47 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah menyokong usul khas di bawah Peraturan Tetap 31(3) yang meminta dua Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Tian Chua, diharamkan masuk ke negeri tersebut berkuat kuasa serta merta.
Manariknya tiga tokoh pembangkang di negeri tersebut Datuk Wilfred Bumburing (BEBAS-Tamparuli) Dr Edwin Bosi (DAP-Kepayan) dan Datuk Dr Jeffrey Kitingan (STAR-Bingkor) tidak menantang usul khas itu sebaliknya memilih untuk berkecuali.
Menurut Ketua Menteri Datuk Musa Aman, seramai 47 ADUN menyokong usul khas berkenaan dalam pungutan suara yang dilakukan sebaik perbahasan usul itu berakhir.
Sabah mempunyai 60 DUN dengan 48 daripadanya adalah daripada BN. Ditolak Speaker yang tidak mengundi, ini bermakna semua ADUN BN mengundi untuk melarang kedua-dua pemimpin PKR itu menjejakkan kaki ke negeri tersebut.
PKR mempunyai tujuh ADUN manakala DAP empat dan satu dari STAR.
Tiada satupun ADUN termasuk tujuh dari PKR yang tidak menyokong usul tersebut sebaliknya mereka memilih untuk tidak mengundi.
Usul dikemukakan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang meminta pihak berkuasa kerajaan menyekat kemasukan Nurul Izzah dan Tian Chua ke Sabah.
Raymond turut mengusulkan siasatan dilakukan ke atas dua pemimpin PKR itu terhadap tindakan mengatur dan mengadakan perjumpaan dengan anak Jamalul Kiram III, Jacel Kiram, baru-baru ini.
Sabah dan Sarawak mempunyai kedudukan khas di mana ketua menteri masing-masing berkuasa menghalang mana-mana 'orang Semenanjung' daripada masuk ke negeri tersebut berdasarkan perjanjian ketika pembentukan Malaysia pada 1963.
Nurul Izzah sebelum ini menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terutamanya dari Sabah selepas Jacel memuat naik empat keping gambar pada 9 Nov lepas dalam akaun Facebooknya yang memaparkan pertemuannya dengan anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.
Jacel merupakan anak perempuan kepada Jamalul Kiram III yang mengarahkan serangan di Lahad Datu, Sabah pada 2013.
Pada Februari 2013, kumpulan penceroboh dari selatan Filipina memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.
Susulan itu berlaku pertempuran antara kumpulan pengganas itu dengan pasukan keselamatan Malaysia, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban, tiga cedera manakala 12 penceroboh bersenjata terbunuh.
Enam lagi anggota polis turut terkorban dalam serangan hendap di perkampungan air Kampung Simunul, Semporna dan dua anggota tentera turut terbunuh dalam pertempuran dan kemalangan dalam operasi di Lahad Datu.-26/11/2015
Related Pots
Inilah antara spesies tidak bersyukur yang ada di negara kita.
Apabila saya sebut tentang perkhidmatan kesihatan negara kita yang merupakan antara yang terbaik dan termurah di dunia, mereka tidak dapat menerima hakikatnya.
Sedangkan sahabat2 yang berada di luar negara sendiri mengakui perkhidmatan kesihatan yang disediakan adalah antara terbaik malah lebih baik dari negara mereka!
Tapi makhluk jakun yg tak pernah pi oversea akan mengagung2kan negara lain sambil tidak bersyukur dan tidak menghargai nikmat yang ada di negara kita. Malah siap kata negara kuffar seperti New Zealand dan Germany lebih Islam dari negara kita. (Rujuk gambar dalam ruangan komen pertama)
Syukurilah nikmat, jangan kufuri nikmat.
Related Pots
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membelanjakan kira-kira RM180 juta pada pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-11, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Katanya peruntukan itu turut melibatkan perbelanjaan logistik, seperti penyewaan helikopter, dan perbincangan untuk menyewa helikopter sudah pun bermula.
"Di Sarawak ini memang banyak helikopter diperlukan kerana ada kawasan-kawasan tertentu kita tiada pilihan. Kami perlu menggunakan helikopter dan di sesetengah tempat, helikopter itu kena keluar dari kawasan tersebut sebelum masa tertentu," katanya.
Sejumlah 15,000 kakitangan terlibat dan mereka akan ditempatkan di seluruh negeri semasa PRN kelak, katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan pada Taklimat Pegawai Pengurus, Penolong Pegawai Pengurus dan Ketua Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di Kuching Isnin.
Turut hadir Timbalan Pengerusi SPR Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, Ahli-ahli Suruhanjaya SPR, Setiausaha SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dan Pengarah SPR Sarawak Datuk Takun Sunggah.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata setakat suku kedua tahun ini, pengundi berdaftar di Sarawak berjumlah 1.1 juta orang namun beliau menyifatkan jumlah tersebut masih kecil dengan jumlah pengundi baharu hanya kira-kira 10 peratus.
Sementara itu, Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan laporan akhir persempadanan semula bahagian PRN Sarawak akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada 2 Dis ini.
Beliau berkata berkata tarikh tersebut adalah hari kedua terakhir Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Sidang Parlimen Ke-13 yang berlangsung selama 25 hari mulai 19 Okt sehingga 3 Dis.
Katanya pembentangan laporan itu bagi membolehkan cadangan mewujudkan 11 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak yang baharu mendapat kelulusan Parlimen dan diwartakan.
"Laporan telah pun diserahkan kepada pihak Parlimen dan mengikut apa yang saya dimaklumkan laporan terakhir berkenaan persempadanan semula DUN Sarawak itu akan dibentangkan serta dibahaskan di Dewan Rakyat pada 2 Dis," katanya.
Dalam pelaksanaan persempadanan semula untuk Sarawak, SPR mewujudkan 11 kawasan baharu pilihan raya negeri, pertambahan daripada 71 kepada 82 kerusi DUN.
-agendadaily
Related Pots
Fitnah - Selidik Dulu Sebelum Tuduh
Aspek komunikasi dan penyebaran maklumat bukan saja dilihat berlaku secara lisan, malah boleh disebarkan dengan cepat dan pantas secara maya (virtual) melalui internet atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
Penciptaan alat komunikasi secara maya ini mempunyai banyak faedah jika digunakan dengan betul dan baik. Namun, ia menuntut suatu disiplin, tatacara dan tanggungjawab pengguna supaya kemajuan tidak disalahgunakan untuk menyebar perkara tidak benar atau palsu.
Tidak dinafikan peralatan canggih itu hari ini turut disalah guna bagi menyebar pelbagai maklumat palsu, sesat dan fitnah secara bebas tanpa ada rasa tanggungjawab. Tambahan pula, sukar sekali untuk mengesan pihak melakukannya.
Dilihat kesannya terhadap masyarakat, sama ada melalui perhubungan secara lisan atau saluran teknologi maklumat (IT), kedua-duanya sama tahapnya. Jika secara lisan maklumat boleh dimanipulasi dan dikelirukan, begitulah juga melalui IT.
Untuk menilai kesahihan berita yang disebarkan, al-Quran sudah meletakkan garis panduan. Antaranya firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidiklah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menampakkan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah al-Hujurat, ayat 6)
Allah SWT sudah memberi peringatan dan mengajar semua umat Islam supaya meneliti dan menyelidik terlebih dulu berita yang disampaikan oleh orang fasik kepada mereka. Tidak kira sama ada berita itu disampaikan secara lisan atau melalui internet.
Seseorang mukmin dilarang tergesa-gesa mempercayai sesuatu berita disebarkan atau jangan terlalu cepat pula menafikannya sebelum membuat penelitian serta penyelidikan terhadap kebenaran berita itu. Ini semata-mata untuk mengelak daripada melakukan kesalahan di atas kesamaran.
Sebab penurunan ayat itu ada hubung kait dengan berita dibawa oleh al-Walid bin 'Uqbah bin Abu Mu'it. Ahmad bin Hanbal, meriwayatkan bersumberkan daripada al-Harith bin Dirar al-Khuza'iy, yang berkata, "Aku bertemu Rasulullah SAW, Baginda mengajakku supaya memeluk agama Islam. Aku menerima ajakan (dakwah) Rasulullah SAW itu dengan memeluk agama Islam. Kemudian Rasulullah SAW mengajakku supaya mengeluarkan zakat, dan aku menerima ajakan itu. Aku berkata lagi: Aku perlu pulang kepada kaumku terlebih dulu, untuk mengajak mereka supaya sama-sama memeluk Islam dan mengeluarkan zakat. Sesiapa yang menerima ajakanku itu, aku akan memungut zakat daripadanya. Wahai Rasulullah SAW apabila sudah cukup tempoh, maka hantarlah utusan untuk mengambil zakat yang telah dipungut itu."
Apabila al-Harith selesai memungut zakat dan tempoh ditetapkan sudah tiba, maka Rasulullah SAW mengutuskan al-Walid bin 'Uqbah bin Abu Mu'it kepada kaum Bani Mustaliq untuk memungut zakat daripada mereka.
Dalam perjalanan menuju perkampungan Bani Mustaliq itu, al-Walid merasa takut dan gentar. Lalu al-Walid bergegas pulang sebelum sempat sampai ke perkampungan Bani Mustaliq dan membawa berita palsu kepada Rasulullah SAW bahawa al-Harith enggan menyerahkan hasil kutipan zakat itu, malah mengambil tindakan untuk membunuhnya.
Kemudian Rasulullah SAW mengutuskan utusannya kepada al-Harith untuk memastikan kebenaran berita yang disampaikan oleh al-Walid. Dalam perjalanan, utusan Rasulullah SAW itu bertemu dengan al-Harith dan rombongannya yang sedang menuju kepada Rasulullah SAW Dalam pertemuan itu, al-Harith bertanya kepada utusan itu, "Kepada siapakah kamu semua diutuskan. Mereka menjawab: Kepadamu. Al-Harith bertanya lagi: Mengapa kamu diutuskan kepadaku? Mereka menjawab: Sesungguhnya Rasulullah SAW telah mengutuskan al-Walid bin `Uqbah kepadamu untuk mengambil hasil kutipan zakat. Dia berkata bahawa kamu enggan menyerahkan zakat, bahkan bertindak akan membunuhnya. Lantas al-Harith berkata: Tidak! demi Allah yang mengutus Muhammad dengan kebenaran, aku tidak melihat al-Walid pun dan dia tidak datang kepadaku."
Apabila al-Harith dan rombongannya tiba di hadapan Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Kamu enggan menyerahkan hasil kutipan zakat dan cuba membunuh utusanku. Maka al-Harith berkata: Tidak! Demi Allah yang mengutus engkau dengan kebenaran, aku tidak berbuat demikian. Maka turunlah ayat 6, surah al-Hujurat)." (Ibn Kathir)
Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Menyelidiki dengan tenang adalah daripada Allah dan tergopoh-gapah (itu) adalah daripada syaitan." (Al-Tabariy).
Oleh: Mohd Shukri Hanapi