'/>

NAMEWEE BUAT HAL LAGI...KALI NI HINA POLIS MACAM ANJING PULA??



Video youtube lagu tahun baru Cina 2012 Namewee dikatakan menghina polis negara Malaysia. Video klip terbarunya yang diupload ke Youtube bertajuk Supermarket yang memuatkan lagu sempena Tahun Baru Cina ternyata agak melampau terutama kepada pihak polis. 

Dalam klip berkenaan, daripada empat watak yang ada, salah seorang memakai baju uniform yang seakan-akan uniform polis dengan lidah yang terjelir sepanjang klip selama 2 minit 15 saat itu berlangsung. Lidah yang terjelir itu sangat jelas memperlihatkan lelaki itu umpama seekor anjing. Dan penyanyi pula cuba memberikan ang pau yang dipertontonkan pada awalnya diisi dengan wang kertas.


sumber:http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/01/hot-namewee-buat-hal-lagikali-ni-hina.html

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY