'/>

DAP Terus Memusuhi Malaysia


Cina bernama Hiew Kok Ming, ahli DAP yang merupakan seorang pengurus bank, sebenarnya sedang bermain api perkauman. Dia cuba menyalahkan pihak polis berhubung perangai kurang ajarnya yang enggan bekerjasama dan menunjuk lagak.

Mungkin memikirkan yang dia adalah seorang ahli DAP, manakala anggota polis yang menjalankan tugas itu adalah seorang Melayu, pengurus bank itu cuba menimbulkan persepsi dan sentimen ahli-ahli DAP yang lain.

Seperti yang diketahui, DAP amat memusuhi anggota-anggota polis. Anggota-anggota polis bagi DAP hanyalah anjing-anjing kurap yang sentiasa menghalang mereka daripada berbuat sekehendak hati. Selagi ada peluang untuk memaki hamun polis, peluang tersebut tidak akan dilepaskan. Dan apabila pihak polis mengambil tindakan atas peruntukan undang-undang, manusia-manusia DAP itu akan menyalak dan mengatakan pihak polis melangkaui sempadan serta bidang tugas.

Itu yang berlaku di Melaka apabila Hiew Kok Ming ditahan oleh seorang anggota polis trafik di Jalan Laksamana Cheng Hong pada 28 Mei lalu kira-kira pukul 9.00 malam kerana kesalahan tidak memakai tali pinggang keledar. Pada mulanya, lelaki tersebut enggan berhenti tetapi kemudian menukar fikirannya dan berhenti hampir 150 meter dari tempat dia ditahan.

Tindakannya itu telah menyebabkan anggota polis berkenaan meminta lesen dan kad pengenalannya. Bagaimanapun, ahli DAP tersebut menengking dan enggan menyerahkan kad pengenalan dan lesennya. Sebaliknya menghamun anggota polis tersebut yang anggota polis itu tidak berhak untuk meminta lesen dan kad pengenalannya walaupun pada ketika itu, anggota polis berkenaan sedang menjalankan tugas rasminya. Apatah lagi Hiew Kok Ming telah melakukan kesalahan jalan raya.

Anggota polis tersebut telah memberi amaran kepada Hiew Kok Ming, keengganannya akan menyebabkan dia ditahan dan dibawa ke balai atas tuduhan menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas. Hiew Kok Ming sebelum itu telah memaki hamun anggota polis berkenaan dalam bahasa Cina.

Untuk menimbulkan provokasi dan ugutan, Hiew Kok Ming telah merakamkan gambar anggota polis terbabit. Hanya apabila anggota polis itu menghubungi pihak kawalan dan meminta bantuan, barulah Hiew Kok Ming kelam-kabut menyerahkan segala dokumen pengenalan dirinya termasuklah lesen memandu.

Ada dua perkara yang mengesahkan bahawa Hiew Kok Ming sebenarnya adalah pihak yang melampau dan cuba menimbulkan kebencian kepada polis iaitu, Hiew Kok Ming memang telah melakukan kesalahan lalu lintas, enggan berhenti dan hanya berhenti 150 meter kemudian dari tempat dia ditahan, enggan menyerahkan dan menunjukkan kad pengenalan serta lesen memandu apabila diminta oleh polis yang bertugas.

Justeru tindakan majistret mengeluarkan arahan agar dia ditahan tiga hari di lokap memang ada kebenarannya. Namun sebagai orang DAP, Hiew Kok Ming tidak akan sama sekali mengaku bersalah kerana baginya, sebagai orang DAP, dia bebas melakukan apa-apa sahaja. Apatah lagi polis yang menahannya adalah seorang Melayu berbanding dia yang merupakan seorang pengurus bank.

Katanya, polis menahannya selama tiga hari di lokap kerana membalas dendam sebab dia telah merakamkan gambar anggota polis yang menahannya. Sedangkan penjelasan daripada pegawai polis pula, dia ditahan di lokap setelah polis berjaya mendapatkan perintah majistret yang besar kemungkinan mendapati dia adalah seorang yang merbahaya ekoran keengganannya untuk bekerjasama dengan anggota polis yang bertugas.

Senario mengingatkan kita kepada kebongkakan Ahli Parti Komunis Malaya yang mendabik dada bahawa merekalah pejuang kemerdekaan negara, padahal mereka adalah pembunuh sebenar rakyat negara ini. Dalam sejarah di Teluk Intan dan Langkap, komunis telah masuk ke kampung-kampung Melayu untuk ‘mengajar’ Melayu tentang kekuasaan mereka yang berakhir dengan kebangkitan perwira-perwira Melayu Banjar yang hanya menggunakan parang panjang mengusir mereka sehingga akhirnya mereka tersadai di Langkap.

Manakala kebanyakan komunis-komunis Melayu yang begitu bermaharajalela dalam tempoh 14 hari selepas Perang Dunia Kedua berakhir, akhirnya ditamatkan riwayat mereka sama ada ditimpas mahupun direndam dalam parit tali air di Cenderung Balai dan Sungai Manik.

Baru menang Pulau Pinang. Baru menang lebih banyak kerusi berbanding pilihanraya umum dahulu. Belum lagi menguasai negara. Kalau sudah menguasai Putrajaya, barangkali apa yang berlaku di Teluk Intan, Sungai Manik dan Batu Pahat, akan berlaku secara berleluasa. Sekarang pun, sudah tunjuk lagak!
SUMBER:IRK

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY