Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disaran menggunakan platform ceramahnya di seluruh negara untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan terhadap anaknya yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah yang dikaitkan dengan akaun simpanan dan jumlahnya di dalam Israeli National Bank.
Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohd Fairus Khairuddin berkata dakwaan tersebut yang kini berlegar di internet dan sebagainya bukan sahaja mencemarkan imej Ketua Pembangkang berkenaan, malah seluruh intitusi pembangkang itu sendiri.
Ini kerana katanya mereka dengan ghairah menghentam kepimpinan kerajaan yang ada hari ini khususnya kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan pelbagai dakwaan dan tuduhan yang tidak masuk akal.
“Sekali-sekala dalam ceramah tu berikanlah penjelasan yang sebenarnya bersama bukti yang jelas kerana rakyat ingin tahu perkara yang sebenarnya kerana perkara itu telah menjadi bualan umum.
“Saya tidak mahu membuat kesimpulan dan pelbagai tuduhan lain, cumanya ingin tahu apakah benar atau sebaliknya apa yang didakwa berhubung perkara berkenaan dan saya tidak tuduh dakwaan itu ada kebenarannya. Cuma saya pun nak tahu juga sejauh mana dakwaan berhubung isu tersebut,“ katanya kepada UMNO-Online.
Fairus seterusnya menambah lagi lama mereka berdiam diri maka akan timbul pelbagai spekulasi mengenai isu berkenaan.
“Apa yang mereka tunggu lagi…..Kalau perkara yang sama berlaku kepada mana-mana pihak lain khususnya musuh politik mereka, bukan main hebat dan main garang meminta penjelasan.
“Tetapi bila terkena batang hidung sendiri, pandai pula berdiam diri dan tidak memberikan penjelasan sepatutnya. Sebagai sebuah parti yang kononnya melaung-laungkan soal ketelusan dan sebagainya, itu yang sepatutnya mereka utamakan bagi membuktikan apa yang dicakap dan diwar-warkan baik di dalam ceramah dan sebagainya dikotakan,“ katanya.
sumber:brojinggo
No comments: