'/>

Para pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dipaksa atau terpaksa memberi kawad hormat kepada mayat salah seorang Ahli majlis MPS! Siapakah beliau?

 Sultan kah? Yang Di Pertuan Negerikah? Beliau hanya seorang Ahli Majlis Perbandaran penyokong kuat PKR. Kenapa perlu ditabik hormat?
Read more at http://khairulryezal.blogspot.com/2013/11/pegawai-mps-tabik-hormat-kepada-mayat.html#j8CB21RPqGiSsUAK.99

Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz ialah Ahli Parlimen Raub aka blogger samangkol ker apa. ..tidak payahlah mencampuri urusan dalam Sarawak.Bagus jaga jer Parlimen Raub tu...
Sarawak ini dibawah pemerintahan Parti dari Sarawak sendiri PBB,SUPP,PRS dan SPDP.Biar parti politik ini saja yang menjaga sosio-ekonomi, politik, pembangunan serta agama di Sarawak.Kita tidak perlu politik luar terutamanya Dap. ..
Ibarat kata pepatah orang melayu jangan jaga tepi kain orang lain tepi kain sendiri "berlubang"...

KUCHING: Melawat ke kawasan rakan masing-masing menjadi antara perancangan yang dirangka oleh Kelab Penyokong Barisan Nasional Sarawak (BNBBC) sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Ketua BNBBC Abdullah Saidol berkata, aktiviti politik itu adalah bagi menguatkan Barisan Nasional (BN) sekali gus mengukuhkan sokongan ke atas wakilwakil rakyat BN di sesuatu kawasan.

“Bermula tahun depan, kami (ahli BNBBC atau wakil- wakil rakyat) akan melakukan aktiviti lawatan ke kawasan rakan masing-masing dan dari situ, kami boleh berkongsi serta bertukar maklumat mengenai konstituensi.

“Selain itu, kami juga akan membawa Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) untuk mendekati belia dan menerangkan mengenai prinsip-prinsip politik BN,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Malam Mesra BNBBC selepas tamat persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan dihadiri oleh Ketua Menteri Pehin Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib di sini, kelmarin.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop menambah BNBBC juga akan meletakkan pelbagai usaha ke atas Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) untuk manfaat rakyat-rakyat di kawasan masing-masing.

“Kami akan cuba mendalami pengetahuan mengenai SCORE kerana walaupun ia telah disebut berulang kali, saya percaya tidak ramai yang faham mengenai inti patinya dan faedahnya kepada kawasan masing-masing,” katanya.
Dalam pada itu, Abdullah turut menekankan bahawa amalan tradisi politik iaitu turun padang bertemu rakyat juga akan dikekalkan dalam BNBBC kerana ia masih relevan dan berkesan meskipun media sosial seperti Facebook atau blog kini menjadi medium utama untuk mendekati rakyat.

“Kami tidak seperti pembangkang di mana PAS menjanjikan syurga, DAP menjanjikan keajaiban dan PKR menjanjikan kesempurnaan, tetapi kami menjanjikan penentuan, keberanian dan keikhlasan dalam menegakkan perang BN ke arah menjadikan Sarawak lebih baik,” katanya.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri Alfred Jabu, Speaker DUN Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar serta menteri-menteri dan menteri muda negeri.


Read more
Pertamanya admin bimbang dengan perlakuan anak-anak bangsa kita khususnya mereka yang masih di bangku sekolah bila mana mereka seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.


Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang.

Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.

Berdasarkan kepada akaun twitter pelajar terbabit berasal dari negeri Pahang dan sudah pasti berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.


Malah memiliki seramai 8,427 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.
Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan.Malah dari pengamatan admin kenalan-kenalan pelajar ini ada berasal dari luar negara.
sumber
MIRI: Seorang bayi lelaki yang baharu dilahirkan dipercayai ditanam hidup-hidup di sebuah kawasan lapang berhampiran sebuah ladang kelapa sawit di Suai, Niah petang kelmarin.
Perbuatan tidak berperikemanusian itu terbongkar setelah seorang pengawal keselamatan di ladang berkenaan terdengar bunyi tangisan bayi sebelum ternampak kelibat seorang lelaki dan seorang wanita keluar dari kawasan tersebut dalam keadaan tergesa-gesa.

Terdahulu, menurut sumber, pengawal keselamatan terbabit yang sedang bertugas di pondok pengawal di ladang itu ternampak pasangan berkenaan dalam keadaan mencurigakan memasuki kawasan lapang bersebelahan ladang sambil membawa sebuah beg plastik berwarna hitam.

Bagaimanapun, pengawal keselamatan berusia lingkungan 40-an itu tidak mengendahkan kehadiran pasangan terbabit memandangkan mereka berada di luar kawasan ladang tempatnya bertugas.
Selepas memasuki kawasan itu, katanya, lelaki terbabit dilihat duduk mencangkung sambil mengorek sesuatu sebelum kedua-duanya beredar dalam keadaan tergesa-gesa.

Pengawal terbabit juga memberitahu, sebelum itu dia ada terdengar bunyi tangisan bayi.
Beliau yang curiga dengan tingkah laku pasangan itu terus membuat pemeriksaan untuk melihat apa yang berlaku sejurus mereka beredar.
Setibanya di kawasan lapang itu sekitar jam 3.30 petang, pengawal keselamatan terbabit ternampak ada kesan tanah baharu dikorek dan ditimbus semula.

Melihat keadaan itu, dia cuba mengorek semula tanah tersebut yang digali cetek untuk melihat apa yang ditanam di situ dan terkejut apabila ternampak kaki bayi.
Serentak itu, dia terus memaklumkan pihak pengurusan ladang tentang penemuan mayat bayi tersebut dan seterusnya menghubungi pihak polis.

Polis yang tiba di tempat kejadian sekitar jam 6.30 petang telah menggali semula lubang itu dan menemui sekujur mayat bayi lelaki yang cukup sifat dan masih bertali pusat ditanam di situ.
Pemeriksaan lanjut mendapati mayat bayi itu yang dipercayai baharu dilahirkan secara normal telah dibersihkan serta dibalut menggunakan kain putih dan dibungkus dengan selimut berwarna hijau.

Mayat terbabit yang turut dipakaikan lampin kemudian dihantar ke Hospital Miri malam kelmarin untuk bedah siasat.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Miri Superintenden Stanley Jonathan Ringgit ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan polis berhubung penemuan mayat bayi tersebut.
Katanya, kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
sekadar hiasan

“Polis akan menjalankan siasatan terperinci termasuk meminta kerjasama pihak klinik atau hospital berhampiran untuk membantu siasatan dalam kes ini,” katanya sambil menyifatkan perbuatan individu terbabit sangat kejam.
Sehingga berita ini ditulis, belum ada tangkapan dibuat pihak polis berhubung kes itu.


Read more

Rakyat Malaysia yang dijadikan hamba selama 30 tahun di London ialah individu yang dikehendaki pada tahun 70-an di negara ini kerana aktiviti berhaluan kiri, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
   
Mengesahkan identiti wanita itu, yang diselamatkan pada 25 Oktober lepas di London sebagai Siti Aishah Abdul Wahab, Khalid berkata wanita itu terlibat dalam aktiviti pelampau komunis berhaluan kiri.
    
"Siti Aishah ketika itu ialah aktivis mahasiswa berhaluan kiri dan dipercayai ke London untuk melanjutkan pelajaran. Dia seorang daripada penuntut pelampau berhaluan kiri masa zaman 70-an dahulu dan kegiatan mereka berpusat di London.

"Pada masa tu London bebas, bebas bersuara, bebas segala-galanya, so dia berpusat di sana. Jadi masa 70-an kita memang nak dia tapi dia dah pergi ke sana," katanya pada sidang media di sini hari ini selepas majlis penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara (PKN) kepada 156 anggota polis yang terlibat dalam Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, Februari lepas.

Khalid berkata setakat ini tiada keperluan untuk menangkap Siti Aishah sekiranya dia pulang ke negara ini.
    
Bagaimanapun, katanya, polis akan sentiasa memantau sekiranya terdapat sebarang kegiatan komunis selepas ini.
   
Sabtu lalu, akhbar melaporkan wanita 69 tahun itu antara tiga wanita yang dibebaskan 25 Oktober lepas di London, selepas seorang daripada mereka menghubungi pertubuhan kebajikan. Dua wanita lain ialah warga Ireland dan Britain.
    
Siti Aishah berasal dari Jelebu, Negeri Sembilan dikatakan meninggalkan negara pada 1968 untuk melanjutkan pelajaran di London School of Economics (LSE) di United Kingdom.
    
Namun, ketika berada di sana, dia dikatakan terpengaruh dengan pergerakan Maoist iaitu politik melampau sehingga mengabaikan pengajiannya.
    
Berikutan pendedahan itu, kakak Siti Aishah, Kamar Mahtum diterbangkan ke London malam tadi bagi membuat pengecaman dengan membawa barang milik adiknya.
    
Ketika dalam kurungan, Siti Aishah dan dua wanita itu dilaporkan hanya dibenarkan keluar seketika untuk menjemur pakaian atau menemani suspek membeli barang
PERAWAKANNYA yang warak dan selalu ke masjid mendorong budak-budak kampung rajin belajar mengaji dengan Pak Din sehingga ramai yang sudah boleh membaca Al-Quran.

Para penduduk sekitar Taman Mount Austin, Johor Bahru, juga tidak sedikit pun sangsi siapa Pak Din sebenarnya sehinggalah sepasukan polis dari Bukit Aman, Kuala Lumpur, menyerbu rumahnya dan mengaupnya pergi.

Penyamaran Yan Bai sebagai Pak Din terbongkar jua akhirnya.

"Ini engkaukan... engkaukan? Mana kau nak lari?'' kata Yan Bai ketika menyingkap operasi polis lengkap bersenjata sambil menunjukkan kad pengenalannya yang telah dibesarkan seperti poster dalam 2004 itu.

Mereka tidak menemui sebarang bukti - dadah atau senjata api - dan Yan Bai tetap diam membisu.

Yan Bai digeruni dalam "dunia jenayah" yang sering dikaitkan dengan sindiket mengedar dadah, pelacuran, pemerasan wang perlindungan, keganasan, perjudian dan rusuhan bagi mempertahankan "nombor" masing-masing hingga mengorbankan nyawa.

Sebagai ketua satu-satunya kumpulan samseng Melayu Omega, Yan Bai juga dalam senarai paling dikehendaki perisik polis bukan saja di sini malah di seberang Tambak.

Selepas beberapa minggu ditahan di lokap Bukit Aman, beliau dikawal ketat dalam perjalanan ke Johor Bahru dan kemudiannya diserahkan kepada polis Jabatan Siasatan Jenayah (CID) di Koswe sebelah Singapura.

Atas dakwaan sebagai pengasas Omega, beliau ditahan tanpa bicara di bawah Akta Undang-undang Jenayah (Peruntukan Sementara) atau CLTPA.

Yan Bai, kini 51 tahun, pernah ditahan di Penjara Chia Keng di Yio Chu Kang Road pada 1987 di bawah akta sama kerana disyaki terlibat dalam rangkaian pengedaran heroin.

Beliau yang pernah dua kali keluar masuk pusat pemulihan dadah (DRC) menyimpan dendam kerana mendapati pengedar Melayu, termasuk beliau, ditindas sindiket dadah kaya raya yang dikuasai kumpulan samseng.

Atas pemikiran itulah beliau menubuhkan kumpulan Singapura 14, hasil perbincangan dengan beberapa banduan penjara itu yang kebanyakannya tinggal di sekitar Geylang.

Namun, kumpulan itu dibubarkan selepas dua tahun kerana sesetengah anggota melanggar etika gengster - terlibat dalam kegiatan homoseksual.

Yan Bai, yang disokong enam banduan Melayu yang lain, kemudian mengangkat sumpah sehidup semati dengan Al-Quran untuk menubuhkan kumpulan Omega sempena sambutan hari jadinya pada 23 September 1989.

Dengan penubuhan kumpulan yang menarik penyertaan kian ramai banduan, beliau "turun cakap" dengan kepala gengster yang lain bagi membolehkan banduan Islam mengangkat wuduk di tandas antara 7 dengan 8 malam di penjara itu.

"Sebelum itu, susah nak ambil wuduk pada waktu maghrib dan isyak. Bayangkan lebih 30 orang berebut nak pakai tempat tandas yang hanya ada sebuah. Ada kepala gengster yang tak setuju tapi saya jumpa mereka one to one. Mereka tak berani angkat muka. Akhirnya semua ikut peraturan yang dipersetujui itu dan tiada lagi pergaduhan,'' sambung Yan Bai yang ditemui baru-baru ini dengan memakai jean hitam, sepatu sukan, dua rantai berjuntai di tengkuk serta gelang dan cincin berbaris.

Sejak itu, Yan Bai semakin dihormati di penjara yang kini telah pun dirobohkan.

Selepas lima setengah tahun, Yan Bai dipindahkan ke Kem Ahmad Ibrahim di Upper Thomson Road, tetapi melarikan diri hanya beberapa bulan selepas itu.

Ketika pelarian itulah kumpulan Omega semakin berkembang dengan para anggota semuanya Melayu bersepah di sana sini.

Kumpulan yang disifatkan sebagai berani mati itu beransur-ansur menguasai pengedaran dadah dan sekali gus mengurangkan monopoli kumpulan-kumpulan samseng lain.

Dalam 1990-an itulah masalah dadah di kalangan masyarakat Melayu memuncak sehingga ke tahap membimbangkan. Yan Bai ditangkap sekali lagi dan ditahan atas kesalahan melarikan diri dari penjara.

Beliau dibebaskan pada 2000 dan berkahwin pada hari jadinya - 23 September.

Menyedari gerak-geri dan kegiatannya dipantau polis, Yan Bai bersembunyi di Indonesia dan Malaysia tetapi masih memberi arahan kepada orang-orang kanannya di Singapura.

Jaringan rapat dan berurusan secara langsung dengan kongsi-kongsi gelap yang juga menguasai penyeludupan dan pengedaran dadah di Malaysia, menyaksikan Yan Bai dihormati dan diberi bantuan.

"Semuanya beres macam pasang siap apabila saya sampai ke Malaysia. Mereka kasi kad pengenalan, pasport dan serahkan sebuah kereta baru Proton Saga dengan hanya bayar sagu hati tanda persaudaraan sebanyak RM3,600.

"Jumlah tersebut juga sempena lambang kumpulan samseng 36 yang berpengaruh di Malaysia,'' kata Yan Bai sambil menyatakan para anggota kumpulannya hidup senang hasil kegiatan mengedar dadah tetapi dicemburui kumpulan-kumpulan samseng lain.

"Dulu budak-budak jam (Omega) nak dapat satu peket heroin, boleh buat 40 hingga 50 suku, pun susah daripada sindiket lain. Saya kasi budak-budak kita hidup. Satu peket saya tolak $80 dan mereka jual $250.

"Saya pastikan harga tetap di pasaran... tak boleh main bangsat,'' tambahnya.

Namun, sejak dibebaskan Februari lalu, beliau mengaku kesempitan kerana sukar mendapat pekerjaan dan kini dalam proses cerai.

BELIAU mengisytiharkan tidak lagi ada kena-mengena dengan Omega - kumpulan samseng 100 peratus Melayu yang diasaskannya lebih 24 tahun lalu.

Yan Bai, 51 tahun, tidak menyesal atas keputusan yang meletakkannya sebagai legenda kumpulan samseng Melayu yang dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan kumpulan-kumpulan kongsi gelap yang lain.

Kini, lelaki kulit sawo matang, badan bak bongkok udang dan muka fighter itu mahu hidup bebas daripada buruan polis dan tendang-terajang dunia jenayah.

"Saya rasa dah cukup. Hidup ini sekejap dan lantas saya ingin nikmati kemanisan di penghujung hayat saya. Dulu saya rasa saya kuat, berpengaruh, ditakuti dan boleh buat apa saja dan tak takut pada sesiapa.

"Tetapi, sekarang saya sedar Allah Maha Besar dan lebih berkuasa. Saya mahu jalan yang lurus sehingga di titian siratal mustakim.

"Saya dah tak mahu melakukan perkara-perkara yang tak baik lagi. Orang ingat saya sentiasa jahat tetapi saya selalu ingatkan budak-budak jam (Omega) supaya buat baik dengan ramai-ramai tolong jika ada kematian atau kerja lahwin.

"Jangan derhaka kepada ibu bapa... minta maaf dan cium tangan mereka sebelum terlambat.

"Saya juga selalu bilang mereka yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar,'' kata Yan Bai dengan penuh insaf kerana tidak sempat berbuat demikian kepada ibu bapanya sendiri.

Yan Bai dibebaskan Februari lalu selepas sembilan tahun meringkuk tanpa bicara di balik jeriji besi Penjara Changi atas dakwaan menjadi pengasas Omega.

Di sebalik kebebasan dan angin segar yang dihirupnya, Yan Bai diwajibkan melaporkan diri setiap minggu di sebuah balai polis dan wajib berada di rumah dari 7 malam hingga 7 pagi selama tiga tahun.

Bukan itu saja, beliau dilarang berada di 11 kawasan hitam termasuk Bedok, Geylang, Orchard Road, Choa Chu Kang, Chinatown, Boat Quay dan Clarke Quay.

"Saya juga dah tak lagi boleh campur atau duduk semeja dengan budak-budak jam atau gengster. Jika polis datang, mereka akan cekup saya,'' tambahnya.

Ditanya apa gahnya menjadi ketua atau "chong" kumpulan gangster, beliau hanya menyatakan "Tak ada apa-apa yang bagus. Saya hanya kawal dia orang dan saya pastikan mereka tak buat sebarangan.

"Kalau dalam penjara dulu, saya pastikan banduan Muslim dapat melakukan ibadah. Di luar, saya pastikan anggota kumpulan gengster Melayu tidak ditindas dan dibuli. Dunia gengster tak ada diplomasi!''

Mengenai para anggotanya yang dikatakan sekitar 1,000 orang itu, Yan Bai mendakwa tidak tahu berapa bilangan anggota Omega sekarang dan sama ada Omega masih hidup atau tidak.

Omega adalah singkatan bagi Only Malays Enter Gangster Association atau Hanya Melayu Masuk Persatuan Gengster.

"Biarkan cerita habis di sini. Lagipun, saya tak ada apa-apa masalah sejak saya laporkan diri kepada polis setiap minggu mulai tujuh bulan lalu,'' tambahnya.

Ditanya apa yang beliau paling kesali sepanjang 30 tahun bergelumang dalam dunia kongsi gelap, beliau berkata:

"Melayu bergaduh dengan Melayu dan Melayu bunuh Melayu!''

"Orang mungkin sangka saya selalu dikerumuni orang tetapi hakikatnya ialah saya selalu bersendiri. Hidup saya sunyi kerana para anggota saya tak berani himpit saya. Kalau ada 1,000 anggota, mungkin hanya 10 yang pernah duduk semeja dengan saya. Saya juga selalu menyembunyikan diri kerana elak diburu polis dan dalam jel pun sendirian berhad,'' tambahnya.

Diminta nasihatnya, beliau berkata: "Jangan campur gengster sebab anda tak dapat apa-apa tetapi hilang segala-galanya."

"Saya sendiri dah buang baju dan cuma berharap akhir kalam saya ialah Yan Bai berubah kepada yang baik,'' tambahnya

LAPORAN bahawa Singapura mengintip pergerakan Malaysia bukanlah suatu yang baru dan ianya tidak menghairankan. Dalam tempoh 5 tahun ini, Singapura semakin kerap menunjukkan keberanian dan kurang ajarnya campurtangan dalam hal-hal politik Malaysia. Antara persoalan lain ialah mengapakah syarikat enjin internet terbesar Google telah dipindahkan operasinya ke Singapura?
Atas alasan bisnes atau alasan pengintipan? Beberapa syarikat berkaitan seperti Waze yang berasal dari Israel juga perlu diperhatikan? Negara Thailand antara negara yang memahami aspirasi Singapura apabila Temasek Holding berusaha untuk membeli syarikat telekomunikasi milik mantan Perdana Menteri Thaksin Sinawatra.
Bukan sahaja rakyat Thai menghalau Temasek Holding, malah Thaksin turut dihalau hingga ke hari ini!Terbaharu beberapa bulan lalu di mana seorang Ahli Parlimen Singapura telah memanjangkan kakinya ke Malaysia. Apakah maksudnya ini
http://mymassa.blogspot.com/2013/10/menggemparkan-wakil-rakyat-singapura.html .




GADIS BAU SYURGA!
by Ustad Yusuf Mansyur



Kisah ini dituturkan oleh Ummu Ahmad al-Du’aijy dalam sebuah wawancara dengan Majalah al-Yamamah.


Seorang gadis meninggal dunia di usia 20 tahun setelah mengalami kecelakaan lalu lintas. Sesaat sebelum ia meninggal, keluarganya bertanya kepadanya: “Bagaimana khabarmu?”


Lalu ia menjawab: “Baik sekali, alhamdulillah.” Namun tidak lama kemudian ia meninggal dunia, semoga Allah merahmatinya.


Mereka membawanya ke tempat pemandian mayat. Dan ketika kami meletakkannya di atas kayu tempat pemandian, kami pun mulai memandikannya.


Tiba-tiba kami melihat wajahnya yang bercahaya dan tersenyum. Ia seperti sedang tidur di atas pembaringannya. Sama sekali tidak ada luka, tulang yang patah atau darah yang mengalir.


Yang menakjubkan adalah ketika mereka ingin mengangkatnya untuk menyelesaikan proses pemandian itu, tiba-tiba dari hidungnya keluar cairan putih yang kemudian memenuhi ruangan pemandian itu dengan aroma semerbak yang sangat wangi !!


Subhanallah ini benar-benar semerbak misk (wangi syurgawi). Kami semua bertakbir memuji Allah. Sampai-sampai puteriku yang juga sahabat dari gadis yang meninggal itu menangis.


Kemudian aku bertanya kepada bibi gadis itu tentang bagaimana gerangan gadis itu semasa hidupnya?


Maka ia mengisahkan: “ ia tidak pernah meninggalkan satu kewajiban pun sejak ia memasuki usia mumayyiz-nya (sudah dapat membedakan sesuatu yang baik dan sesuatu yang buruk , kira-kira umur 7 tahun).


Ia tidak pernah menonton filem, serial sinetron dan televisyen, dan ia tidak pernah mendengar muzik dan nyanyian dan semua hal yang melenakan.


Sejak usia 13 tahun, ia terus berpuasa Tsnin-Kamis. Ia sudah berniat untuk bekerja sukarela memandikan mayat. Namun ternyata ia harus dimandikan lebih dahulu sebelum ia memandikan orang lain.


Semua guru dan kawannya mengenang ketakwaan, akhlak dan perilakunya. Pergaulannya begitu berpengaruh dan berkesan bagi guru dan kawan kawannya semasa hidup hingga kematiannya.


“Barangsiapa yang diuji dengan mendapatkan anak perempuan kemudian ia berbuat baik kepada mereka (dengan mendidiknya) maka anak perempuan itu akan menjadi penghalang baginya dari sentuhan api neraka.” (HR. Bukhari dan Muslim)


“Barangsiapa memiliki tiga anak perempuan kemudian ia sabar atas (merawat dan mendidik) mereka serta ia memberi makan dan minum mereka dari apa-apa yang ia dapatkan maka anak-anak perempuan tersebut akan menjadi penghalang baginya dari api neraka di hari kiamat.” (HR. Ahmad)


Diriwayatkan oleh Aisyah ra. ia berkata:

“Aku kedatangan seorang ibu miskin yang membawa kedua anak perempuannya. Aku berikan kepadanya tiga butir buah kurma.


Kemudian ia memberikan masing-masing dari kedua anaknya satu butir kurma dan yang satu butir lagi ia ambil untuk dimakan sendiri.


Akan tetapi, ketika ia akan memakannya, kedua anaknya itu memintanya. Akhirnya satu butir kurma itu dibelah dua dan diberikan kepada mereka berdua.


 Kejadian itu mengagumkanku. Maka, aku ceritakan hal itu kepada Nabi saw. Kemudian baginda bersabda:


“Allah saw. mengharuskan ibu itu masuk syurga atau membebaskannya dari neraka disebabkan kasih sayangnya terhadap anak perempuannya.” (HR. Muslim)


“Barangsiapa mengurus dan mendidik dua anak perempuan hingga mereka dewasa maka ia datang di hari kiamat bersamaku.” Beliau merapatkan jari-jemarinya. (HR. Muslim)


“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat malaikat yang kasar, yang keras yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”(QS.At-Tahrim:6)
Pembangkang boleh sewenang-wenangnya menghina Mahkamah, mencerca para hakim tetapi tidak ada sebarang tindakan tegas terhadap mereka....!




sumber
Ahmad Zahid.
SERDANG: Malaysia bersedia untuk berkongsi sebarang risikan yang relevan dengan Singapura dan tiada keperluan bagi negara jiran itu untuk mengintip negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
"Secara dasarnya, tidak ada negara lain yang cuba untuk memperoleh kerahsiaan negara lain," katanya pada Selasa.
Beliau mengulas mengenai laporan berita asing mengenai Singapura membantu Amerika Syarikat (AS) dalam aktiviti pengintipan globalnya.
Ahmad Zahid berkata, Malaysia sudah pun menghantar satu nota protes kepada AS.
"Tetapi kita sedia untuk berkongsi maklumat sekiranya perisikan priharin tentang negara ini, maka mereka (Singapura) sepatutnya menghormati kita sebagai negara jiran," katanya pada Hari Inovasi kementerian di Universiti Putra Malaysia di sini, Selasa.
Malaysia memanggil Pesuruhjaya Tinggi Singapura untuk rundingan pada Selasa, dengan mengatakan bahawa ia "kebimbangan yang extrem" oleh laporan media bahawa negara jiran itu membantu AS untuk membuat pengintipan terhadap negara-negara jiran di Asia Tenggara.
Sebuah portal berita melaporkan mengenai dokumen rahsia yang dibocorkan oleh pemberi maklumat Amerika Syarikat, Edward Snowden, mendedahkan bahawa Singapura membantu kumpulan perisikan yang didakwa terbabit dalam aktiviti mengintip di Malaysia.
"Jika dakwaan terbabit dapat dibuktikan, Malaysia sudah pasti menganggap perkara itu sebagai suatu yang sangat serius yang ditolak dan dikecam keras oleh kerajaan," kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan pada lewat Isnin.
"Keselamatan dan kedaulatan Malaysia menjadi perkara paling utama kepada kerajaan. Apatah lagi kegiatan mengintip terhadap kawan baik dan jiran yang sudah pasti tidak dapat diterima dan bertentangan dengan semangat dan komitmen dalam hubungan berjiran," kata Anifah lagi.
Gambar pasangan remaja bercinta itu kini tersebar di laman Facebook sehingga mendapat kecaman dan teguran daripada warga internet yang prihatin daripada melihat kedua-dua remaja ini terjebak lebih jauh dalam alam cinta mereka.
Seperti kebiasaan, lelaki di dalam gambar berkenaan memarahi seorang yang memberi komen ke atas gambar ini dengan menyifatkan mereka sebagai menjaga hal ehwal orang lain sedangkan kebaikan sendiri tidak seberapa.
Komen mereka berbunyi seperti tidak takutkan Allah langsung dan menurut si lelaki, jika tertangkap pun hanya perlu membayar denda dan kemudian selesai kes.

Begitu mudah remaja kita sekarang ini atas nama cinta nak dedah dan pamerkan gambar berdua konon-konon cinta mereka paling hebat dan paling indah dalam pada masa sama tidak menyedari orang menyampah melihat perangai mereka berdua.
Kalau mereka rasa tertangkap dek pihak berkuasa tidak cukup mampu mengubah mereka, anda tolong sebarkan biar ahli keluarga dan saudara mara mereka pula terlihar gambar ini seterusnya menegur serta menyedarkan mereka. – mynewshub.my



Tahniah Polis..hebat PDRM !!

Menurut sumber, salah seorang suspek kes rogol bergilir-gilir amah indonesia sudah berjaya d tangkap dan kini berada d salah satu balai Polis d Selangor.
sumber
Kompilasi sedutan video klip kenyataan Anwar Ibrahim tentang pengundi Bangladesh. Malah Anwar juga sebenarnya turut menyebut nama-nama negara anggota ASEAN yang lain.

Selain itu SPR dan parti wajib dipersalahkan  Barisan Nasional, beberapa jabatan kerajaan seperti Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Imigresen, Angkatan Tentera Malaysia turut dituduh bersekongkol membawa masuk puluhan ribu pengundi luar/asing.

Nama MAS dan AirAsia turut diheret oleh Anwar dalam isu pengundi Bangla ini..Kita harap MAS dan siapa saja yang disebut menyaman Anwar dan PR bagi membersihkan kembali nama serta menghukum Anwar supaya tidak menipu..





PENDEDAHAN INI MUNGKIN MENGELAKKAN PEMBACA DARIPADA DIPERDAYA

Beberapa hari selepas menukilkan entri ini, saya dihubungi oleh wanita melalui private message Facebook  dan memperkenalkan dirinya sebagai 'Elis', 26 tahun.

Saya kemudian menemuinya pada jam 4 petang semalam di Kuala Lumpur.

"Saya mula bekerja di agensi telemarketing, sebagai kerani pentadbiran kira-kira dua tahun lalu dan kemudian berhenti kerana agensi terbabit tidak membayar gaji saya. Ruang pejabat di tingkat dua dibahagikan kepada banyak partition diduduki telemarketer bertugas menghubungi pemegang kad kredit dan kad debit menggunakan telefon. Jumlah mereka mencecah lebih empat puluh orang, majoriti berbangsa Melayu dan India, tiada Cina. Lebih menarik, kebanyakkan mereka graduan institusi pengajian tinggi atau individu biasa tetapi mempunyai kemahiran bercakap secara berkesan. Sepanjang tempoh latihan seminggu, pihak pengurusan agensi memberikan bakal telemarketer skrip sebagai rujukan untuk membuat panggilan dan kaedah menjawab soalan untuk dihafal. Antara pengisian utama modul, cara untuk menyakinkan pelanggan agar  akhirnya bersetuju mendedahkan tiga nombor kod di belakang kredit kad dan debit mereka atau lebih dikenali sebagai security code bank," kata anak kelahiran Johor itu saya temui di restoran mamak.

"Baik, ini kad kredit. Nombor manakah awak maksudkan?," soal saya.

Elis kemudian spontan mengangkat kad kredit saya letakkan di atas meja.

"Nombor di belakang kad ini, di sebelah kanan tandatangan pemilik. Nombor tiga digit ini amat penting kepada telemarketer," responnya.

Saya mendengar dengan teliti sambil merakamkan kenyataan Elis menggunakan perakam suara jenis Sony.

"Sewaktu membuat panggilan, kami mulakan dengan kenyataan standard. Assalamulaikum encik! Saya Elis daripada bank A dan bekerjasama dengan syarikat insuran B untuk menawarkan skim insuran kepada pemegang kad kredit. Memang semua telemarketer tidak menggunakan nama sebenar. Kemudian kami sambung ... nama encik, Mazidul Akmal Sidik, terlebih dahulu saya ingin membuat semakan nombor kad pengenalan encik, 670319 ..... Betul? Pemilik kad lazimnya berkata 'ya' kerana kami memang dibekalkan semua perincian peribadi bakal mangsa seperti alamat, alamat rumah, nama pewaris dan termasuk nombor kad kredit visa dan mastercard mereka," jelas Elis.

‘Jumpa awak di dunia lain!’Inilah khidmat pesanan ringkas terakhir yang dihantar oleh seorang anak ‘Tan Sri’ yang terkenal di negara, kepada teman wanitanya sebelum membakar dirinya.Mayat pemuda yang rentung 80 peratus itu, kemudiannya ditemui di balkoni kondominiumnya di Taman Tun Dr Ismail awal pagi ini.

Akhbar The New Straits Times melaporkan bahawa pemuda yang berusia 20 tahun itu, dipercayai telah menuangkan petrol ke atas dirinya sebelum membakar diri.Pemuda itu dikatakan sedang menuntut di sebuah universiti di New Zealand dan telah kembali ke Malaysia untuk bercuti.Menurut Bernama, mayat pemuda itu ditemui oleh ibu mangsa pada kira-kira 4 pagi ketika terjaga daripada tidur sebelum melihat kesan kebakaran di balkoni kondominium berkenaan.

Ibu mangsa kemudian dilaporkan cuba membuka pintu jeriji yang berkunci di balkoni itu sebelum melihat mayat anaknya itu dalam keadaan rentung dan tertiarap.Bernama memetik kata-kata seorang sumber yang mengakui bahawa pemuda tersebut kebelakangan ini tertekan dengan hubungannya dengan teman wanitanya.Polis juga menemui dua tin disyaki berisi petrol serta sebuah telefon bimbit berhampiran mangsa yang tertera khidmat pesanan ringkas kepada teman wanitanya mengatakan 'See you in other side' (jumpa anda di dunia lain).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Azlee Abdullah, dalam mengesahkan kematian tersebut kepada Bernama, berkata polis telah mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai kematian mengejut.Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/anak-tan-sri-bakar-diri-selepas-hantar-sms-terakhir-kepada-teman-wanitanya-25894?cp

Satu laporan telah dibuat oleh sekumpulan individu yang mendakwa berlakunya kebocoran kepada soalan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kertas Matematik 1,2 serta Matematik Tambahan.

Wakil kumpulan itu, Muhammad Rizuan Abdul Rashid memberitahu kebocoran pertama dikesan sejurus selepas peperiksaan matematik kertas 1 dan 2 selesai pada Isnin, 18 November lalu.

"Selepas kertas soalan tersebut selesai sekumpulan pelajar telah menghubungi atau berjumpa dengan sahabat saya itu menyatakan kertas-kertas soalan matematik bocor" kata Muhammad Rizuan kepada Astro AWANI.

Sebagai bukti pelajar berkenaan menunjukkan salinan soalan serta jawapan matematik yang mereka peroleh daripada seorang guru yang mengajar kelas tambahan sehari sebelum peperiksaan itu berlangsung.

Ternyata kesemua soalan yang diberikan sama dengan soalan yang keluar pada hari peperiksaan sebenar.

Ekoran kejadian itu satu aduan telah dibuat kepada LPM Malaysia di Putrajaya.

Muhammad Rizuan bagaimanapun kecewa kerana pihak lembaga gagal mengambil tindakan segera bagi menyekat perkara itu.

Beliau mendakwa sekali lagi menerima maklumat kebocoran kertas soalan matematik tambahan kertas dua pada khamis lalu.

Terbukti soalan beserta jawapan yang dihantar melalui ‘whatsapp’ itu sama dengan soalan dalam kertas peperiksaan itu.

Susulan itu satu laporan polis telah dibuat dan Muhammad Rizuan menggesa pihak lembaga mengambil tindakan tegas bagi memelihara integriti peperiksaan negara.


Siapakah Ahmad Ammar Ahmad Azam?

Lewat kebelakangan ini, video berkaitan Ammar banyak dikongsikan di laman-laman sosial.

Namun ketika cerita dan video tentang dirinya berlegar, Ammar yang merupakan penuntut jurusan Sejarah di Universiti Marmara, Turki sebenarnya sudah kembali ke Rahmatullah, 2 November lalu di sana.

Keistimewaan anak muda bernama Ammar ini, dapat dilihat selepas dia pergi. Antaranya, allahyarham disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat nabi, auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.

Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Malah begitu ramai orang termasuk masyarakat setempat selain rakan satu universiti yang hadir ketika allahyarham disolatkan di Masjid Ayub Sultan, Istanbul seterusnya mengiringi jenazah Ammar ke kubur.

Sedangkan Ammar, cuma salah seorang penuntut Malaysia yang berada di sana.

Bagaimanapun satu yang pasti, Ammar sememangnya pernah meluahkan hasrat mahu mati syahid.

Cuma untuk mati syahid seseorang itu tidak semestinya perlu gugur di medan perang. Dan jika kita berbuat baik kepada orang, balasannya pasti akan diperoleh di dunia lagi.

Untuk mengetahui perjalanan hidup Ammar, saksikan video di bawah.


Isu jalan Abang Amin yang sebelum ini menimbulkan kemarahan penduduk kampung Bintangor mendapatkan perhatian pihak berwajib.Pergerakan Pemuda PBB N40 Meradong dengan kerjasama JKKK Zon 2 Abang Amin telah menghantar surat permohonan baikpulih Jalan Kampung Abang Amin.Menurut Ketua Pemuda PBB Meradong Saudara Halmi Morsili rungutan dan desakan penduduk Kampung kita telah suarakan kepada Pihak MDMJ dan Pejabat Daerah Meradong.Kita juga telah panjangkan isu ini ke pihak Yang Berhormat Datuk Norah dan YB Tuan Abdullah.
Pihak kita dengan kerjasama JKKK Zon 2 telah memohon jalan ini untuk dinaiktaraf dan permohonan ini telah dihantar pada hari ini.



Semalam penulis ada menyiarkan satu rakaman video klip dimana seorang pengguna jalanraya berbangsa Cina cuba memprovokasi polis trafik . Dialog dalam video klip berkenaan seolah-olah kaedah mereka untuk 'memancing' polis supaya menerima rasuah . Dalam video klip itu juga beliau seolah-olah sedang berusaha kononnya polis berkenaan mahukan rasuah , walhal apa yang kita lihat ada yang sebaliknya .

Kemudian semalam penulis cuba mencari di laman Youtube video2 yang serupa . Rupanya-rupanya kejadian seperti ini pernah berlaku , memang ada di kalangan pemandu kenderaan berbangsa Cina akan merekod video apabila mereka di tahan polis trafik . Dalam video itu , mereka cuba menunjukkan mereka tak bersalah , dan berada di pihak yang benar walaupun apa yang kita perhatikan sebenarnya hanyalah satu tindakan bodoh memprovokasi, dengna harapan polis bertindak balas dan video yang mereka rakam itu akan menjadi 'hits'

Kalau ditonton kompilasi video di bawah , macam2 helah yang dibuat oleh pemandu2 ini bila ditahan pihak polis , agak kelakar bila seorang pemandu secara terang-terangan menipu dia membawa kereta pada kelajuan 40km/j di lorong kanan jalanraya . Ada juga pemandu yang memutarbelitkan percakapan polis trafik apabila mengatakan polis berkenaan meminta wang sedangkan yang diminta adalah IC, beria-ia pemandu ini mengulang polis minta rasuah dan dia tak layan .

sumber
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY