'/>

Enam terbunuh, dua parah dalam kemalangan berasingan di Perak

IPOH: Enam orang terbunuh termasuk dua daripadanya warga Myanmar manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan berasingan di negeri ini dalam tempoh 24 jam semalam. 

Pemangku Ketua Polis Trafik Negeri, Deputi Superintendan Mohamad Roy Hashim berkata dalam kejadian pertama di Manjung malam tadi, dua warga Myanmar terbunuh selepas motosikal yang mereka naiki merempuh sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 1.5 Jalan Sitiawan-Kg Acheh.
Mereka yang terbunuh ialah pembonceng dikenali sebagai Mui Mg Mg, 25, namun penunggangnya belum dikenal pasti kerana tiada identiti ditemui pada mayat mangsa, katanya ketika dihubungi hari ini.
Mohamad Roy berkata kejadian berlaku pada jam 10.40 malam apabila mereka dikatakan dalam perjalanan dari pekan Sitiawan ke Kampung Acheh merempuh belakang lori yang diletakkan di tepi jalan. 

"Kedua-dua mangsa yang mengalami cedera parah di kepala meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mereka dihantar ke Hospital Manjung untuk bedah siasat," katanya. - BERNAMA 



Mohamad Roy berkata dalam kejadian lain di Km 376.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Slim River, seorang wanita terbunuh, manakala suami dan anak saudaranya cedera parah apabila lori yang mereka naiki terbabas dan merempuh penghadang jalan. Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 2.05 petang ialah penumpang lori Nurkhafiyah Abdul Aziz, 46, manakala suaminya Mohd Raie Muni, 43, yang memandu lori dan anak saudara mereka Nor Atika Zainal, 17, mengalami cedera parah, katanya. - BERNAMA 
sumber:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Enamterbunuh_duaparahdalamkemalanganberasingandiPerak/Article

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY