'/>

Mengapa DAKWAT KEKAL TIDAK RELEVAN


Apakah kesimpulan yang boleh dirumuskan melalui pembongkaran di atas? Sesiapapun pasti akan mengatakan dakwat kekal langsung tidak relevan untuk digunakan pada PRU ke13 kelak. Dakwat kekal bukanlah alat yang efisyen dan selamat sebenarnya!

Bukti di atas menunjukkan dakwat kekal mudah untuk dimanipulasi. Penipuan pengiraan undi dan pengundi dalam pilihanraya Presiden Afghanistan cukup jelas ... ini adalah yang tersurat.

Bagaimana pula dengan apa yang tersirat? ... GWM yakin penjelasan dibawah adalah rekayasa sebenar BERSHIT 2.0 hasil gabungan idea kotor Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga dan parti pembangkang!



SITUASI DIMANA SPR MENGGUNAKAN DAKWAT KEKAL PADA PILIHANRAYA UMUM KE-13 HASIL DESAKAN PEMBANGKANG


SITUASI PERTAMA - Jika ditakdirkan Pakatan Rakyat memenangi PRU-13.

Pastinya Anwar Ibrahim, Mat Sabu dan Ambiga akan berada di saf hadapan bersorak dan mendabik dada bahawa cadangan mereka untuk menggunakan dakwat kekal adalah tepat. Kerajaan BN akan dituduh untuk cuba lari dari kenyataan dengan kekalahan yang menimpa.

Hasrat Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-7 sudah tercapai melalui isu penggunaan dakwat kekal.



SITUASI KEDUA - Bagaimana jika Pakatan Rakyat kalah pada PRU-13.

GWM cukup yakin pihak pembangkang akan mula menggunakan taktik kotor dengan cara memerangkap kerajaan BN dan SPR!

Cukup mudah ... penipuan pada pilihanraya Presiden Afghanistan tahun 2004 dan 2009 akan dijadikan hujah, bukti kukuh yang dibangkitkan oleh pembangkang melalui isu penggunaan dakwat kekal.

BN dan SPR akan dituduh menggunakan dakwat kekal yang mudah dibasuh hanya dengan menggunakan peluntur (bleach) atau hanya dengan air biasa.

Rekayasa pembangkang bermula dengan penerbitan artikel di media-media alternatif, blog-blog pembangkang dan rangkaian video youtube menunjukkan bagaimana dakwat kekal mudah dibasuh dan dimanipulasi oleh BN dan SPR, sama seperti apa yang ditunjukkan melaui video klip di atas.

Pembangkang akan menggunakan isu di atas kononnya manipulasi dan penyelewengan dakwat kekal seperti yang berlaku di Afghanistan diaplikasikan oleh BN dan SPR.

Kerajaan BN dan SPR akan dituduh melakukan penyelewengan dan penipuan pada pilihanraya umum ke-13. Dan pada masa ini, pembangkang mula menggunakan media-media luar antarabangsa untuk memberi tekanan kepada pihak kerajaan dan SPR.

Campurtangan pihak luar dan tekanan diperingkat antarabangsa akan lebih mudah mencapai 'matlamat menghalalkan cara' dan menyebabkan berlaku apa yang diidam-idamkan oleh Anwar Ibrahim ...

sumber:wangsamaju

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY