'/>

Bersih 2 belum mohon permit


KUALA LUMPUR 15 Jun - Kementerian Dalam Negeri belum menerima sebarang permohonan daripada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) untuk mendapatkan permit mengadakan perhimpunan di ibu negara 9 Julai ini.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, polis telah diarahkan untuk mengendalikan kes berkenaan secara profesional dan mengikut undang-undang serta bersandarkan pada keselamatan negara.
Menurutnya, lebih daripada 260 laporan polis telah dibuat setakat ini membabitkan cadangan perhimpunan itu di seluruh negara.

''Tindakan ke atas peserta Bersih 2 akan diambil sekiranya mereka melanggar undang-undang dan menjejaskan keselamatan negara," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau dalam masa yang sama berkata, pihak Bersih 2 masih berpeluang untuk berbincang sama ada mahu meneruskan perhimpunan itu atau sebaliknya.
Hishammuddin berkata, bagaimanapun perkara itu hanya akan diputuskan oleh pihak polis yang akan melakukannya secara profesional.

''Saya serahkan kes ini kepada polis kerana sekiranya saya jawab, nanti saya khuatir ia akan menimbulkan polemik politik," katanya.
Sementara itu, Hishammuddin meminta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif untuk menjelaskan mengenai dakwaan Bersih 2 yang mendakwa pilihan raya di negara ini masih tidak telus.
''SPR juga perlu ambil maklum termasuk menjawab tindakan Bersih 2 kerana ia dilihat dalam konteks pilihan raya," katanya.
 sumber:utusan online

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY