KUALA LUMPUR 18 Dis – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat membelanjakan RM102.5 juta tahun ini untuk membantu rakyat miskin di negeri Selangor.
Jumlah ini adalah lebih besar berbanding RM13 juta yang dibelanjakan oleh kerajaan negeri pakatan pembangkang di Selangor, kata menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Barisan Nasional (BN), berkata kerajaan BN sentiasa mengetepikan ideologi dan perbezaan politik dalam membantu masyarakat di negara ini, dan amat bersimpati dengan rakyat Selangor yang kurang mendapat perhatian daripada kerajaan negeri.
Malah, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan semua kementerian dan agensi kerajaan pusat supaya tidak membezakan ideologi politik, sebaliknya membantu rakyat yang memerlukan bantuan, dan menjadikannya agenda utama kerajaan BN.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sambutan perayaan Krismas anjuran Wanita Parti Progresif Penduduk (PPP) bersama Wanita BN, di I0I Boulevard, Puchong dekat sini hari ini.
Shahrizat berkata kerajaan melalui Program 1Azam juga telah membantu 57,905 orang mendapatkan kerja serta berniaga dalam usaha membasmi kemiskinan, sekaligus memastikan setiap rakyat di negara ini berdikari dan menikmati pembangunan.
Beliau turut berharap majikan, khususnya pihak swasta, dapat menyediakan peluang pekerjaan separuh masa kepada golongan wanita memandangkan sumbangan mereka adalah penting untuk pembangunan ekonomi negara.
Baru-baru ini Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata penglibatan majikan khususnya syarikat swasta dalam menyediakan peluang kerja separuh masa kepada golongan wanita dilihat masih berada di tahap rendah disebabkan oleh persepsi.
Dr Subramnaim berkata walaupun perkara itu terkandung dalam Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa)2010 yang diwartakan di bawah Akta Kerja 1955 tahun lalu, namun sambutan yang diterima masih kurang memuaskan.
Pada majlis itu, Shahrizat turut menyampaikan sumbangan RM100 dan serta hamper barangan kepada 400 keluarga miskin di sekitar Puchong.

posted from Bloggeroid
No comments: