'/>

Belanda Haram Sembelih Haiwan Cara Islam


AMSTERDAM  – Parlimen Belanda telah mengundi bersetuju untuk mengharamkan penyembelihan haiwan hari ini, langkah yang ditentang kuat oleh orang Islam dan Yahudi negara itu.
Rang undang-undang yang dikemukakan oleh Parti Hak Asasi Haiwan, parti sedemikian yang pertama di Eropah memenangi kerusi dalam Parlimen, menyatakan mereka perlu memastikan haiwan itu tidak sedar diri sebelum disembelih, berbeza dengan cara Islam dan Yahudi yang memerlukan haiwan itu berada dalam keadaan sedar.
Menurut ketua Hak Asasi Haiwan, Marianne Thieme, cara penyembelihan itu memberi kesakitan yang tidak patut kepada haiwan dan ia perlu dibanteras walaupun ia tuntutan agama. – Reuters

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY