'/>

Walaupun sibuk dengan tugas dan akitiviti harian YB Semop sempat melawat Encik Rosli yang akan menjalankan rawatan perubatan di Kuching.

posted from Bloggeroid


Admin meradongtoday ternampak isu yang dibawa oleh 'rakan fb'...
Pedas juga isu ini....
Plz YB MP...bangun berjuanglah. ..rakyat Sarawak sedang 'melihat'anda ini!!
Jangan sia-siakan harap anak Sarawak..

posted from Bloggeroid

Tahap gula yang tinggi dalam darah boleh mengakibatkan penyakit "dementia".

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik German, mereka mendapati individu yang memiliki kandungan gula yang tinggi dalam darah tidak dapat mengingati banyak perkara berbanding dengan mereka yang mempunyai tahap kandungan gula yang rendah dalam darah mereka.

Kajian itu dilakukan terhadap 141 individu yang rata-ratanya berusia 63 tahun purata dan tidak menghidap diabetes tahap kedua atau pra-diabetes.

Peserta perlu menjalani pemeriksaan kandungan gula dalam darah dan beberapa siri ujian memori.

Saiz hippocampus setiap peserta juga dicatatkan kerana ia merupakan komponen paling penting yang mengawal selia memori.

Agnes Flöel, penyelidik di Universiti Perubatan Charité di Berlin berkata, mereka yang mempunyai kadar kandungan gula dalam darah yang tinggi dan berjangka panjang didapati susah untuk mengingati perkataan.

Beliau berkata, “Tahap gula dalam darah yang tinggi berkait rapat dengan jumlah perkataan yang boleh mereka ingati dalam ujian tersebut.”

“Kami juga mendapati, mereka yang mempunyai tahap gula dalam darah yang tinggi mempunyai saiz hippocampus yang kecil,” beliau berkata.

Hasil kajian itu dilaporkan dalam jurnal perubatan Neurology yang diterbitkan oleh American Academy of Neurology, juga menunjukkan bahawa dengan mengurangkan tahap gula dalam darah boleh mengelakkan masalah ingatan pada masa depan.

Walau bagaimanapun,  Flöel berkata kajian itu dilakukan dalam skala kecil dan tidak membuktikan kesan dan akibatnya.

Keperluan bagi ujian klinikal yang lebih besar untuk menguji sama ada dengan menurunkan glukosa akan dapat membantu mencegah demensia, katanya lagi.

Robert Ratner, ketua saintis dan pegawai perubatan di American Diabetes Association, berkata kajian tersebut membuktikan ada sedikit kaitan. Mereka hanya meneliti tahap glukosa pada satu masa dengan ingatan. Mereka tidak menunjukkan kehilangan ingatan adalah sama ada ia disebabkan oleh tahap glukosa yang tinggi, atau dengan mengurangkan tahap glukosa akan memperbaiki ingatan.”

Beliau berkata “ Tidak menghairankan jika tahap glukosa mempunyai kesan negatif. Risiko dementia adalah lebih tinggi di kalangan pesakit diabetes.

Keith Fargo dari Alzheimer’s Association berkata apabila tubuh kehilangan upaya untuk mengawal tahap glukosa dalam darah, otak tidak akan berfungi dengan betul.

Kajian yang dilakukan oleh saintis penyelidik kanan, Rachel Whitmer, menunjukkan bahawa individu yang menghidap diabetes tahap 2 dan mempunyai kawalan gula dalam darah yang lemah berdepan risiko besar untuk mendapat dementia.

“Orang tua yang mempunyai diabetes tahap dua, lebih cenderung untuk mendapat dementia.

Dengan itu, bagaimanakah untuk menurunkan tahap darah gula dalam darah jika berada dalam sela normal?

Menurut Ratner, ini disebabkan oleh genetik, cara pemakanan dan tindak balas hormon.

Jika anda mahukan tahap gula dalam darah yang sihat, ia bukan bermakna anda tidak boleh mengambil pengambilan gula.


Ia berkait dengan cara pemakanan yang sihat, pengambilan kalori, protein, lemak dan karbohidrat yang seimbang, katanya.

Senaman juga penting kerana ia boleh meningkatkan keupayaan badan untuk menghasilkan insulin.

Tambah Whitmer lagi, “Kami sedar, mereka yang mempunyai gaya hidup yang aktif dan makan makanan sihat berkemungkinan kecil mendapat diabetes jenis dua dan dementia. Gaya hidup yang sihat baik untuk otak.”


- http://www.astroawani.com/news/show/kadar-gula-yang-tinggi-dalam-darah-boleh-jadi-pelupa-24682

posted from Bloggeroid












posted from Bloggeroid












posted from Bloggeroid

Teruskan berjuang team ngap sayot...









posted from Bloggeroid






posted from Bloggeroid

Semangat akar umbi PBB Sarawak semakin gamat menanti Pemilihan dalam Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke 13, yang bakal berlangsung pada 18-20 Oktober ini.

Satu perebutan hebat yang penuh demokrasi, akan berlaku dalam Konvensyen PPB 13, perebutan tersebut mempertemukan 4 calon iaitu Helmi Morsili, Haidel Heli, Ripin Lamat dan Abdul Aziz Adenan akan bertanding merebut satu jawatan Naib Ketua yang dipertandingkan bagi sayap Bumiputera.

Pertemuan ini bakal mempertemukan antara anak orang kebiasaan dengan anak orang ternama. Yang menarik pada PPM, calon Helmi Morsili merupakan Juruaudit dan Ketua Pemuda Maradong adalah calon orang kebiasaan yang biasa berjuang dari bawah ke atas dengan kemampuannya tersendiri.

Pembabitan beliau dalam politik bukan baru malah antara individu yang penuh bertangungjawap menyampai suara akar umbi dari bawah. Ini yang menariknya apabila kali ini beliau dipertemukan 3 calon yang mempunyai latar belakang keluarga ahli politik Sarawak yang ternama.

Pengalaman beliau dalam gerak gempur Gelombang Biru Sarawak pada PRU13 telah menampil jatidiri dalam selok belok politik dan penuh pengalaman disamping aktif turun padang tanpa mengira waktu.

Melihat kencenderungan beliau yang biasa bermain dengan ranjau berduri bawahan tentulah lebih faham sebelok-belok politik PR dan BN, kepada menyampai apa jua permasalahan dari bawah ke atas, demi memperkasakan keutuhan parti PBB.

Apatah Pilihanraya Negeri bakal menyusul dalam tempoh terdekat ini memerlukan barisan Pemuda yang boleh memantau siap siaga jentera disetiap ranting bawahan. Bergitu juga saudara Helmi ini yang sering turun padang dan arkab dengan ranting-ranting kecil di bawah PBB. 

Ini penting sebagai perlengkap. jika peranan dan kekuatan beliau digabungkan dengan gerak kerja Datuk Fadillah Yusof, yang mengetuai barisan Pergerakan Pemuda PBB dan turut dibantu oleh Gerald Rentap Jabu sebagai Timbalan Ketua, selepas kedua-dua mereka menang tanpa bertanding.

Ini bakal menjadi satu gabungan yang mantap untuk membawa Pemuda PBB sebagai benteng pertahanan Barisan Nasional yang kukuh secara keseluruhan.


Pada pandangan PPM, akar umbi harus memilih calon yang sentiasa berdampin dengan mereka dan mampu membawa suara akar umbi.

Namun bergitu ini cuma pandangan peribadi PPM, manakala suara pernentu adalah hak suara dari akar umbi PBB sendiri untuk memamfaatkan sebaik yang mungkin demi keutuhan PBB. Selamat bersidang.... PecahPalakMikir.

posted from Bloggeroid


Jemaah dari Masjid Darul Takwa Bintangor

posted from Bloggeroid



Calon MKT dari kumpulan Gelombang Biru Sammy Dennis menyerahkan sumbangan kpd Welson Ak Kandau Pemuda PBB Bwg Assan dari Rh Michael Ancho Bwg Assan mangsa kebakaran di Kuarters Forestwood Sawmill tidak jauh dari Bwg Assan. Sebelah kanan Paul King Bendahari Pemuda Bwg Assan & sebelah kiri Mujan King Setiausaha Pemuda Bwg Assan. Kebakaran berlaku 11 Okt 2013 waktu pagi..

posted from Bloggeroid







Alhamdulilah selesai penyerahan borang pertandingan.
Vote4 kumpulan Gelombang Biru Sarawak.
Saudara halmi morsili bertanding untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Sarawak.
Mohon semua perwakilan pemuda memilih beliau untuk meremajakan Pemuda PBB SARAWAK.

posted from Bloggeroid



Jelas dap telah berjaya menguasai pemikiran anak suruhan dap ini..Tapi kenapa beliau tidak mempersoalkan isu dap yang terang-terang mengambil wang rakyat Sarawak.
Pelik?...


posted from Bloggeroid

Jemoreng Daily: Kpg Tian, Matu. Sebanyak 12 buah rumah ranap dlm kejadian Kebakaran yg berlaku pada jam 1.00 pagi tadi. Operasi memadam kebakaran baharu saja selesai jam 6.00 pagi tadi. Tiada kemalangan jiwa berlaku. Laporan diterima dari Ayub Ali - KP Jemoreng.
posted from Bloggeroid




Umpan senek bapa tunggal....

posted from Bloggeroid








posted from Bloggeroid

PUTRAJAYA: Nama Fatimah dan Aminah direkodkan sebagai nama-nama paling popular yang didaftarkan oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka dengan Jabatan Pendaftaran Negara.

"Berdasarkan rekod, nama yang paling popular dan banyak didaftarkan berjumlah 79,936 adalah atas nama Fatimah dan 29,126 atas nama Aminah.

"15,151 pula atas nama Ah Moi dan 10,866 atas nama Ravi," kata Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Jariah Mohd Said.

Beliau mendedahkan perkara itu dalam ucapannya pada majlis pelancaran Hari Pendaftaran Negara di ibu pejabat JPN di Putrajaya, hari ini.

JPN juga mendapati ada 149 individu yang didaftarkan dengan nama Malaysia manakala 78 orang didaftarkan dengan nama Merdeka mengambil sempena peristiwa penting negara.

Menurut Jariah, JPN telah membantu Jabatan Penerangan untuk mencari 149 individu bernama Malaysia itu untuk diraikan pada sambutan Hari Malaysia 16 September lepas.

Dalam pada itu, Jariah memberitahu setakat ini 28.4 juta rakyat Malaysia telah mendaftar dan memiliki dokumen pengenalan diri.

"Adalah tidak munasabah sekiranya masih ada rakyat Malaysia tidak memiliki dokumen pengenalan diri dan tidak sepatutnya berlaku individu yang telah dewasa berumur 40 tahun masih belum mempunyai sijil kelahiran," katanya.

Justeru beliau menggesa semua pihak supaya memanfaatkan 225 pejabat JPN yang ditempatkan di seluruh negara.

Sementara itu, sempena musim haji tahun ini, JPN bekerjasama dengan Lembaga Tabung Haji untuk mengemaskini rekod dan pendaftaran kematian jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah.

"Ini bermakna maklumat kematian akan diterima oleh JPN sebaik sahaja kematian didaftarkan oleh Pegawai JPN di Pejabat Lembaga Tabung Haji di Mekah dan Madinah," katanya.

Sehingga 30 September lalu, empat jemaah haji Malaysia di Mekah dan Madinah telah didaftar meninggal dunia dan rekod kematian mereka telah dimasukkan secara terus dalam pangkalan data JPN.

"Dalam hal ini, JPN mengambil inisiatif menghantar terus sijil kematian tersebut kepada waris si mati yang masing- masing berada di Johor, Perak, Terengganu dan Kelantan," jelasnya.









posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY