Julau:Menurut Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Bintangor PPgB Nicholas Bin Belulin maklumat awal, pada 22.5.2018 sekitar jam 0800 hrs, mangsa Anjan Ak Nyua/Lelaki berusia 66 tahun yang berasal dari Rumah Ading Nanga Jemak, Sungai Entabai, Julau menggunakan perahu seorang diri bagi menghadiri majlis Pra Gawai di SK Nanga Entabai Julau.
Sehingga tengah malam tadi, mangsa dipercayai dalam perjalanan untuk balik ke rumah yang berada di hulu sungai dari sekolah tersebut. Ini berikutan maklumat daripada penduduk rumah panjang Rumah Minggat, Nanga Sayong, Entabai, Julau mengatakan sekitar jam 0100 hrs dan 0200 hrs ada mendengar suara dari arah sungai meminta tolong. Setibanya mereka di tebing sungai, mendapati hanya perahu dan enjin sangkut sahaja yang kelihatan hanyut.
Anak mangsa mengesahkan perahu dan enjin sangkut adalah kepunyaan mangsa.
Pasukan bomba dibantu agensi lain serta penduduk kampung menjalankan operasi SAR dengan kaedah surface searching di lokasi mangsa terjatuh dari perahu di kawasan air sungai yang berpusar. Pencarian sejauh 3 km ke hulu sungai (Nanga Jemak) dan 2 km ke hilir sungai (Nanga Entabai).
Lokasi disyaki jatuh kawasan lubuk sungai di Ng Sayong. Mangsa kali terakhir dilihat berbaju hijau berbelang kuning dan berseluar panjang. Perahu mangsa pecah dibahagian tengah dan pecah pada cover enjin sangkut 30hp.
Foto Ikhsan JBPM Bintangor
No comments: