'/>
Terletak 22 Kilometer dari Bandar Sarikei dan lebih kurang 50 Kilometer dari bandar Sibu, Meradong atau dulunya dikenali sebagai Daerah Binatang sekarang ini telah banyak mengalami perubahan pembangunan. Namun di sebalik pembangunan yang dikecapi oleh daerah yang terkenal dengan keunikan Limau masam-manisnya ini, ramai yang tidak mengetahui sejarah kewujudan daerah terutama generasi muda pada hari ini.

Sehingga kini, tiada bukti yang sahih memperkenalkan bagaimana Daerah Meradong yang suatu ketika dahulu dikenali sebagai nama Binatang mendapat nama. Namun apa yang pasti melalui cerita masyarakat tempatan, Daerah ini mendapat nama Binatang setelah satu peristiwa pada suatu ketika dahulu daerah ini dikunjungi oleh sekumpulan besar pelbagai jenis spesis Binatang yang rata-ratanya jarang ditemui. Melalui peristiwa aneh tersebut masyarakat tempatan telah mengabadikan peristiwa aneh itu, dengan mengambil nama BINATANG sebagai nama tempat.

Pemandangan dari Sungai Rajang Bandar Bintangor Pada tahun 1950 an
Sumber : Majlis Daerah Maradong dan Julau

PENTADBIRAN DAERAH MERADONG

Sejarah awal pentadbiran Daerah Meradong bermula sekitar 1930an bila pejabatnya ditubuhkan dengan nama Pejabat Daerah Kecil Binatang di bawah Pentadbiran Bahagian Kedua Borneo. Seorang pentadbir telah ditempatkan untuk memberi maklumat dan mentadbir sedikit kawasan jajahan. Sememangnya pejabat yang dibina pada ketika itu hanyalah bertindak sebagai stesyen kawalan ke atas laluan sungai Rajang yang merupakan laluan utama pelbagai kegiatan sosio ekonomi.

Setelah berakhirnya zaman pemerintahan Jepun, Kerajaan British Kolonial telah mengambil alih tampuk pemerintahan. Menyedari akan pentingnya hasil ekonomi bumi yang terdapat di daerah meradong terutama keluaran mentah Kayu-Kayan yang bermutu tinggi pada ketika itu, maka sebuah lagi Pejabat yang pentadbiran telah dibina pada tahun 1948 dengan menempatkan seorang pegawai inggeris yang digelar sebagai District Officer atau Pegawai Daerah. Menurut sumber terhad Pejabat Daerah Meradong, Pegawai Daerah Pertama yang ditugaskan oleh Kerajaan British Kolonial ialah A.R. Snelus.

Pentadbiran Daerah Meradong akhirnya pada genap tarikh 16 September 1963 iaitu selari dengan peristiwa Penubuhan Malaysia Sabah Sarawak dan Tanah Melayu, tampuk pemerintahan telah ditadbir oleh Kerajaan Malaysia. Berasaskan kepada bangunan Pejabat Daerah yang telah sedia ada, Pelbagai Jabatan telah beroperasi menyediakan perkhidmatan kepada masyarakat tempatan.

Akhirnya pada tahun 1967 Daerah Kecil Binatang telah dinaiktaraf sebagai Daerah Penuh sebagai Daerah Binatang yang merangkumi keluasan 1083 Kilometer Persegi.


PENUBUHAN BAHAGIAN SARIKEI SEBAGAI BAHAGIAN
KE-ENAM

Pada 2 April 1973, Daerah ini telah digabungkan dengan Daerah Sarikei, Matu-Daro serta dua buah daerah Kecil iaitu Julau dan Pakan bagi membentuk Bahagian Keenam Negeri Sarawak yang merangkumi kawasan pentadbiran seluas 6,969 Kilometer persegi. Rujukan sumber Sarawak Gazette Swk.L.N.26. bertarikh 15 Mac 1973.



BANDAR BINTANGOR MENDAPAT NAMA

Selaras dengan perubahan tersebut Pekan Binatang telah dinaiktaraf sebagai bandar dan telah ditukar kepada nama Bintangor.Menurut kisah daripada masyarakat tempatan, semasa pemilihan nama bagi nama Bandar ketika itu mendapat pelbagai reaksi penduduk tempatan terutama masyarakat Cina di daerah ini. Cadangan nama asal bagi Bintangor sebenarnya ialah Bintang yang kemungkinan besar tidak mahu menukar terlalu jauh nama Binatang ketika itu. Semasa sesi mesyuarat bersama masyarakat tempatan yang dikendalikan oleh Pemimpin Tempatan dan Pegawai Daerah, berlakulah satu insiden yang tidak disengajakan berlaku yang mana, ketika Pengerusi Mesyuarat mengambil kata sepakat untuk meletakkan nama Bintang ke atas nama daerah, pengerusi telah bertanyakan persetujuan bersama. Mesyuarat yang sebilangan besar ahlinya dari masyarakat Cina di daerah ini telah telah mengungkapkan perkataan “ngor” iaitu maksud dalam bahasa Melayu “Ya”. Soalan yang diungkapkan oleh Pengerusi, Bintang kah ? jawapan dari sebilangan besar ahli mesyuarat “Ngor” iaitu “ya”. Sehingga beberapa kali pengerusi bertanyakan jawapan dan telah mengambil keputusan untuk mengabungkan Nama Bintang dan Ngor menjadi BINTANGOR.


PERTUKARAN NAMA DAERAH
Pada tahun 1984, Kerajaan negeri Sarawak sekali lagi mengarahkan agar nama Daerah Binatang ditukar bagi menangani masalah sensitiviti nama tempat di Sarawak. Pertukaran nama Daerah telah diwartakan melalui Sarawak Government Gazette Part II , Vol :XXXIX, No. 4 bertarikh 13 Februari 1984. Melalui Warta Kerajaan itu, Nama Daerah Binatang telah ditukarkan kepada MERADONG manakala Nama Bandar secara rasminya dikekalkan kepada nama BINTANGOR. Keputusan mengambil nama MERADONG sebagai daerah adalah berdasarkan kepada nama sungai yang mengalir di pertengahan daerah

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY