Tetapi sekiranya Pehin Sri Taib terus mensia-siakan kebolehan yang ada pada mereka ini serta masih mengekalkan pemimpin yang kurang berkualiti untuk membarisi kerajaan dalam kabinet negeri nescaya kerajaan BN Sarawak akan terus ketandusan pemimpin masa depan yang berkemampuan untuk memimpin rakyat serta negeri Sarawak ke arah yang lebih gemilang lagi.
Begitu juga dengan beberapa muka baru wakil rakyat Barisan Nasional yang menang di dalam pilihan raya negeri lalu, ada diantara mereka itu awal-awal lagi telah menunjukkan prestasi amat baik untuk menjaminkan BN terus kekal memerintah negeri Sarawak, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik, berketrampilan sesuai sebagai seorang Yang Berhormat, mudah didekati rakyat serta rajin menyelami permasalahan masyarakat.
Mengenai pemimpin-pemimpin baru dalam Barisan Nasional Sarawak ini saya sering mengikuti perkembangan yang dilakukan oleh beberapa ADUN baru daripada BN Sarawak seperti ADUN Lambir YB Ripin Lamat dan ADUN Semop YB Abdullah Saidol. Ketiga-tiga pemimpin muda BN ini perlu diberi perhatian khusus oleh Pehin Sri Taib bagi memantapkan lagi pentadbiran kerajaan negeri.
Adalah tidak terlalu awal untuk melantik mereka-mereka ini ke dalam kabinet negeri Sarawak walaupun ketiga-tiga mereka baru sahaja bergelar sebagai Ahli Yang Berhormat namun sebagai Ketua Menteri yang sangat berpengalaman, admin berpendapat Pehin Sri Taib harus lebih berani mencuba sesuatu yang bukan kelaziman dengan membawa muka-muka baru ini bersama-sama ke dalam kepimpinan kerajaan negeri dan ini perlu dilakukan sebagai langkah untuk merintis jalan menuju ke arah perubahan serta pembaharuan yang lebih sesuai mengikut keadaan masa.
Berdasarkan kepada pengalaman, asas pendidikan yang sempurna juga berdasarkan kepada kesungguhan menjadi seorang pemimpin admin yakin ketiga-tiga wakil rakyat muka baru seperti yang tersebut diatas pasti mampu untuk menggalas tanggungjawab serta tugas yang diberi dan jika tiada rasa kurang yakin terhadap kebolehan muka-muka baru yang banyak membantu Barisan Nasional Sarawak menang dalam PRN ke-10 lalu, admin fikir tentu sekali kerajaan Sarawak dibawah teraju YAB Pehin Sri Taib Mahmud tidak sesukar manapun untuk mencari pemimpin pelapis yang mampu untuk menggantikan tempat mereka kelak.
sumber:Anak Merdeka
No comments: