'/>

VIDEO KLIP SAMPAI BOGEL, PENYANYI INI DIBENARKAN BUAT PERSEMBAHAN DI MALAYSIA?!!!



Apabila sahabat blogger ANAK SEBERANG menyiarkan berita tentang seorang penyanyi berkulit hitam dari Amerika Syarikat bernama Erykah Badu akan membuat persembahan di Malaysia pada 28 Februari nanti, berita tersebut seolah-olah menggambarkan pihak berkenaan yang meluluskan permohonan PINEAPPLE CONCERTS SDN. BHD, langsung tidak peka dengan persekitaran dan suasana dalam negara.

Erykah Badu dijadualkan mengadakan persembahan secara langsung di Malaysia pada 28 Februari di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dalam siri jelajah Australasia dengan Malaysia sebagai destinasi pertamanya.

Tahun lepas, penyanyi kelahiran Iran, Mohsen Namjoo yang telah dijatuhi hukuman bunuh di negara kelahirannya kerana menghina al Quran di dalam lagunya, juga hampir-hampir mengadakan persembahan di Malaysia. Bagaimanapun, tentangan daripada orang ramai dan dari pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin parti politik menyaksikan pihak berkuasa Malaysia terpaksa menarik semula kebenaran berkenaan.

Kebenaran untuk mengadakan persembahan di negara ini kepada penyanyi luar, merupakan di bawah bidang kuasa Kementerian Penerangan yang diterajui oleh Rais Yatim. Bagaimana gamaknya, pegawai-pegawai kementerian tersebut yang cukup terkenal dengan kejumudan dan kebekuan otak mereka, terlepas pandang tentang Erykah Badu?

Atau mereka sebenarnya langsung tidak pernah ambil tahu hal-hal yang berkaitan dengan bidang tugas mereka, melainkan politik dalam RTM dan Kementerian semata-mata? Kalau mereka prihatin, ada mata dan ada telinga, pastinya pemeriksaan terperinci dilakukan untuk memastikan anasir-anasir lucah seperti Erykah Badu tidak terlepas masuk ke dalam negara ini.

Agak-agak la kalau nak bersikap terbuka sekalipun. Bukan semua perkara boleh diwujudkan sikap terbuka!!!

Cuba tengok klip video di bawah membabitkan penyanyi berkenaan kalau benar nak bersikap terbuka!!!
SUMBER:http://theflyingkick.blogspot.com/2012/01/video-klip-sampai-bogel-penyanyi-ini.html

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY