BL1M diterima oleh pemuda PBB N40 Meradong...

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

SEJAK mengambil alih Selangor pada Mac 2008, kerajaan negeri Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak pernah serius dalam menunaikan janji-janji dalam manifestonya.

Apabila Gabungan Prihatin Rakyat Selangor (GPRS) yang pertama sekali tampil mempersoalkan janji-janji yang dimungkiri kerajaan negeri serta memulakan tindakan saman, keprihatinan NGO itu disambut remeh pula oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Malah, Abdul Khalid mencabar pula sesiapa sahaja termasuk GPRS menyaman kerajaan negerinya. Lebih teruk lagi, boleh dijawabnya: "Manifesto itu bukan janji."

Membangkitkan isu ini, Pengerusi GPRS, Datuk Sohaimi Shahadan mengingatkan Abdul Khalid supaya jangan bertindak seolah-olah mahu berperang dengan NGO dan rakyat Selangor yang mempersoalkan kejujurannya.

"Jangan cuba kelirukan rakyat Selangor. Jangan asyik berpolitik sepanjang masa. Saya percaya pelbagai kumpulan rakyat sudah buka mata dengan melihat tembelang kerajaan PKR memerintah Selangor.

"Mereka ini kumpulan silence majority yang memberontak dan tak meluahkannya kepada media. Tetapi mereka inilah yang akan beri satu pengajaran berguna kepada kerajaan negeri yang berjanji kosong ini pada pilihan raya umum nanti," kata Sohaimi kepada Utusan Malaysia Jumaat lalu.

Sohaimi, 44, menggariskan isu-isu berikut yang menyaksikan kegagalan pentadbiran kerajaan PKR atau pakatan pembangkang Selangor dari 2008 hingga hari ini.

1. ISU PASIR

- Kerajaan PKR Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

* Janji sasaran kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009 Menteri Besar.

* Namun ketika bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.

* Ini hanya 3 peratus sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.





2. ISU HUTANG TALAM

- Kerajaan Selangor tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.

* Dewan Undangan Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli hutang Talam Corp.

* Secara prinsipnya adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah syarikat swasta.

* Strategi pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu "syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada masa sama setuju untuk membeli kembali aset yang sama atau yang bersamaan nilainya pada harga yang sama"

* Memetik kata-kata mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh penyangak penyangak di dalam sektor korporat".
Baca seterusnya: http://www.penembak-tepat.com/2013/02/8-perkara-kegagalan-utama-kerajaan-pr.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

JAKARTA: Perasaan curiga dan cemburu seorang wanita terhadap suaminya yang dipercayai curang menyebabkan dia tergamak memotong alat kelamin suaminya dengan sebilah pisau dapur, dalam satu kejadian di Jawa Timur.

Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Kampung Langsar, dalam daerah kecil Saronggi, Sumenep, laporan portal berita Tempo.Co.

"Kejadiannya sekitar pukul 4 pagi," kata Mahrus, penduduk Langsar sebagaimana dipetik laman portal berita itu.

Beliau berkata ketika itu lelaki berkenaan sedang tidur nyenyak dalam bilik, isterinya yang terjaga dari tidur terus menuju ke dapur, mengambil sebilah pisau, kembali ke bilik tidur dan memotong alat kelamin suaminya.

Pasangan suami isteri itu berusia 33 tahun.

Jurucakap polis daerah Saronggi yang megesahkan kejadian itu berkata berdasarkan maklumat yang dikumpul polis, wanita itu nekad memotong alat kelamin suaminya kerana mengesyaki beliau menjalin hubungan sulit dengan wanita lain.

"Suspek sudah kami tahan dan masih menjalani proses siasatan di balai polis," katanya.

Mangsa kejadian itu kini sedang menjalani rawatan intensif di Hospital Daerah Moh Anwar, Kota Sumenep.
Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/wanita-indonesia-potong-alat-kelamin-suami-kerana-cemburu-8134

posted from Bloggeroid

Ketua Pembangkang semakin berkecamuk fikirannya ekoran tekanan politik yang dihadapi menjelang Pilihan Raya Umum ke 13 yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Kalau dalam istilah peperangan, Anwar Ibrahim terpaksa mengeluarkan semua senjata sulitnya bagi menghadapi populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang semakin meningkat.

Malah, Anwar jelas nampak tertekan apabila rakyat mula memberi respons yang cukup memberangsangan terhadap segala usaha serta program untuk membantu dan meringankan kos kehidupan.

Boleh dikatakan tidak ada kelompok atau golongan rakyat yang tidak menerima mahupun menikmati limpahan rahmat hasil daripada keprihatin kerajaan Barisan Nasional.

Daripada BR1M 1.0 dan kini BR1M 2.0 dan seterusnya BRIM 3.0 pada masa depan hinggalah kepada program-program membantu ibu tunggal, pelajar sekolah, golongan belia dan remaja, siswa siswi, pemandu teksi, anggota tentera yang bersara, pemandu teksi, kumpulan OKU, golongan berpendapatan rendah dan peneroka Felda.

Semuanya mendapat bantuan kewangan dari kerajaan yang berjaya membangun ekonomi negara sehingga menjana pendapatan yang cukup untuk disalurkan secara terus kepada rakyat.

Pembangkang pula asyik berceramah siang dan malam menjual janji-janji manis setakat air liur di corong-corong udara.

Mereka gagal untuk membela rakyat tetapi mencaci, memfitnah dan mentohmah pihak kerajaan yang bertungkus lumus untuk membina negara yang lebih maju dan makmur.

Anwar sedar beliau gagal untuk membuktikan kepada rakyat bahawa janji yang dibuat mampu direalisasikan.

Maka apa saja isu yang boleh memberi ‘political mileage’ atau keuntungan politik akan digunakan walau pun kadangkala jelas remeh temeh.

Oleh itu, untuk mengalih pandangan, beliau membuat kacau dengan menggunakan beberapa kuda tunggangan untuk menjaykan agenda politiknya.

Terkini Anwar cuba menggunakan senator bebas dari Australia, Nick Xenophon untuk campur tangan dalam proses pilihan raya negara ini.

Ketika gagal mengguna Bersih untuk menumbangkan kerajaan, Anwar terpaksa menebalkan muka untuk merayu kepada kerajaan negara itu memantau perjalanan pilihan raya di Malaysia tetapi malangnya usahaya ditolak mentah-mentah.

Senator Xenophon yang tidak mewakili parti pemerintah Australia menjadi benteng terakhir Anwar untuk terus menyerang Suruhanjaya Pilihan Raya tetapi ini pun gagal apabila awan beliau itu ditahan oleh pihak Jabatan Imigresen dan kemudian dihantar pulang.

Baca sepenuhnya: http://peraktoday.com/?p=107377&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter


posted from Bloggeroid





posted from Bloggeroid

Kemelut Pakatan Pembangkang yang kian hangat berlaku di Sabah juga berlaku di Sarawak. Situasi ini dijangka akan memberikan kesan yang baik kepada BN di Sabah dan Sarawak juga Labuan.

Sehingga kini kemelut pembahagian kerusi di Sabah yang membabitkan Pakatan Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS, dan Parti Maju Sabah (SAPP), Angkatan Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tidak pernah selesai dan tidak akan selesai. Ini kerana Pakatan Pembangkang menerusi Anwar Ibrahim masih berkeras bahawa parti di bawah Pakatan Pembangkang wajar diperuntukan kerusi yang lebih di Sabah pada PRU-13.

Baca sepenuhnya: http://cetusankenyalang.blogspot.com/2013/02/perebutan-kerusi-pakatan-pembangkang-di.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Cara politik PR hari ini semakin melampau. Jarang aku mendengar dari mulut Najib untuk burukkan orang PR, tapi kenapa sanggup juak PR perlakukan Najib sedemikian rupa?

Kecewa dengan usaha fitnah selama ini terhadap Najib selalu gagal, trooper PR sanggup edit gambar di atas semata-mata nak jatuhkan Najib?

Inikan cara berpolitik yang juak PR agungkan? Merekayasa gambar fitnah dan mengaibkan orang lain? Mungkin semua ini kerana juak PR tidak tahan dengan transformasi yang Najib lakukan hari ini.

Usaha yang Najib lakukan untuk kembalikan sokongan rakyat nampak positif walaupun masih ada segelintir yang tidak dapat menerima. Tetapi hakikatnya, Najib mula mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN.

Sumber: http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/02/hot-gambar-separuh-bogel-pulak-dibuat.html?m=1

posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR: Siasatan Polis Eropah (Europol) terhadap gejala rasuah global kini ada kaitan dengan kancah bola sepak tempatan.

Itulah pandangan bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Malek Rahman yang pernah digantung satu setengah tahun pada 1994 kerana terbabit dengan gejala itu.

“Bagi saya ini melibatkan seluruh dunia. Jika kita melihat kelab luar negara, penaja mereka merupakan adalah 'online betting'," kata Malek.

“Ini sudah menunjukkan perancangan mereka."

Malek turut menyifatkan,pertaruhan secara di laman web kini, memudahkan 'bookie-bokie' bola sepak ini beroperasi.

Justeru ia tidak mengejutkan, apabila Europol mendedahkan, gejala ini turut membabitkan Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia dan juga saingan Euro.

Malek juga menyarankan Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan segera terhadap mereka yang disyaki terbabit.

Bekas kapten Selangor ini turut menyuarakan kesediaannya untuk membantu FAM dan pihak berkuasa memerangi gejala ini.

Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/siasatan-rasuah-bola-sepak-europol-ada-kaitan-dengan-liga-m-6771

posted from Bloggeroid

Johan Jaaffar (@Johan_Jaaffar) tweeted at 11:27 PM on Fri, Feb 08, 2013:
Menurut WHO, kos kemalangan jiwa bagi negara-negara membangun dianggarkan RM330 bilion setahun, itu tak termasuk kos emosi dan psikologi
(https://twitter.com/Johan_Jaaffar/status/299902377601925120)

Get the official Twitter app at https://twitter.com/download

posted from Bloggeroid


Pahal bos termenung jak...kan dah dapat RM500. ..?
Abis dah bos...dah berik makan kuda...
Hahaha. ..
P/s:cerita kosong jak sik ada kaitan orang idup atau mati...

posted from Bloggeroid




posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR : Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu pemberian kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah.

Bekas Perdana Menteri berkata, perbuatan Anwar itu di luar pengetahuannya kerana tidak pernah memberi arahan tersebut.

"Projek IC (kad pengenalan) itu boleh berlaku tanpa pengetahuan dan arahan daripada atasan.

"Anwar ketika itu memang mempunyai kuasa tetapi apa yang berlaku tidak semestinya atas arahan.

"Beliau (Anwar) selalu membuat perkara yang bertentangan dengan arahan. Dan, kadangkala perbuatannya lebih daripada arahan yang dikeluarkan," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis makan tengah hari anjuran Institut Kepimpinan Strategik Asia sempena ulang tahun ke-20 badan pemikir itu, di sini hari ini.

Dr. Mahathir sebelum ini dituduh memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan kepada pendatang asing di Sabah sebagai ganti undi.

Ditanya adakah beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut katanya; "Kadangkala kita tahu apa yang berlaku cuma tidak ada bukti untuk ditunjukkan.''

Katanya, beliau bersedia untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai pendatang tanpa izin di Sabah jika dipanggil.

Sementara itu, beliau berkata, Malaysia tidak perlu lagi bergantung kepada pelaburan langsung asing (FDI) kerana perbelanjaan domestik negara cukup kukuh.

Dr. Mahathir berkata, meskipun begitu, negara amat bertuah kerana pelabur asing terus-menerus mengintai peluang untuk menjalankan perniagaan di sini.

Menurut beliau, yang menariknya, pelabur mengintai masuk ke Malaysia bukan sekadar membuat pelaburan berjuta-juta sebaliknya berbilion-bilion.

"Ini menunjukkan pelabur asing cukup berkeyakinan dengan ekonomi dan kestabilan negara ini," katanya.
baca sepenuhnya: http://pasberuk.blogspot.com/2013/02/anwar-dalang-dalam-pemalsuan-ic.html?m=1

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY