SHAH ALAM 14 Julai – Kerajaan dicadangkan agar mempertimbangkan tindakan melucutkan kerakyatan mana-mana individu atau pihak yang cuba mencetuskan revolusi dengan memburuk-burukkan negara ini.
Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. P.Sivamurugan berkata, ia antara langkah bagi memastikan asas perpaduan, keharmonian dan kesejah teraan antara kaum di negara ini dapat dikekalkan pada masa depan.
Beliau berpendapat, pihak yang mahu mencetuskan revolusi atau sebagainya sehingga merosakkan negara dan rakyat sudah tidak lagi mempunyai semangat serta nilai nasionalisme.
“Maka saya fikir adalah lebih baik kerajaan melucutkan kerakyatan mereka yang terlibat kerana golongan ini sebenarnya tidak lagi mempunyai kesetiaan kepada negara ter masuklah tidak lagi mendokong Perlembagaan dan melihat kepentingan rakyat secara keseluruhan,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas memberikan ucapan selaku salah seorang ahli panel dalam Program Rapat 1Malaysia bersama para pesara dan warga emas anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dan Institut Perkembangan Minda (INMIND) di sini hari ini.
Program tersebut dirasmikan oleh Ahli Lembaga Pengarah IN MIND, Abdul Shukor Idrus dan turut dihadiri Ketua Pengarah Jasa, Datuk Fuad Hassan; Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Pengarah Jasa negeri, Muzammir Bakron.
Pada masa sama, Sivamurugan turut menyarankan kepada pihak yang tidak berpuas hati dengan keadaan negara ini dan cuba mencetuskan situasi tidak aman agar memohon sahaja kewarganegaraan negara lain.
Sementara itu, Ramlah ketika di temui mengingatkan rakyat negara ini supaya bijak menilai tindak-tanduk pihak-pihak yang mahu mencetuskan revolusi di negara ini ke rana sejak merdeka sehingga kini, negara aman dengan rakyat pula hidup dalam perpaduan.
sumber:melanau blogger
No comments: