Related Pots
Kampung Bintangor dipercayai mula dibuka penempatannya pada tahun 1896. Ia terletak kira-kira 22 kilometer dari Sarikei dan lebih kurang 50 kilometer dari Sibu. Penduduk yang membuka penempatan ini berpindah ke Kampung Bunut Ulu kerana tanah di Kampung Bintangor pada masa itu tidak sesuai untuk tanaman padi. Walau bagaimanapun, pemerintah pada zaman itu ialah Raja Brooke telah memanggil kembali penduduk yang berhijrah ke Bunut Ulu untuk menetap di Kampung Bintangor. Ini kerana mereka diberi tanggungjawab untuk menjaga keselamatan pedagang-pedagang dari Sibu dan Sarikei yang sering dirompak di Bintangor. Kedudukan Bintangor yang berada di tengah Sarikei dan Sibu menyebabkan Bintangor sebagai kawasan strategik kepada perompak-perompak pada masa dulu.
Asal-usul nama Kampung Bintangor ialah Kampung Binatang. Timbul nama Binatang kerana ada peristiwa aneh yang berlaku di mana tiba musim buah ‘engkabang’.Pelbagai jenis binatang aneh yang tidak pernah dijumpai datang dan berhijrah hanya untuk makan buah ‘engkabang’. Kejadian aneh ini menyebabkan penduduk setempat memberikan nama kampung ini sebagai Kampung Binatang.
Pada tahun 1935, kaum Cina, Iban dan Melayu bermesyuarat sesama mereka bertujuan untuk mencari nama baru bagi kampung mereka. Namun, pada tahun 1984 Kerajaan Sarawak mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak . Daerah Binatang telah ditukarkan kepada Meradong manakala nama bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama Bintangor yang diambil sempena dengan nama pokok yang banyak terdapati di situ. Nama Meradong pula diambil sempena nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah Kampung Bintangor.
Pokok Bintangor yang dipercayai boleh menjadi penawar dan menjadi ubat kepada penyakit AIDS. Pokok Bintangor boleh tumbuh di mana-mana sahaja samada di lereng-lereng bukit atau tanah rendah.
Manakala buah Limau Bintangor pula cukup terkenal di Sarawak. Limaunya yang berperisa masam manis sentiasa menjadi tarikan penggemar buah di Sarawak. Oleh kerana itu, limau telah dijadikan maskot Bandar Bintangor.
Bintangor mempunyai penduduk yang ramah dan masih menjadikan basikal sebagai kemudahan untuk bergerak. Pengunjung-pengunjung dapat melihat kanak-kanak, remaja, belia dan golongan tua mengayuh basikal di mana sahaja. Memandangkan beberapa buah kampung yang terdapat di dalam kawasan Kampung Besar Bintangor berdekatan, maka mudah untuk penduduk berhubung melalui jalan darat. Manakala Kampung Bintangor dengan Kampung Tanjung Bundong, Kampung Selemas dan Kampung Lebaan ialah menggunakan jalan sungai atau menaiki bot.
Kampung Melayu yang terdekat dengan bandar ialah Kampung Bintangor. Kampung Besar Bintangor ini terbahagi kepada lima kampung lain iaitu Kampung Abang Amin, Kampung Muhibbah, Kampung Abang Ali, Kampung Bidadari dan Kampung Gelam. Manakala kampung Iban yang berdekatan pula ialah Kampung Pilit, Kampung Turak, Kampung Gemuan dan Kampung Selidap. Sumber pendapatan utama mereka ialah berkebun dan bercucuk tanam secara kecil-kecilan. Di kebanyakan tempat, penduduk kampung menanam padi hanya untuk keperluan keluarga sahaja.
Sumber pendapatan utama Bandar Bintangor kebanyakannya menerusi pertanian. Pelbagai jenis tanaman yang memberi hasil kepada penduduk Bintangor diusahakan seperti padi, limau, nanas, koko, getah, pisang dan bermacam-macam lagi.
Penduduk Kampung Bintangor tidak dapat lari dari kehidupan di sungai. Sungai adalah sumber rezeki kepada penduduk yang bekerja sebagai nelayan sungai. Setiap lorong di kampung ini pasti ada jeti kecil untuk kegunaan nelayan meletakkan sampan dan naik ke darat. Kebiasaannya, hasil tangkapan adalah untuk makanan sendiri dan jika hasil tangkapan banyak, ia akan terus di jual di pasar basah ataupun dijual atas permintaan penduduk kampung sendiri.
Kaedah yang digunakan oleh nelayan sungai kampung ini ialah kaedah tradisional yang mana masih menggunakan jala sebagai alat untuk mendapatkan hasil sungai. Nelayan- nelayan ini selalunya akan menjala di tepi- tepi sungai mengikut arus aliran sungai sama ada surut ataupun pasang. Selain menggunakan jala, nelayan- nelayan kecil ini turut menjadikan joran sebagai alat untuk menangkap ikan.
Kemudahan awam sememangnya amat penting di setiap penempatan. Ia memudahkan penduduk untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bagi penduduk Bintangor, mereka amat berpuas hati kerana kemudahan yang disediakan sentiasa di naik taraf dan di selenggarakan dengan baik. Penduduk-penduduk juga sentiasa memantau dan memperbaiki kemudahan jika berlaku kerosakan kecil supaya kemudahan ini dapat digunakan dengan sempurna.
Di antara kemudahan-kemudahan yang ada ialah telefon awam, tandas awam, dewan masyarakat, kompleks sukan, perpustakaan awam, balai polis, balai bomba, pejabat pos, klinik kesihatan, pasar tani, kedai runcit, masjid, gereja dan kemudahan pengangkutan bas. Selain itu, kemudahan seperti elektrik sudah mula menapak di Kampung Bintangor sejak tahun 1961 dan kemudahan air pada tahun 1970. Tetapi ada juga kawasan yang lain tidak dapat disambungkan kemudahan elektrik dan air kerana ada masalah – masalah tertentu yang tidak dapat dielakkan. Kesemua kemudahan ini amat dihargai penduduk Bintangor dan berharap kemudahan-kemudahan ini akan sentiasa berguna kepada generasi- generasi yang akan datang.
Taman Rekreasi Bintangor yang terletak kira-kira lima kilometer daripada Bandar Bintangor menjadi tumpuan penduduk mengadakan pelbagai aktiviti sukan dan rekreasi ketika petang. Kebanyakan pengunjung yang datang untuk beriadah membawa keluarga tersayang untuk memanfaatkan masa bersama-sama. Taman ini mempunyai landasan untuk pengunjung berjoging, pelbagai jenis pokok bunga yang menarik, pondok santai dan taman permainan kanak- kanak.
Bandar Bintangor semakin membangun apabila Jambatan Nyelong Hilir dibuka kepada lalu lintas sejak 26 Oktober 2008 yang lalu. Ia sudah pasti memberi kemudahan dan melancarkan perjalanan menuju ke Bintangor.
Berdasarkan statistik tahun 2008, Bandar Bintangor mempunyai 30,755 orang penduduk yang mana kaum Iban mendominasi jumlah penghuni di bandar ini dengan jumlahnya kira-kira 12, 806 orang. Sementara itu, penduduk Cina merupakan kaum kedua terbesar, kira-kira 11, 252 orang dan kaum Melayu seramai 4,583 orang. Walaupun berbeza budaya dan agama, penduduk di sini hidup dengan aman damai. Masyarakat Iban dan Melayu bekerja sebagai nelayan dan bercucuk tanam manakala kaum Cina membuka kedai runcit dan perniagaan lain.
Disediakan oleh,
Siti Nurul Ain Merin Abdullah,
Pembantu Tadbir ( Kewangan ) W17
Jabatan Peguam Negara Sarawak.
posted from Bloggeroid
Related Pots
Rumah KULIM – Penduduk Kampung Batu 4½ Sungai Ular digemparkan dengan ‘gangguan’ suara mengilai ‘perempuan’ meminta tolong. Kakitangan awam, Aziz Othman yang menyewa rumah di kampung itu berkata, kejadian berlaku beberapa hari lalu sebaik sahaja dia tiba di rumah selepas selesai bekerja. Menurutnya, suara menyeramkan itu didengari kira-kira jam 1.30 pagi apabila dia berada di bahagian dapur rumahnya untuk minum air, namun terdengar bunyi cakaran di atap bagaimanapun tidak diendahkan. Dia kemudiannya pergi ke ruang tamu untuk berehat, sebelum terdengar bunyi tapak kaki berjalan di atas atap rumahnya. Cangkung atas bumbung Aziz berkata, sebaik sahaja bunyi objek berjalan itu terhenti, dia terkejut apabila terdengar suara perempuan mengilai dengan kuat di hadapan rumah. “Ketika itu motosikal Kawasaki RR 150 yang saya miliki berada dalam rumah. Saya menolak motosikal saya keluar perlahan-lahan. Sebaik sahaja mengunci pintu rumah saya menghidupkan enjin motosikal. “Alangkah terkejut apabila saya ternampak seorang wanita berambut panjang bermata merah menyala bercangkung di atas bumbung sambil memusing-musingkan kepalanya. “Bimbang berlaku kejadian tidak diingini, saya terus meninggalkan rumah. Dari apa yang saya nampak, bunyi cakaran di atas atap itu berpunca dari rambutnya yang panjang,” katanya kepada Sinar Harian. Pengalaman menakutkan Seorang suri rumah, Fatimah Abdul Ghani yang sudah enam tahun tinggal di kampung itu berkata, lembaga yang dilihat oleh mangsa merupakan puntianak yang sering terbang dan bertenggek di atas pokok dan atap rumah penduduk kampung. Menurutnya, kejadian itu jarang berlaku dan ia menakutkan bagi mereka yang tidak pernah mengalami kejadian aneh seperti itu. Katanya, sebelum mengilai, penduduk kampung akan terdengar bunyi orang meminta tolong dari jarak 50 meter di dalam kawasan ladang kelapa sawit di bahagian belakang rumah mereka. “Saya memang ada terdengar suara perempuan mengilai dan ketawa dengan nyaring di bahagian hadapan rumah mangsa, bagaimanapun tidak saya hiraukan. Ini adalah kerana lembaga itu belum pernah masuk ke dalam rumah atau ganggu penduduk kampung. “Selalunya lembaga yang dikatakan puntianak ini hanya akan berjalan di atas bumbung rumah sebelum terbang ke dalam hutan. Ramai kalangan penduduk di sini yang pernah mengalami pengalaman menakutkan itu,” katanya. Berlaku lewat malam Seorang lagi penduduk, Zamri Othman berkata, kejadian aneh itu sering berlaku di kampung itu terutama pada waktu lewat malam, dimana lembaga dimaksudkan itu juga boleh menyerupai penduduk kampung lain dan berjalan berseorangan di tepi jalan. Menurutnya, tanah yang didiami sekarang ini diwarisi dari keluarganya yang sudah meneroka kawasan itu sejak 100 tahun lalu. Katanya, suatu ketika dahulu penduduk kampung menggunakan bantuan ilmu ghaib dan ilmu hitam selain menjadikan makhluk halus sebagai hamba. Selain menjaga kawasan kebun dan ternakan, makhluk ini juga diarahkan untuk melakukan kerja berat seperti mengerjakan bendang dan banyak lagi. “Apabila zaman berubah, ahli keluarga mereka yang membela atau mengamalkan ilmu hitam ini tidak mahu mewarisi ilmu yang dipelajari oleh nenek moyang mereka dahulu. “Ini mengakibatkan kebanyakan makhluk halus itu tidak bertuan dan merayau di sekitar kawasan kampung,” katanya. – Sinar Harian Online
Related Pots
Menurut bekas Naib Presiden Indonesia Jusuf Kalla yang dipetik dari The Wall Street Jurnal sebagai berkata, Anwar mencemari perjanjiannya bersama Najib dengan melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri.
“Saya meminta Anwar menerima keputusan itu (pada 6 Mei) dan lihat kepada realiti tetapi mereka kata ‘tidak, tidak, tidak, tidak,” katanya kepada pemberita baru-baru ini.
Jelas Jusuf, beliau menjadi orang tengah dalam perjanjian bertulis antara Anwar dan Najib menyaksikan kedua-dua pihak berikrar untuk tidak melakukan sebarang bentuk serangan peribadi ketika berkempen.
Tambahnya, perjanjian tersebut merupakan cadangan Anwar sendiri yang menetapkan supaya kedua-dua pihak untuk menerima sebarang keputusan pilihan raya yang ditentukan oleh rakyat.
Laporan tersebut turut menyebut bahawa Anwar juga mengaku telah membuat perjanjian tersebut dan kemudiannya menganggapnya terbatal ekoran katanya BN memburukkan beliau ketika berkempen.
“Macam mana anda boleh bercakap mengenai perdamaian apabila anda memburukkan lawan dengan cara sebegini,” kata Anwar.
posted from Bloggeroid
Related Pots
Ketika kejadian, suami isteri terlibat bersama tiga anak mereka sedang tidur sebelum dikejutkan jeritan anak perempuan kedua yang berada dalam bilik berasingan.
Samsudin Masran, 47, berkata, dia segera ke bilik anaknya sebelum mendapati cahaya mata sulungnya, Amalia Khairulnisa, 10, sudah tiada di tempat tidurnya.
“Anak kedua saya, Nur Farahin, menjerit memberitahu kakaknya sudah tiada dan memberitahu ada orang datang ke bilik mereka.
“Puas saya mencari Amalia di dalam rumah, tetapi tidak jumpa,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Bagaimanapun, Samsudin berkata, usaha isterinya, Rubiah Jerai, 40, yang mencari di kawasan belakang rumah terlihat kelibat anak perempuan mereka bersama seorang lelaki menuju ke arah balai Masjid Tampok.
Menurutnya, Rubiah terus menjerit meminta tolong daripada jiran di sebelah rumah yang kemudiannya bergegas ke belakang rumah.
“Saya dapati anak saya ditinggalkan seorang diri di kawasan belakang rumah dan menangis, namun tidak cedera,” katanya.
Samsudin seorang pemandu lori mengakui, kehilangan wang sebanyak RM3,000 yang diletakkan di dalam dua beg selain sebuah telefon bimbit.
Jelasnya, wang tersebut adalah hasil jualan barang yang dibawa di dalam lori yang sepatutnya diserahkan kepada majikannya.
“Saya syak perompak tersebut masuk melalui tingkap kerana tiada kesan umpil pada pintu. Saya kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Benut,” katanya.
Sementara itu, Amalia yang masih trauma berkata, lelaki terbabit mengugut agar memberinya wang sambil mengacukan pisau di lehernya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Pontian, Deputi Superitendan Jokhiri Abdul Aziz mengesahkan kejadian.
Sumber: http://azmykelanajaya.blogspot.com/2013/05/penyamun-berseluar-dalam-cuba-merogol.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1
posted from Bloggeroid
Related Pots
Mula-mula ingat nabau tek...rupa-rupanya
Paip air....
Harap pihak berkuasa tempatan dapat menyelesaikan perkara tok secepat mungkin..
Mengikut member tinggal kat seberang dah 2 minggu perkara tok berlaku....
posted from Bloggeroid
Related Pots
Kepada Ngo Sarawak dan pihak yang sayangkan Sarawak...jom ramai-ramai kita buat laporan polis berhubung isu blackout...
Pandai nak buat demo....
posted from Bloggeroid
Related Pots
Malah, beliau berikrar akan terus membuat pendedahan demi memastikan keamanan negara tidak tergugat oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab demi ketaksuban memiliki kuasa.
Tunku Abdul Aziz turut mencabar Karpal untuk cuba 'sedaya upaya' mengheretnya ke mahkamah andainya pendedahan-pendedahan itu sebenarnya menyusahkan golongan berkepentingan dalam DAP.
"Saya sedikit pun tidak gentar dengan ugutan serta amaran Karpal. DAP sudah sinonim dengan sikap mengugut sesiapa yang tidak sealiran dengan parti itu dengan saman-menyaman. Saya juga sudah lali. Buatlah sesuka hati kamu, Karpal.
"Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai rancangan seperti Karpal untuk menyamannya atau DAP kerana saya bercakap benar. Semua itu tidak demokrasi dan membuang masa," katanya dalam sidang akhbar berhubung perkara itu di sini hari ini.
Yang turut hadir, bekas Ketua Cawangan Taman Sri Sungai Pelek, Tan Tuan Tat; Presiden Kelab Muda Wartawan Malaysia, Dzulkarnain Taib dan Penasihat Perhubungan Antarabangsa Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Adam Mikail.
Karpal telah memberikan amaran kedua kepada Tunku Abdul Aziz semalam supaya menghentikan perbuatan mendedahkan kepincangan parti berkenaan tidak kurang dalam tempoh 48 jam.
Dalam pada itu, Tunku Abdul Aziz turut menggesa Penasihat Seumur Hidup DAP, Dr. Chen Man Hin supaya segera tampil membuat penjelasan berhubung kenyataan kebangkitan Malaysia Spring kepada umum.
"Menurut Karpal, Malaysia Spring itu sebenarnya 'musim bunga', apakah Karpal atau DAP menganggap kita rakyat Malaysia tidak berakal? Sejak bila kita ada musim bunga di negara ini?
"Janganlah cuba manipulasi situasi sebenar, maksud itu sebenarnya gelombang revolusi demonstrasi ganas Arab Spring seperti di Libya, Yemen dan Mesir. Jangan cuba porak-perandakan keamanan negara ini," dakwanya.
Man Hin pernah menyatakan sokongan kepada Bersih 3.0, selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu
Tunku Abdul Aziz juga yakin Karpal cuba mengalihkan perhatian ahli DAP dan rakyat di negara ini terhadap masalah dalaman parti itu yang berlarutan sejak pemilihan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) pada Disember tahun lalu.
Sementara itu, beliau turut memberikan peringatan kepada seluruh rakyat Malaysia agar berfikir dengan rasional sebelum bertindak menghadiri sebarang demonstrasi yang dianjurkan pembangkang.
"Jangan biar diri dipergunakan. Mereka hendak kuasa untuk memerintah negara dengan cara tidak sah. Rakyat Malaysia dipergunakan untuk turun ke jalanan bagi terus menjahanamkan keharmonian.
"Jangan seperti lembu dicucuk hidung, percaya kepada semua pembohongan demi kepentingan golongan 'sadis' ini," tegasnya.
- http://sejarahmelayu.blogspot.com/2013/05/karpal-jangan-cuba-tipu-rakyat-cakap.html?m=1
posted from Bloggeroid
Related Pots
IPOH - Kelicikan empat wanita China menipu rakyat negara ini dengan menyamar sebagai bomoh pembuang sial hingga melibatkan kerugian mencecah jutaan ringgit sejak tiga tahun lalu terbongkar apabila kesemuanya diberkas dalam satu operasi baru-baru ini.
Suspek berusia antara 45 hingga 51 tahun tersebut diberkas sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Perak di sebuah hotel di Kulim, Kedah pada pukul 3.30 pagi, 17 Mei lalu.
Modus operandi mereka ialah mengatakan mangsa yang telah ditilik nasibnya akan ditimpa nasib malang dalam tempoh terdekat selepas membuat tilikan berdasarkan raut wajah. Kebanyakan mangsa merupakan warga emas berketurunan Cina.
Apabila mangsa telah berjaya ditakutkan, sindiket akan menawarkan pula khidmat perubatan alternatif kononnya dapat membuang nasib sial tersebut.
Sebagai upah, sindiket akan meminta mangsa menyerahkan barang kemas dan wang.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0521&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_07.htm
posted from Bloggeroid
Related Pots
Begitu juga untuk seorang yang bernama “Mariam”.Beliau seorang wanita.Dalam Bahasa Inggeris,wanita disebut sebagai “woman”.Untuk diterjemahkan “woman” ke dalam Bahasa Melayu,ianya ialah “wanita”.Bukan “Mariam”.Kerana itu nama khas kepada wanita itu dan lain-lain wanita yang bernama “Mariam” Begitulah apabila kita hendak terjemah istilah “God” dari Bahasa Inggeris. “God” dalam Bahasa Melayu disebut “Tuhan” bukannya diterjemahkan dengan nama khas “Allah”. Mudahnya nak faham.
Oleh - A.Karim Omar
Sumber: http://badutrakyat.blogspot.com/2013/05/eksklusif-apakah-allah-istilah-sesuai.html?m=1
posted from Bloggeroid
Related Pots
KOTA BHARU - Satu kajian empirikal mendapati purata jangka hayat lelaki di Malaysia lebih pendek daripada wanita dengan perbezaan kini sehingga tujuh tahun.
Dekan Fakulti Perubatan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr. Khalid Yusof berkata, golongan wanita mampu mencapai usia sehingga 79 tahun berbanding lelaki hanya setakat 72 tahun.
Beliau berkata, keadaan tersebut berpunca daripada kegagalan kaum lelaki mengamalkan gaya hidup sihat sehingga mudah terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit.
"Golongan lelaki lebih terdedah kepada risiko untuk mendapat pelbagai jenis penyakit seperti sakit jantung, strok, buah pinggang, diabetes dan kanser.
"Kurangnya penjagaan kesihatan kerana lebih mementingkan urusan kerja turut mengakibatkan kaum lelaki lebih berisiko diserang penyakit berbanding kaum wanita," katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Hipertensi Sedunia di Balai Rukun Tetangga (KRT) Ketereh di sini semalam.
Purata jangka hayat lelaki di Malaysia pada tahun 2010 adalah 71.9 tahun berbanding wanita 77 tahun.
- http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0518&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm
posted from Bloggeroid
Related Pots
MENTERI KERJA RAYA: YB DATO’ FADILLAH YUSOF (PBB) |
Pemangku Ketua Pemuda PBB N40 Meradong |
Related Pots
Sumber : http://khairulryezal.blogspot.com/2013/05/hati-hati-dengan-helah-peniaga-bangsa.html
posted from Bloggeroid
Related Pots
Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.
Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.
Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.
Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.
Najib Razak
Related Pots
Ketua Bahagian Pendakwaan Jabatan Peguam Negara, Abdul Wahab Mohamed berkata, bagaimanapun pihaknya tidak boleh memberi butiran pemimpin terbabit kerana masih dalam siasatan.
“Sehubungan itu, adalah tidak wajar Jabatan Peguam Negara menguar-uarkan nama ahli politik. Kita tak pernah menyiarkan nama ahli politik atau pemimpin yang terlibat dalam apa-apa siasatan sehingga siasatan lengkap dan pertuduhan dibuat,” katanya pada sidang akhbar di Jabatan Peguam Negara pada Khamis.
Beliau berkata, Jabatan Peguam Negara juga menerima 327 laporan polis berhubung aduan bahawa pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bertugas pada hari mengundi Ahad lepas melakukan kesalahan.
Antara aduan yang diterima adalah petugas SPR memangkah kertas undi sebelum diserah kepada pengundi untuk dimasuk ke dalam peti undi, katanya.
Abdul Wahab juga berkata, empat individu akan didakwa di Mahkamah Majistret Telok Datok, Banting dan Klang esok berhubung pelbagai kesalahan pilihan raya seperti sengaja menghalang pegawai polis menjalankan tugas rasminya dan mengambil bahagian dalam rusuhan.
Selain itu, beliau berkata, sejak 2 petang semalam sehingga 2 petang ini, sebanyak 75 kes diarahkan untuk siasatan lanjut sementara 11 kes tiada tindakan lanjut.
-BERNAMA
posted from Bloggeroid
Related Pots
Laporan menyebut ianya telah disahkan pihak PDRM menerusi laman twitter anggota keselamatan tersebut.
Blogger Pro Kerajaan itu ditahan bersama seorang lagi individu yang dikenali sebagai "King Jason".
Perkara itu dimaklumkan oleh pihak polis melalui pesanan Twitter hari ini. Sebab penahannya setakt ini belum diketahui.
Bagaimanapun, sebelum ini dilaporkan terdapat laporan polis dibuat terhadapnya dan seorang pembaca Shahrizad Mohd Diah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan berhubung isu Melayu dan Cina.
Free Malaysia Today melaporkan, laporan itu dibuat oleh Jamilah Baharuddin di balai polis Simpang Tiga dan kemudiannya di Sungai Maong di Kuching.
posted from Bloggeroid
Related Pots
Related Pots
Related Pots
Barisan Nasional candidate for the Kapit parliamentary seat Datuk Alexander Nanta Linggi said yesterday that the 85km road was already in progress.
"So far 20km of the stretch has been completed and we expect the whole project to be ready in three to four years," he said during a meet the people session at Kapit jetty.
The road from Kapit to Song involves about 45km while the rest is from Song to Kanowit. Once the road reaches Kanowit, it will connect to Kapit.
"The people have been waiting for 50 years for the road and this is what the opposition has been playing with. However, what is important now is that the road is already in progress," said Alexander.
He said Kapit has been allocated a total of RM443 million since 2010 for various developments and one of the biggest projects was the road construction.
"Other than that, we have been helping the people here to get clean water supply, enhance longhouses, support for the elderly and a new school in Song district."
Commenting on the land grab issue which is the top political agenda by the opposition, Alexander said as of now there was no native customary rights (NCR) issue in the area.
"The people could be influenced by the opposition campaign with NCR land issues but I'd like to stress that such issue does not exist in Kapit," said Alexander.
If given the mandate, Alexander said he would work harder on initiatives that have already been done here like infrastructure projects.
In the election on Sunday, Alexander will face DAP Ramli Malaka.
- http://www.nst.com.my/latest/85km-kapit-song-kanowit-road-due-for-completion-in-2017-1.269514?buffer_share=ef3f3&utm_source=buffer&utm_medium=twitter&utm_campaign=Buffer%253A%252Bbarisanasional%252Bon%252Btwitter
posted from Bloggeroid
Related Pots
Tenyata kuasa Allah tidak siapa boleh mengatasinya. Kebenaran akhirnya terbongkar mengatasi kemungkaran. Nyata wang bukan segala-galanya.
Bapa Saiful Bukhari waktu ini memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia diatas keterlanjuran beliau menerima suapan dari Anwar Ibrahim untuk menafikan anak beliau diliwat oleh Anwar Ibrahim.
Dalam kenyataan Bapa Saiful Bukhari tadi beliau akan terus membela Saiful Bukhari walau apa pun yang berlaku dan beliau amat menyesali keterlanjuran beliau yang gagal melawan nafsu menerima habuan wang yang ditawarkan oleh Anwar Ibrahim.
Azlan juga takut dengan sumpah Laknat yang telah dibuat anak nya Saiful Bukhari mengenai insiden diliwat Anwar Ibrahim.
Untuk makluman semua Bapa Saiful Bukhari ditawarkan habuan wang RM 3 Juta oleh Anwar Ibrahim untuk menafikan Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bukhari. Harus kita ingat Anwar Ibrahim penuh dengan wang dan beliau mampu membeli siapa sahaja bagi menampakkan kepada rakyat Malaysia bahawa Anwar Ibrahim adalah manusia yang bersih dan layak diangkat sebagai pemimpin negara. http://kamerakupang.blogspot.com/2013/05/gempar-pru13-sidang-akhbar-bapa-saiful.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1
posted from Bloggeroid