'/>


Sekarang neh depa sebut dah jumpa mayat individu terbabit.

Lihat gambar ;


Yang sebenarnya depa sebar tanpa blur kat mana2 part. Aku blurkan sebab ia agak menakutkan untuk ditengok dan bagi menghormati saudara mangsa. Ketika neh dia suspect penjenayah. Polis pun belum bagi kata putus lagi. Mungkin ya, mungkin tidak. Kita tengok macam mana nanti. Tapi dari rakaman CCTV yang disebarkan semalam, baju dah sama dah. Warna merah.

Gambar lagi ;


Sebelum tue siang tadi kecoh satu video yang merakamkan mayat tersebut melalui sungai apa tah.. 

Harap2 kita semua ambil iktibar dan pengajaran yang berguna dari kes neh. Belajar macam mana nak membantu golongan gelandangan jangan sampai terjadi lagi kes2 yang mengundang bahaya kanak2 yang tidak berdosa. Anak2 orang ataupun anak2 kita, jangan berkira sangat bab keselamatan dorang tue semua.


KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan ditemui mati dalam keadaan kepalanya terpisah dari badan di tebing Sungai Klang berhampiran stesen komuter Jalan Hishamuddin, di sini, malam tadi.

Kanak-kanak yang berusia antara dua hingga tiga tahun itu ditemui orang awam kira-kira jam 9 malam dipercayai dikelar seorang lelaki warga asing yang sempat melarikan diri.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, berkata mangsa dikatakan dibawa lari oleh suspek berkenaan dari sebuah pusat beli belah di Pudu Sentral ketika ditinggalkan bersama rakan ibunya.

"Polis sedang mengesan suspek yang melarikan diri sebaik menyedari tindakannya mengelar leher mangsa dilihat orang awam dan usaha mengesan lelaki warga asing berusia 30-an itu sedang giat dijalankan.

"Ibu bapa mangsa sudah dimaklumkan dan mereka sudah membuat pengecaman, namun belum disoal siasat berikutan keadaan ibunya yang hampir pengsan sebaik melihat keadaan anaknya," katanya.

Menurut Zainuddin, pemeriksaan di tempat kejadian menemui serpihan jubin berhampiran mayat namun belum dapat dipastikan sama ada ia digunakan untuk mengelar mangsa.

"Polis tidak menolak kemungkinan suspek menggunakan senjata tajam untuk mengelar leher mangsa berdasarkan kesan kelar berkenaan," katanya.

Motif sebenar kejadian itu belum dikenalpasti dan siasatan lanjut dijalankan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan



Tiada jemaah umrah Malaysia yang cedera dalam kejadian rempuhan di Majslidil Haram Mekah pada Khamis.

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan perkara itu di Teluk Intan sebentar tadi.

"Pegawai Tabung Haji sahkan kejadian dan memberitahu tiada warga Malaysia terbabit.

Dalam kejadian yang menjadi viral di media sosial itu, tiga wanita dan seorang lelaki cedera selepas terperangkap dalam rempuhan.

Arab News melaporkan,  jurucakap polis Makkah, Aati Al-Qurashi sebagai berkata, ketiga-tiga wanita itu telah dirawat di tempat kejadian dan mangsa keempat telah dipindahkan ke sebuah hospital tempatan.

Menurut seorang lagi pegawai, lelaki terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala.

Katanya kejadian itu berlaku apabila sebaik pintu Kaabah dibuka untuk majlis penyucian orangramai yang teruja telah merempuh untuk melihat keadaan di dalam Kaaba. Ketika itulah lelaki berkenaan jatuh dan cedera di kepala.

Sementara itu, menurut sumber lain, Leftenan Kolonel Atiyah Al-Qurashi mengesahkan empat orang cedera dalam kejadian tersebut.

Beliau menafikan khabar angin yang tersebar di media sosial bahawa terdapat cubaan membunuh diri semasa operasi membersihkan Kaabah dijalankan

Terdahulu, Gabenor Mekah, Putera Mishaal bin Abdullah mewakili Raja Abdullah telah mengambil bahagian dalam upacara penyucian Kaabah.

Upacara membersihkan bahagian dalam Kaabah dilakukan dua tahun sekali, iaitu pada bulan Muharram dan Shaaban dalam kalendar Hijriah. 

MIRI: Seorang remaja berusia 14 tahun dirogol seorang lelaki tidak dikenali yang menceroboh kediamannya di Bandar Baru Permyjaya, malam tadi. 

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata kejadian berlaku jam 12.02 tengah malam ketika mangsa hanya tinggal berdua dengan adiknya yang berusia tujuh tahun. 

Ibu bapa mangsa tidak ada di rumah kerana menziarahi saudara yang meninggal dunia, katanya kepada Bernama, di sini. 

Menurut Gan remaja itu diserang seorang lelaki bertopeng yang mengacu pisau ke lehernya ketika memeriksa bunyi bising di bahagian belakang rumah. 

"Lelaki itu kemudian membawa mangsa masuk ke bilik dan menutup muka mangsa dengan bantal sebelum merogolnya," kata Gan. 

Beliau berkata suspek yang dipercayai memasuki rumah itu menerusi pintu dapur, kemudian melarikan diri dan mangsa menghubungi ibu bapanya untuk memaklumkan kejadian sebelum mereka membuat laporan polis. 

- BERNAMA

Al-Fatihah kpd Almarhum Sultan Perak, Tuanku Azlan Shah yang baru mangkat.





Wajah suspek yang kini Dikehendaki oleh pihak Polis,Kedua-dua penjenayah ni terlibat didalam kejadian samun dan langgar lari yang mengorbankan seorang anggota polis semalam,kepada Masyarakat yang ada maklumat berkenaan kejadian ini,sila berhubung dengan pihak berkuasa bagi mempercepatkan penangkapan terhadap penjenayah terbabit...



AL-FATIHAH DAN TAKZIAH KEPADA AHLI KELUAGA BELIAU..

Bacalah komen miak tok...

Penyertaan pelbagai peringkat umur ,kaum Dan Agama serta kebolehan ...dikumpul dibawah satu bumbung..




 
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY