Related Pots
Edaran Media
Isu pengambilan dadah dikalangan belia terutamanya pelajar 2 sekolah perlu dibanteras segera...Menurut Ketua Pemuda PBB N46 Meradong..Saudara Cr Halmi Morsili pihak kami mengambil serius perkara ini.Daripada sumber yang kami perolehi ada dikalangan belia perempuan sanggup mengadai maruah diri semata-mata untuk mendapat bekalan dadah.
Pihak kami mengambil serius perkara ini.Kerjasama semua pihak perlu membanteras gejala ini.Apa yang merisaukan Pengedar Dadah ini seolah-olah dilindungi pihak-pihak tertentu.Kami tidak menunding jari kepada sesiapa tapi seolah-olah perkara ini tiada jalan penyelesaian...Tauke Besar Perlu diperangi segera...
Ibubapa perlu pantau anak kita...Jangan biarkan mereka terpengaruh dengan gejala ini...sama-sama kita banteras Gejala ini...
Saudara :
Kr. Halmi Bin Morsili
Ketua Pemuda PBB N46 Meradong
Related Pots
Kaunter Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang dibuka sejak pagi semalam penuh sesak dengan majikan dan pekerja yang membuat permohonan E-Kad sebelum tempohnya berakhir esok.
Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata, walaupun JIM sudah membuka kaunter dengan semaksimumnya kesesakan tetap berlaku kerana sikap pekerja dan majikan yang menunggu hingga saat akhir.
Related Pots
Kadang-kadang kesian sama pembangkang di Sarawak. Mereka ketandusan isu sehingga isu "angpow raya" Rumah Terbuka CM pun dijadikan isu.
Apa pembangkang ingat Konsep Rumah Terbuka dibuat hanya untuk mendapatkan "angpow raya" sahajakah ?
Rumah Terbuka CM dianjurkan agar rakyat dari segenap lapisan masyarakat dan umur dapat berjumpa sambil beramah mesra dengan CM Abg Jo.
Inilah masalah pembangkang terutamanya DAP. Otak hanya ligat untuk fikirkan benda negatif sahaja.
Related Pots
KUCHING: Barisan Nasional Sarawak dijangka menampilkan sekurang-kurangnya enam muka baharu dalam pilihan raya umum (PRU) Ke-14.
Penganalisis politik berkata, parti tulang belakang BN, Parti Pesaka Bumiputera akan menampilkan sekurang-kurangnya empat muka baharu termasuk Parlimen Mukah, Puncak Borneo, dan Betong yang masing-masingnya tambah Datuk Amar Douglas Uggah Embas, diwakili Dr Muhammad Leo Michal Toyad, Dr James Dawos Mamit.
Prestasi Leo yang tidak memuaskan dan tempoh perkhidmatan yang terlalu lama antara faktor bekas menteri pelancongan dan timbalan menteri pelajaran itu digugurkan.
James Dawos pula bakal digugurkan kerana masalah kesihatan.
Datuk Amar Douglas Uggah Embas Ahli Parlimen Betong dijangka akan memberi laluan kepada muka baharu.
Douglas, Ahli Dewan Negeri Bukit Saban ialah Timbalan Ketua Menteri Sarawak.
Calon bagi kerusi Betong bagi PRU nanti kemungkinan besar ialah Robert Lawson Chuat, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Saban.
Biasanya BN menampilkan sekitar 30 peratus muka baharu dalam setiap pilihan raya bagi proses peremajaan dan kesinambungan, selain atas faktor prestasi calon.
Baca lanjut :Sarawakvoice
Related Pots
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Openg berkata Sarawak TIDAK akan melaksanakan cukai pelancongan persekutuan bulan depan walaupun pengumuman sebelumnya oleh Putrajaya kerana pelaksanaan di negeri itu tidak dimuktamadkan. Ketua menteri juga menegaskan bahawa walaupun kerajaan persekutuan diberi kuasa untuk memperkenalkan cukai baru, pelancongan tetap berada di bawah bidang kuasa negara masing-masing.
Sumber :Salfian Nawawi
Related Pots
YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dalam Perutusan Aidilfitri 1438H menyeru umat Islam Malaysia agar bersiap siaga dengan sepenuh kekuatan dalam setiap perkara.
Sambil memetik petikan ayat Quran surah al-Anfal ayat 60, beliau mahu kesiapsiagaan tersebut melalui pedoman cendekiawan di mana tidak berjaya sesuatu kebenaran, jika tidak diatur dengan baik.
Menurut Najib lagi, ia selaras dengan ajaran Islam yang senantiasa menekankan tentang peri-pentingnya perencanaan dan ketertiban sama ada urusan duniawi mahupun soal ukhrawi, terutama bagi berdepan dengan realiti dunia kontemporari.
Menyentuh mengenai realiti kontemporari, Najib menyatakan di dalam blog beliau terdapat lima risiko dan cabaran baharu yang perlu dihadapi.
Related Pots
SARIKEI – Polis menahan seorang penganggur wanita kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu di sini, kira-kira 11.15 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Sarikei Supt Mat Jusoh Muhammad berkata, ujian saringan awal mendapati wanita berusia 25 tahun dari Jalan Cempaka di sini itu positif dadah jenis amphetamine.
Beliau berkata, suspek yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di tangga tingkat tiga berhampiran sebuah hotel di Jalan Tun Razak di sini, ditahan dan diperiksa sebelum polis menemui satu paket plastik lutsinar kecil yang berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu seberat 0.42 gram dalam beg sandangnya.
“Wanita berkenaan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya hari ini.
Hasil siasatan mendapati wanita yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau itu memperolehi dadah tersebut daripada seorang lelaki yang berasal dari Sibu.
Mat Jusoh memberitahu, kegiatan tidak sihat berkaitan dadah di Sarikei adalah terkawal berikutan operasi berterusan yang dijalankan polis. – BERNAMA
Related Pots
Ibu bapa yang terhormat, apabila anak-anak kita menggunakan internet untuk mencari imej untuk projek atau apa-apa yang berkaitan dengan kerja sekolah, sila menggalakkan mereka menggunakan Kiddle bukan google, Kiddle adalah pelayar dari google terutama untuk anak-anak, sehingga mereka tidak melihat barang-barang yang Tidak sesuai untuk mereka.
Sebarkan utk kebaikkan bersama.
#keluargasihattanpaporno
Related Pots
Kementerian Pendidikan mengulangi peringatan supaya sekolah segera melaporkan kes pelajar bermasalah terutama membabitkan kes buli kepada polis.
Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kes buli kebelakangan ini mula membabitkan aspek fizikal seperti tendang dan pukul, malah ada yang menggunakan kayu serta senjata untuk mencederakan mangsa.
Related Pots
DARO:Empat remaja lelaki berjaya ditahan pihak polis Daro petang tadi apabila mereka telah melakukan vandalisma di Pasar Baru Daro/Matu dengan menconteng menggunakan spray warna dibeberapa bangunan dan kenderaan orang awam pada bulan lalu telah membuatkan kemarahan penduduk di sekitar Daro/Matu. Mereka kemudian dibawa ke balai untuk tindakkan selanjutnya.
Foto by :FB Ohh Media Sarawak
Related Pots
KUCHING, Selasa: Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg dan isteri Datin Amar Dato Hajah Juma'ani Tun Tuanku Haji Bujang akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya pada hari pertama dan kedua Hari Raya Di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), di sini.
Mereka akan menerima pelawat dan pelawat dari pukul 10.00 pagi hingga 4.00 petang pada kedua-dua hari.
Akan ada bas ulang-alik dari Dewan Undangan Negeri yang lama dan Padang Pasir untuk menjemput pengunjung ke BCCK dan kembali ke tempat pick-up dari 8.00 pagi hingga 4.00 pagi.