'/>

WANITA PULANG DARI KELAS MENARI MATI DITIKAM



KUALA LUMPUR, 2 Dis : Seorang wanita warga emas mati ditikam lima kali oleh seorang lelaki di Jalan Udang Kertas, Taman Sri Segambut, di sini Khamis malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Othman Abu Bakar, berkata dalam kejadian pada 9.15 malam itu, Lim Kai Lian, 62, baru pulang dari kelas menari sebelum ditikam di perkarangan rumahnya.

"Bila mangsa masuk ke perkarangan rumah, beliau terus ditarik dan ditikam sebanyak lima kali oleh suspek yang memakai helmet gelap serta topeng muka," katanya kepada pemberita hari ini.

Lim, yang ditikam di bahagian belakang badan, mati di tempat kejadian.

Tiada sebarang senjata ditemui di kawasan berkenaan.
sumber:bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY