'/>

Keputusan PRN SARAWAK KE – 10 adalah KEPUTUSAN RAKYAT

Keseluruhan proses pengundian Pilihanraya Negeri Sarawak Ke – 10 telah pun tamat dan keputusan juga telah di ketahui. Pengundi di Sarawak secara majoritinya telah memilih siapa yang harus menerajui kepimpinan Negeri Bumi Kenyalang. Rata-rata mereka telah menolak agenda parti pembangkang yang memainkan isu rasis dan politik kebencian. Rakyat Sarawak lebih arif dan tahu apa yang mereka mahukan.
Kita seharusnya menerima keputusan yang dibuat oleh rakyat dan janganlah kita menuduh mereka yang bukan-bukan seperti seorang pemimpin pembangkang yang masih menyatakan yang Barisan Nasional hanya boleh “memperbodohkan” rakyat yang “bercawat”. Disini menunjukkan bagaimana pemikiran pemimpin pembangkang apabila kekalahan berada di pihak mereka.
Seharusnya kita sedar dan akur walaubagaimana status seseorang itu, mereka adalah seperti kita juga iaitu mempunyai hak dan undi untuk sesiapa yang mereka mahukan. Nampaknya pemimpin pembangkang secara terus menuduh rakyat yang berada jauh di pedalaman diperbodohkan oleh Barisan Nasional. Sedarkah kita ada diantara mereka ini ada yang lebih baik, maju dan dari segi pemikiran dari yang berada di kawasan bandar termasuk pemimpin pembangkang tersebut.
Kepimpinan Pakatan Rakyat telah tersalah percaturan apabila cuba memainkan isu-isu perkauman, rasis, politik kebencian dan bermacam lagi dimana ianya telah di tolak oleh rakyat manakala Barisan Nasional lebih kepada agenda pembangunan yang bakal di nikmati oleh segenap lapisan masyarakat tidak mengira kaum dan Agama dan mereka telah pun membuat pilihan.
Diharapkan dengan Keputusan Rakyat Sarawak ini kita dapat meneruskan agenda pembangunan seterusnya memacu Bumi Kenyalang ke tahap yang lebih membanggakan.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY