'/>

Sejenak bersama YB Abdullah Hj Saidol oleh Melanau Sarawak..


En.Abdullah Hj Saidol
BY:melanausarawak


Sejam setengah rasa bagaikan terlalu pantas apabila membicarakan tentang halatuju pembangunan untuk Dun 36 Semop bersama YB En Abdullah Saidol. Kepetahan dan keramahan YB En Abdullah Saidol semasa menceritakan sejarah beliau sebagai seorang ahli korporat amat menarik minat saya. Beliau yang berasal dari keluarga guru lebih yakin untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan berbanding dunia politik.  Setelah terlibat secara langsung sebagai wakil rakyat barulah beliau sedar betapa bernilainya setiap perkhidmatan yang diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Beliau juga turut memaklumkan yang beliau semakin berminat dalam dunia baru ini, apabila dapat membantu mereka yang memerlukan bantuan.

Semasa bersama YB En Abdullah Saidol satu perkara yang tidak dapat saya lupakan apabila beliau menceritakan sejarah hidup dan resam kehidupan di dalam bidang perniagaan yang terlalu asyik mengejar keuntungan tanpa mempedulikan kehidupan masyarakat sekeliling. Kepercayaan Pehin Sri Abd Taib Mahmud meletakkan beliau sebagai calon Barisan Nasional di Dun 36 Semop  memberi peluang  kepada beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat seterusnya menceburkan diri ke dalam dunia baru  yang penuh perhatian dan cabaran.
Sebagai seorang wakil rakyat yang mendapat pendidikan dari seorang guru perwatakan YB En Abdullah Saidol juga dilihat amat tenang dan kelihatan bersahaja menjawab soalan yang saya ajukan. Gelak tawanya cukup menampakkan bahawa beliau seorang yang mudah didekati dan boleh dikateogerikan dalam golongan “Low Profile”.  Menceritakan tentang minat beliau dalam sukan bola sepak dan ragbi saya juga mengusik supaya beliau memegang jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) satu hari nanti.

Berbicara tentang pembangunan Pulau Bruit beliau turut menceritakan tentang beberapa projek yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat. Beliau turut membuat panggilan telefon kepada Pegawai Daerah Daro (D.O) En Shafie  Ahmad  untuk menceritakan sedikit sebanyak tentang projek yang bakal dilaksanakan. Berikut adalah beberapa projek yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

       Jalanraya Tekajong Penipah/Tekajong/- 3km (tender telah dikeluarkan pada 21 September 2011 dan dijangka siap dalam masa 2 bulan) bernilai 500 ribu
       Naik taraf jalan Kpg Salah Kechil
       Penambahbaikan Jeti dan jalan kampong Penibong/Penuai/ Sebako  bernilai RM2.07 juta
       Bekalan air di kampong Betanak akan dinaiktaraf untuk disalurkan ke kampong Salah Kechil, Betanak ,Penibong dan juga Penuai akan diuruskan dalam masa terdekat.
       Bekalan air untuk Kampung Bruit , Tekajong dan Penipah akan disalurkan dari Kampung Saai.
       3 pencawang Telco akan ditempatkan di Kampung Tekajong, Kawasan tengah Pulau dan Kampung Sedi.
       Bekalan elektrik dan air di Kampong Sebako akan disalurkan melalui kampong Saai/Semop dan En Shafie memohon bantuan YB En Abdullah untuk membincangkan perkara tersebut kepada pihak ladang untuk membenarkan laluan ladang digunakan.
       Projek pertanian untuk Rumah Panjang

Dalam sesi yang cukup santai itu saya juga berani mengatakan bahawa wakil rakyat ini mempunyai nilai dan jati diri yang cukup tinggi. Keyakinan dan ketokohan beliau jelas membayangkan bahawa beliau seorang yang tegas dan bekerja bersungguh-sungguh dalam melakukan sesuatu. Pertemuan  berakhir jam 3 .30 petang dan mungkin akan ada pertemuan lain selepas ini. Kepada wakil rakyat ini harapan penduduk yang tinggi hendaklah dipikul sebaik mungkin. Beliau harus Cekal dan tabah kerana rakyat sentiasa bersama beliau dengan menyokong kepimpinan Barisan Nasional.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY