'/>

Pemutar Alam

Di Malaysia ada seorang pakar putar belit, benda tidak boleh dibelit jadi betul. Perkara yang salah dibuatnya, diputar alam menjadi perkara yang tidak salah olehnya. Rakyat sudah makin kenal dengan teknik putar belitnya.

Seorang juru propaganda Nazi Jerman di era Perang Dunia Kedua, Joseph Goebbels pernah mengungkapkan: "Inform, inform and when they are interested, misinform".

Goebbels merupakan pakar propaganda diktator Adolph Hitler yang utama dan pembenci serta musuh orang Yahudi yang tidak ada tolok bandingnya. 

Malah, ramai sejarawan berpendapat, jika Goebbels terus berperanan selepas Perang Dunia Kedua, Yahudi mungkin pupus di Eropah kerana semangat kebencian anti-semitisme yang begitu menyeluruh di Eropah, khasnya di Jerman.

Goebbels dimunculkan kerana kesungguhan dan kepakarannya sebagai ejen penerangan Nazi Jerman yang terhebat. Kebolehannya mengikut rekod arkib Jerman, menyebabkan Hitler lebih berani dan lebih ganas, terutama terhadap orang Yahudi di Jerman. 

Kejayaannya, walaupun dalam konteks pencapaian yang negatif, lantaran kebolehan putar alam dan putar belitnya, harus diterima kerana beliau berjaya mempakari semua aspek hearts and minds (hati dan pemikiran) rakyat Jerman sekali pun jiwa Yahudi tidak berjaya dikuasai pemerintahan Nazi. 

Kisah Goebbels patut menjadi teladan di kemudian hari. 

Realitinya, tindakan menyebar berita palsu, memutarbelitkan fakta dan faktor untuk tujuan tidak sah, jahat dan politik kotor atau dengan matlamat kepentingan diri dan kumpulan sendiri boleh digolongkan sebagai 'salah maklum' atau dalam bahasa Inggerisnya misinformation. 

Penerangan palsu atau jenis informasi yang tidak tepat ini memberi makna atau impak yang sama dengan informasi atau penerangan yang benar-benar menerangkan, mendidik atau menambah nilai hidup manusia. 'Salah maklum' ini ketara dalam realiti politik tanah air ketika ini. (baca lanjut)


- http://anginperubahan.blogspot.

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY