Nantikan pelancaran theRakyat iaitu portal rasmi Barisan Nasional untuk pilihan raya ke-14 yang akan dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak, Pengerusi Barisan Nasional pada 3 Januari 2018, jam 8 malam bertempat di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC.
Sumber:https://www.facebook.com/barisanasional/posts/1530308797083300
Related Pots
Bintangor:Meriah sambutan Majlis Aprisiasi dan Hari Keluarga PBB N46 Meradong 2017.Majlis Ini dihadir oleh Timbalan Ketua Cawangan PBB N46 Meradong Encik Morsili Bakar,Naib Ketua Cawangan PBB N46 Meradong Encik Samsawi Mohamad ,Penolong Pegawai Daerah Meradong Tuan Baiduri Bidin dan Wakil KPD Meradong Tuan Mohamad Bin Ayub .Dalam Majlis ini Encik Morsili merakam jutaan terima kasih atas pengorbanan ahli-ahli PBB Meradong yang lalu.Beliau juga berpesan supaya hubungan keluarga PBB Meradong diperkukuhkan dan terus berjuang mempertahankan PBB demi masyarakat Tempatan tanpa mengira agama ,bangsa dan kaum.Majlis ini turut diserikan dengan persembahan dari Artis Kelab Anak Seni Meradong dan ahli PBB N46 Meradong.
Related Pots
Sarikei :Menurut Ketua Balai Bomba Sarikei Tuan Suna Kaha pihak Bomba sampai di tempat kejadian didapati sebuah kereta Kenari yg menghala ke dalan Kim San telah terbabas ke dalam parit sedalam 2 meter dalam kejadian kemalangan kendiri. Terdapat seorang mangsa Perempuan yang berusia 57 tahun yg telah disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan.Tiada penumpang lain. Pasukan Bomba bertindak mengeluarkan mangsa lalu menyerahkan kepada pihak Polis.
Foto by JBPM Sarikei
Related Pots
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) ingin menjelaskan bahawa mesej yang ditularkan di media sosial mengenai kononnya pembubaran Parlimen akan berlaku pada 11 Januari 2018, manakala penamaan calon pula pada 11 Mac 2018 dan Hari Pengundian ditetapkan pada 25 Mac 2018 adalah langsung tidak munasabah.
Related Pots
Malaysia akan mencari ekstradisi seorang rakyat Malaysia yang ditangkap dengan senjata api di bagasinya di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah Pakistan di Karachi, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata polis telah meminta kerjasama Interpol untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang suspek yang dikatakan berasal dari Sarawak.
Malaysia boleh menjalankan siasatan dan mendakwa suspek, katanya kepada pemberita selepas melawat Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Tebedu di sini hari ini.
Telah dilaporkan bahawa rakyat Malaysia ditangkap pada Jumaat lalu ketika menaiki penerbangan Malaysia dan pihak berkuasa Pakistan merampas empat pistol, lapan majalah amunisi dan 70 peluru tersembunyi di dalam beg dan kasutnya.
FMT
Related Pots
BELAGA - Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Openg hari ini mengumumkan kelulusan segera RM50 juta bagi menaik taraf fasa pertama Jalan Belaga-Menjawah.
foto :FB Ambrose Cheng
Baca penuh:http://klxpress.com.my/sarawak/29460-rm50-juta-untuk-jalan-belaga-menjawah.html
Related Pots
ISU gadai/jual tanah ini adalah isu paling digemari macai Pakatan, selain kos sara hidup. Seolah menjadi satu kesalahan pulak menjual tanah di negara ini sekalipun mengikut semua peraturan. Forest City, TRX dan terbaru tanah Felda Jalan Semarak, sekalipun dalam kes itu Felda yang sebenarnya kena tipu kerana tanah mereka dijual tanpa pengetahuan oleh syarikat yang berkenaan.
Tapi ini semua sebenarnya politik saja, bukan sebab ada apa isu dengan tanah yang dikatakan dijual itu pun. Kalau tanah boleh dijual, ia juga boleh dibeli balik. Kalau tanah digadai, ia juga boleh ditebus balik tapi gebang macam kalau dah sekali jual, selama-lamanya terjual lah.
Siap banding-banding dengan Palestin lagi – betul bodoh punya kerja.
Baca lanjut di sini:https://goo.gl/24GSSt
Related Pots
Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata beliau sudah membuktikan dirinya bukan mahu mengawal segala-galanya kerana bersedia bertoleransi termasuk mengembalikan hak dan kuasa Sarawak mengikut semangat Perjanjian Malaysia 1963.
Beliau berkata, hal berkenaan sudah diterjemah dalam bentuk tindakan, selain sedang dinikmati rakyat Sarawak.
“Dr Kui Hian ada bangkitkan berkenaan pengembalian kuasa dan hak Sarawak, tapi saya tidak masukan beliau dalam ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) sebab saya sendiri sudah mansuhkan ISA.
“Selain proses memberi semula kuasa dan hak, Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo dan mengembalikan semula Empangan Hidroelektrik Bakun,” katanya.
Sumber:Era Mahathirisme Tidak Akan Berulang, Itu Janji Najib
https://t.co/nGiabJ6o6P https://t.co/Vj7mSQD9bt
Related Pots
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mahu perbalahan antara Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) dengan parti serpihannya Parti Rakyat Bersatu (UPP) diselesaikan sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Katanya sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) beliau percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mempunyai formula untuk menyelesaikan perkara tersebut.
“Saya minta selesaikan soal ini. Saya percaya Abang Johari ada formula macam mana nak selesaikan sebelum PRU14 untuk SUPP kembali sebagai barisan yang kukuh sebagai SUPP yang satu,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan pada majlis penutupan Persidangan Perwakilan Tritahunan SUPP ke-24 di Kuching pagi ini. Turut hadir Abang Johari yang juga pengerusi BN Sarawak dan Presiden SUPP Datuk Dr Sim Kui Hian.
Terdahulu Dr Sim dalam ucapannya berkata perwakilan bersetuju dengan resolusi untuk ‘tolak calon langsung BN’ pada PRU14 nanti.
Dalam ucapannya di hadapan perwakilan yang hadir, Najib berkata beliau mahu SUPP kembali menjadi sebuah parti pilihan di Sarawak.
Katanya berbanding pada persidangan tiga tahun lalu, kali ini beliau dapat merasakan SUPP sudah memiliki ‘perpaduan yang semakin utuh’.
“Saya berasa amat senang hati hari ini, pertama kerana hampir semua perwakilan yang hadir memakai baju warna kuning tanda perpaduan dan pembaharuan kukuh SUPP.
“Saya mahu SUPP menjadi parti pilihan rakyat Sarawak sama seperti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) serta lain-lain parti berasal dari negeri ini,” katanya.
Najib turut menggariskan tiga perkara yang boleh menjadi kekuatan SUPP.
“Tiga perkara ialah mempunyai perancangan, perancangan itu mampu dilaksanakan dengan baik dan juga perpaduan serta kesepaduan,” katanya.
-bernama
Related Pots
Sarikei:Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Tuan Suna Kaha pihak Bomba menerima satu pangilan khas iaitu menangkap ular di alamat Bangunan Rumah Mayat Hospital Sarikei. Setiba di lokasi kejadian didapati seekor ular tedung sepanjang 1 meter berada didalam saluran paip di belakang bangunan Mayat. Pihak bomba bertindak menjerut ular tersebut dan melepas ke habitat asal.
Foto JBPM Sarikei
Related Pots
BINTANGOR : Mesyuarat Perwakilan PBB Cawangan N.46 Meradong yang berakhir hari ini, menyaksikan kesemua jawatankuasa utamanya menang tanpa bertanding.
Susulan itu, Datuk Hasmi Hasnan mengekalkan jawatan Ketua Cawangan, Timbalannya Morsili Bakar, selain tiga jawatan Naib Ketua Cawangan yang disandang Samsawi Mohamad, Dayang Rajemah Abang Adeng dan Halmi Morsili.
Bagi jawatankuasa lantikan pula, Setiausaha disandang Jekeri Form, Penolong Setiausaha Yacob Udin, Bendahari, Mohd Tahir Chee, Penolong Bendahari Japar Majid dan Ketua Penerangan, Sulaiman Bohari.
Mesyuarat kali ini menyaksikan pertandingan 19 ahli jawatankuasa namun kesemuanya juga menang tanpa bertanding.
Mereka terdiri Johari Majid, Maliki Bojeng, Jeraiee Jamali, Wahab Mek, David Juni, Derwis Napis, Ali Mat, Man Bujang, Jemain Abang, Ahmad Mohd Busra, Abdul Rahman Embong, Abdullah Umar, Mohd Aini Bohari, Abdul Rahman Sulaiman, Mumin Juki, Jeraie Jemali, Abang Zakaria Abang Wasli, Abang Mohd Selanie Razid dan Nasbah Osen.
Jiwa bakti
Related Pots
Bintangor:Pemuda cawangan N46 Meradong Sesi 2018-2020
Ketua -Halmi Bin Morsili
Naib Ketua :Zaini Bin Busrah
Setiausaha :Salleh Bin Jalol
Penolong :Jkhann Bin Julaihi
Bendahari :Isnin Bin Berang
Penolong Bendahari :Khiruddin Qalam
Ketua Penerangan :Zainal Bin Busrah
Penolong ketua Penerangan :Faisal Hj Form.
Dipilih
1.Masino bin adenan
2. Shamsuziman Ebni
3.Fauzan Bin Mahdi
4.saat bin Busrah
5.Mohd Osman Razali
6. Mohamad Fiqal Bin Man
7.Izwan Bin Abu Bakar
Dilantik
1.kamsul bin suhaili
2.Roziman Bin Rapie
3.Hasmi Bin Wan Sam
Related Pots
Bintangor:Menurut Ketua Balai Bomba Bintangor ,Tuan Nicholas Bin Belulin pihak Bomba Bintangor Sampai di Jalan Pakan (Simpang Tubai Buah)yang jaraknya 36 KM mendapati kemalangan melibatkan 2 buah kenderaan iatu Perodua Kembara dan Toyota hilux berlanggar secara bertentangan (Perodua Kembara ke pekan Pakan dan Toyota Hilux ke arah Sarikei). Pihak bomba tidak menjalankan operasi menyelamat memandangkan mangsa yang tersepit telah dikeluarkan oleh orang awam dan telah dihantar ke Hospital Sarikei menggunakan ambulans. Maklumat yang diterima daripada orang awam ditempat kejadian, mangsa yang tersepit adalah pemandu Perodua Kembara dan telah mengalami patah kaki. Manakala pemandu Toyota Hilux bersama 3 orang anak dan seorang isteri beliau tidak mengalami sebarang kecederaan. Setelah membuat _size-up_ dan didapati tiada mangsa lain dan sebarang kemerbahayaan Komander Operasi mengarahkan anggota bertolak balik ke balai.
Foto: JBPM Bintangor
Related Pots
Bintangor:KUBUR SDNU JLN LASI MERADONG DI PECHAH OLEH PENCURI MLM TADIK
pembongkaran kubur utk mncari emas.. da sesetengah x sempat kna pecah..kesemua nya 6 kubur yg telah d rosak kan....pertama kali blaku d kawasan kamek tok.
MOHON sapa ada keluarga yg d kuburkan d sia dtg nangga..kesian kubur ya d polah macam ya😢
Laporan polis dah d polah.
Foto:Mervine Hernandes