'/>

Wanita Terkaya China Dihukum Mati


alt
SHANGHAI - Seorang wanita China yang suatu masa dahulu pernah tersenarai antara wanita terkaya di China dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Agung China selepas beliau didapati bersalah melakukan penipuan melibatkan AS$60 juta (RM186 juta).
Menurut akhbar Daily Shanghai, mahkamah agung wilayah timur Zhejiang semalam menolak rayuan yang dikemukakan Wu Ying, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bense Holding yang terlibat dalam mengutip dana secara haram.
"Hukuman yang dijatuhkan setimpal dengan perbuatan pesalah," kata mahkamah.
Menurut Laporan Hurun yang disiarkan dalam majalah-majalah ternama di China,Wu pernah disenarai sebagai wanita keenam terkaya di China pada 2006.Agensi beritaXinhua turut melaporkansyarikatnya, Bense, menjalankan pelbagai perniagaan dari perhotelan hingga bahan-bahan binaan.
Wu dipercayai telah mengutip dana daripada golongan pelabur dengan menjanjikan pulangan sebanyak 80 peratus, namun dia menyalahgunakan wang tersebut untuk membayar hutangnya.
Bagaimanapun,hukuman mati tersebut perlu diteliti semula Mahkamah Agung Rakyat.Pihak berkuasa menahan Wu pada 2007 dan dia didapati bersalah buat kali pertama pada 2009 dan dibicarakan sejak April tahun lalu selepas mengemukakan rayuan. - AFP

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY