'/>

BERSIH berdemo,Pemuda UMNO jangan jadi jaguh!!!


Saranan demi saranan supaya Pemuda UMNO Malaysia turut bersengkonkol menentang  demo jalanan ajuran BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti adalah untuk memberi amaran kepada BERSIH bahawa Pemuda UMNO bukannya tiada telur bagi menghadapi mereka semua. Kenyataan dari Ketua Pemuda UMNO Malaysia , YB Khairy Jamaluddin akan menggerakkan jentera pemuda menghadapi BERSIH jika BERSIH enggan berganjak dari terus berniat melakukan demo adalah amaran keras dari PEMUDA UMNO sendiri.

Sememangnya boleh,secara logik PEMUDA UMNO menggerakkan jentera mereka bagi menghalau BERSIH dari terus berdemo kerana kacau bilau yang dihuru harakan oleh BERSIH adalah mereka terdiri rata-ratanya dari pemimpin pembangkang itu yang akan mengakibatkan keselamatan dan orang awam bandar Kuala Lumpur lumpuh seketika ketika waktu berdemo nanti.

Namun Pemuda UMNO tidak perlu mengikut rentak demo jalanan seperti BERSIH kerana mereka tidak sesekali mengerakkannya atas nama Angkatan Muda Keadilan (AMK) atau Dewan Pemuda Pas sebagai momentum BERSIH walaupun mereka ada bersama, apa sahaja alasan dan gesaan mengheret Pemuda UMNO ke barisan hadapan menentang demo BERSIH nanti memburukkan lagi imej Pemuda UMNO sebagai Pemuda UMNO yang menentang sekerasnya perbuatan demostrasi jalanan.
Pemuda UMNO perlu melihat jauh kedalam,bagaimana untuk memastikan pemuda-pemudi yang berniat menyertai demo BERSIH diambil hati mereka semula supaya mereka tidak sesekali bersama BERSIH kerana kesan serta niatnya hanya memperjuangkan perkara yang sia-sia. Pemuda UMNO perlu menggunakan medium media baru sepenuhnya bagi merasai setiap detik nadi mereka untuk tidak membudayakan perasaan ketidakpuasan hati dengan cara berdemo jalanan. Kaedah begini sangat berkesan sekurangnya mereka faham jika mereka diberi kefahaman sebaiknya.

Tiada guna Pemuda UMNO mencari populariti sebagai jaguh untuk menentang BERSIH dengan turut berdemo. Usahlah memadamkan api yang sedang marak dengan mencurahkan petrol yang sudah pasti akan memburukkan keadaan.

Pemuda UMNO perlu memikirkan cara dan bagaimana mengurangkkan penglibatan pemuda dan pemudi yang menjadi mangsa keadaan dalam perhimpunan BERSIH itu nanti. Mengurangkan penglibatan pemuda sudah pasti susah BERSIH bagi menggerakkan momentum demo mereka. Itulah cara kita wahai PEMUDA UMNO MALAYSIA.
SUMBER:PENAKJ

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY