'/>

Hadiah di sampaikan oleh YB Adun N46 Meradong Datuk Ding...Turut Hadir bersama PS ung woo teng serta pemilik MyGym Bintangor...Encik Simon...

Berita lanjut menyusul...

BINTULU - Sejumlah enam buah rumah telah musnah dalam satu kebakaran yang berlaku pada pagi tadi di Kampung Masjid, Jalan Abang Galau, Bintulu.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, dalaM kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, kesemua rumah telah musnah 100 peratus sepenuhnya namun kesemua penghuni rumah berkenaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Kami menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 10.08 pagi dan telah mengerakkan sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu ke lokasi 

Bintulu :Berlaku di jalan RPR sebiew awal pagi ini..kes blom diketahui punca kematian sebaliknya....masih dalam siasatan pihak polis.....
Info dan Foto :Bintulu  info

Wanita warga emas, Pria anak Nangkai  64 Tahun yang dilaporkan hilang sejak Rabu 28 Disember 2016 lepas di Serian ditemui selamat oleh pasukan SAR pada jam 1130 pagi tadi dalam jarak 1.5 kilometer  dari Kampung Sungai Mas Bintawa.

Beliau telah dibawa oleh unit EMRS ke Hospital Serian untuk mendapat rawatan selanjutnya.

INFO DAN GAMBAR IHSAN JBPM NEGERI SARAWAK

Siaran media

Pertandingan Benchpress Closed Bintangor 2016

TARIKH:31 Disember 2016 (Sabtu)
Jam :1 Petang
Venue:My Gym Bintangor,
22 Wharf Road
2nd Floor
96500 Bintangor

Terbuka kepada warga Bintangor sahaja atau bekerja di Bintangor...
Kategori Terbuka
Hadiah
1.Wang Tunai
2.Wang Tunai
3.Wang Tunai

Berminat watsapp atau sms ke 0135736109.

Program anjuran Pemuda PBB N46 Meradong dengan kerjasama My Gym Bintangor.

Beginilah keadaan di wharf express Song..memang sesak dan penuh dengan buah-buahan setiap Kali musim buah..
Buahan tersebut di bawa dan di jual di bandar Sibu dan bandar2 lain di seluruh Sarawak

Photo & credit to FB page: Song,sarawak

Menziarahi Allahyarham Tan Sri SM Salim. Negara kehilangan tokoh seni & penyiaran yg tersohor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT. Salam takziah pada seluruh ahli keluarga. Al Fatihah.
Foto by FB Zahid Hamidi

Bintang legenda, Tan Sri SM Salim, 88, meninggal dunia di rumah anaknya di Ukay Perdana, di Hulu Klang, pada jam 5.44 petang tadi akibat sakit tua. Anak sulungnya, Siti Noraishah, 60, mengesahkan bapanya menghembuskan nafas terakhir di sisi anak-anak dan cucu.


Dalam DAP - Pengerusi hanya boneka saja. Yg berkuasa adalah setiausaha agung.

Dalam PKR - Presiden hanya boneka saja. Yg berkuasa adalah ketua umum.

Dalam PPBM (Parti Pokok Bunga Malaysia) - Presiden pun boneka juga. Yang berkuasa adalah pengerusi.

Eloklah tu mereka berangkai sekarang. Semuanya sdg berjuang utk anak masing2.

Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016 .Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru seluruh rakyat supaya menolak sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian negara.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, mereka mesti mempertahankan semangat toleransi antara masyarakat pelbagai kaum dan agama daripada serangan oleh anasir dari dalam dan luar.

Menurut beliau, perkara itu amat penting kerana toleransi beragama merupakan tonggak keharmonian yang menjadikan rakyat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Keamanan bukan mudah untuk dicipta dan keharmonian bukan sesuatu yang mudah untuk dipertahankan kalau kita tidak dapat merasai dan memahami setiap kaum di Malaysia,” katanya ketika berucap menyampaikan perutusan pada Majlis Rumah Terbuka Malaysia Krismas 2016

Apa pendapat anda? Logik atau tidak kedai persendirian di Saratok ini mengenakan cas sebanyak RM20 bagi setiap perkhidmatan permohonan BR1M 2017...

Foto by FB Kamek Miak Sarawak

Limbang:Pihak JBPM Negeri Sarawak sedang melakukan OP SAR bagi mencari seorang remaja berusia 16 tahun yang dikhuatiri mati lemas selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Lubai Limbang kira kira jam 1.58 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Alexender Albertini Anak Daud dikatakan sedang bermandi manda bersama  rakannya .Mereka dipercayai terjun dari sebuah jambatan.Setakat ini mangsa masih belum dijumpai.

FOTO IHSAN JBPM NEGERI SARAWAK

Sumber:FB Friend of klxpress Sarawak

Santai dan bersahaja...YB Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah...

Caption FB 

Aduh Boss, merajuk ke? Nak gi mana dengan beg banyak2 ni?


Ramai kwn2 terkejut  nampak DSIS lepak mcm tu tunggu kereta..

Bagi kami...itu lah DSiS... simple guy!

@ Ismail Sabri

Foto by FB jamhariah coral

SIMUNJAN - Sebuah lori terbalik di Simpang "T" hujung Jambatan Kampung Sageng, Simunjan pada jam 5.00 pagi tadi.

Akibat daripada kemalangan itu tiang elektrik grid terputus dan saluran paip bocor serta sebuah gerai turut terjejas.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan hanya pemandu lori tersebut dirujuk ke Hospital Simunjan untuk pemeriksaan selanjutnya.

Foto by Friend of Klxpress Sarawak

Ketika ini Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak sedang melaksanakan Pemantauan Banjir  yang dilakukan oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Lundu di kawasan yang dilaporkan terdapat jalan terputus di jalan utama berhampiran Kg Sebat Lundu ke Sematan.

FOTO IHSAN OLEH JBPM NEGERI SARAWAK

Welfare visit to yesterday road accident near Sebangkoi victim and patients in Sarikei General Hospital. Get Well Soon! Drive Safe....
foto by FB ung woo teng

Isu dadah mendapat perhatian YB Ahli Parlimen Tanjung Manis...

KUCHING: Deretan patung kucing di tengah bandar Kuching sudah terlalu sinonim kepada pelancong yang berkunjung ke Sarawak. Buat sekian lama, ia menjadi mercu tanda dan tarikan industri pelancongan di sana.

Namun, kini terdapat tarikan baharu yang unik jika anda berkunjung ke sana, sebuah restoran dengan pelayan “istimewa” yang tidak akan dapat anda temui di tempat lain.

Sarawak Tourism Board menerusi laman Facebook mempaparkan Restoran CH Premier di Kuching berjaya tersenarai dalam Malaysia Book of Records kerana menjadi restoran pertama menggunakan robot sebagai pelayan untuk menghidangkan makanan kepada pelanggan.

Baca lanjut di:http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2016/12/27/robot-jadi-pelayan-restoran-di-kuching/

Gembira diwajah mereka...Seramai 35 orang anak yatim dan daif telah dibantu.Bantuan berupa pakaian sekolah dan sebagainya...

SERIAN - Seorang lelaki berusia 23 tahun yang bertugas sebagai Anggota Tentera di Kuala Lumpur maut.
Seorang lagi lelaki berusia 20 tahun mengalami cedera parah selepas motosikal yang dinaiki kedua-dua mereka dilanggar dari belakang oleh sebuah Bas Ekspress di Kilometer 61 Jalan Kuching, Sri Aman-Serian tengah malam tadi.
Sumber:Friend of klxpress Sarawak

Untuk maklumat lanjut berkaitan Jadual Pembayaran BR1M 2017 adalah seperti infografik diatas.

#BR1M
#KerajaanPrihatin

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY