'/>
KUALA LUMPUR: Election monitors Friday urged the government to put off polls until it can clean up the electoral roll, problems with which have led to a public “crisis of confidence”.

K. Shan, chairman of the independent election monitor National Institute for Electoral Integrity (NIEI), said the government must implement reforms fully before the election, including allowing court challenges to the voter roll, which critics say is riddled with irregularities.

“The problem with the electoral roll … has translated into a crisis of confidence and perception in terms of the election processes,” Shan told reporters. “They (the government) should postpone the election.”

Independent polling agent Merdeka Centre also published findings from a survey last year that showed voters could not be located for 69 percent out of 1,200 randomly selected registrations.

Of another 1,200 people surveyed, six percent said they had registered but could no longer find their entry in the voter roll.

The Election Commission, in charge of conducting polls, has said it is cleaning up the roll. It has also reportedly fired hundreds of staff for registering voters twice, adding non-citizens and other “negligence”.

Shan said commission officials did not require proof of address when registering voters and so politicians were registering supporters in their areas, hoping to secure victory.

Opposition election workers and independent vote-reform advocates say a rash of such irregularities, unequal access to media and other problems could tip the balance in what analysts say will be a closely fought contest.

A bi-partisan parliament panel set up to address these issues is due to publish its reform recommendations on Monday after a six-month study.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak established the panel in response to the July rally for electoral reforms.

Najib is widely expected to seek a fresh mandate within months though polls are only due by April next year.

The ruling Barisan Nasional coalition, which has governed the country since 1957, got its worst drubbing in the last elections in 2008.-AFP

- http://www.theborneopost.com/2012/03/31/election-monitors-urge-poll-postponement/

posted from Bloggeroid


mengejutkan serta memeranjatkan!itulah yang meradong today katakan apabila "Tuai Rumah" ini sanggup memotong KEPALA WAKIL RAKYAT!

Info ini MT terima beberapa hari yang lalu....Daripada info ini ...perkara ini merupakan perkara yang serius perlu ditangani segera!

walaupun perkara ini boleh dikatakan sebagai UGUTAN ...tapi kita seharusnya berfikir kenapa TR ini sanggup bertindak sedemikian rupa?

Diharapkan perkara ini dapat diselesaikan dengan segera sebelum PRU 13 nanti ...
Bintangor:
Perlawanan Persahabatan Antara Team JPJ Sarikei dan Team JKR Bintangor.Turut hadir semasa perlawanan ini Mohd Wan Pegawai Penguatkuasa JPJ dan Encik Abgul ghani
Tujuan perlawanan ini adalah untuk mengeratkan hubungan persahabatan dalam bentuk sukan.
Perlawanan diadakan di dewan masyarakat Bintangor.



posted from Bloggeroid

Bintangor:

SumbanganYB Tuan Abdullah Saidol Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak merangkap ADUN N 36 Semop kepada guru SK Mupong yang mengalami kebakaran pada 26 Mac 2012 yang lalu....


posted from Bloggeroid

HANGUS TERBAKAR




PUSAT SUMBER TURUT MENGALAMI KEROSAKAN

Bintangor:

2 Buah rumah guru di SK Mupong yang bercantum telah terbakar jam 1150 pagi 26 Mac 2012 yang lalu.
Semasa kebakaran berlaku guru berkenan sedang mengajar.Mereka hanya menyedari  kebakaran berlaku apabila melihat kepulan asap hitam.

Tindakan pantas kakitangan sekolah ini berjaya menyelamatkan bangunan sekolah lain yang berdekatan.Rumah ini di diami oleh 3 orang guru iaitu Mohd Syuhaily Bin AB Manap,berusia 32 tahun berasal dari Johor,Wan Norazli bin Wan Bujang ,36 tahun ,berasal dari Bintangor ,Sarawak ,Wan Mohd Azham Bin Wan Hashim,23 tahun berasal dari Kelantan.

Menurut saksi kebakaran ini bermula daripada bahagian dapur disyaki berpunca litar pintas.Kesemua guru ini terpaksa berkongsi tempat tinggal dengan guru lain.Mereka gagal menyelamat harta benda semasa kebakaran ini berlaku.

SK Mupong ini mempunyai 55 orang pelajar ,12 orang tenaga pengajar dan 6 orang sokongan.Buat masa sekarang pihak sekolah mengalami masalah bekalan elektrik dan air serta makanan untuk pelajar.

Anggaran kerugian sebanyak RM200,000. 





Bintangor:
Kebakaran 2 buah motosikal di Jalan Abang Amin awal pagi semalam dipercayai perbuatan khianat.
Menurut Rosemandi Saufi kebakaran tersebut hanya disedari apabila beliau terdengar bunyi letupan...
Beliau dan ahli keluarganya pantas bertindak dan berjaya memadamkan kebakaran tersebut.
Rosmandi telah membuat laporan polis...







posted from Bloggeroid

Bintangor:
Mesyuarat pertandingan hadrah,azan dan hafazan Al-Quran tertutup Bahagian Sarikei...Tarikh pertandingan :14 dan 15 Mac 2012
Bertempat di Dewan Perdana Sk Abang Amin...








posted from Bloggeroid

Bintangor;
Yang berhomat Tuan Abdullah Hj. Saidol ADUN N36 yang juga merupakan Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak kepada masyarakat Bintangor.Sumbangan ini disampaikan oleh Saudara Abang Zakaria Abang Wasli yang juga Bendahari Pemuda N40 Meradong.

Sumbangan kepada Encik Zaini Abdullah yang mengalami kemalangan
tempoh hari.


Sumbangan kepada Hajah Jamilah binti Ajis yang juga
Isteri KK Zon 3.

Bintangor:










posted from Bloggeroid

Bintangor:
Biro Ekonomi Pemuda PBB Negeri Sarawak dengan kerjasama Kelab Anak Meradong(KAME) akan mengadakan pertandingan Hadrah,hafazan dan azan tertutup Bahagian Sarikei.
Pertandingan ini akan diadakan pada 14&15 April 2012...
Berminat sila hubungi sdr Jkhann julahi -0198382307 dan zaini busrah -0135736108.

posted from Bloggeroid

Anwar Ibrahim menimbang untuk memfail saman RM100 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Senator K S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia menerusi peguamnya,N Surendran.

“Kenyataan Nallakaruppan (yang juga presiden parti India Bersatu Malaysia (MIUP) satu pembohongan. Ia juga satu tuduhan serius terhadap seorang pemimpin Muslim.Selain saman RM100 juta, kami mahu Nallakaruppan dan Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR ketika dihubungi hari ini.

FMT Melaporkan Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sidang akhbar Nallakaruppan semalam.Menurut beliau,laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada muka depan akhbar melanggar prinsip kewartawanan.

“Utusan harus membuat laporan secara adil dan bukan laporan berunsur pembohongan,” kata Surendran.

Di samping itu,peguam tersebut turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat berikutan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

“Najib bertanggungjawab kerana Utusan ialah organ Umno dan Najib ialah presiden Umno,” tambah Surendran.

Beliau menambah bahawa tindakan menyaman akan diteruskan sekiranya Nallakaruppan dan Utusan Malaysia tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan dan laporan tersebut.

ANDA INGIN MELIHAT TAJUK TERSEBUT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN UTUSAN DAN NALLA !!!

SEMALAM NALLA KATA ANWAR IBRAHIM BISEKSUAL !!!

BELIAU CABAR ANWAR UNTUK MENYAMAN BELIAU DI MAHKAMAH !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN NALLAKARUPAN ???

RENUNG-RENUNGKAN
- http://badutrakyat.blogspot.com/2012/03/hot-news-anwar-ibrahim-akan-saman.html?utm_medium=referral&utm_source=pulsenews&m=1

posted from Bloggeroid

Bintangor:

Ajk Hikmah cawangan Meradong 2012..
Pengerusi Cawangan:Rosli Umar

Tim. Pengerusi:Abang Ahim Abang Othman.

Setiausaha cawangan:Jkhann Julahi

Pen.Setiausaha:Nasbah Hussien

Bendahari cawangan:Abang Mokhtar Abang Derahman

Tim.Bendahari:Abang Masalus Abang Mansor

AJK Dilantik:
1.Tuan Hj. Majeri Bin Johari.
2.Ibrahim Bin Hj Abuseman
3.Hamnie bin Umar
4.zaini busrah
5.Puan setia Tan.








posted from Bloggeroid



Bintangor :
Sejarah tercipta lagi bila KELAB ANAK MERADONG (KAME) ditubuhkan semalam(17-3-2012).Tujuan Penubuhan kelab ini:

1.Untuk menyatukan rakyat (bumiputera)yang berumur  antara 15 keatas  dikawasan Bintangor.

2.Mengerak ,merancang ,melaksana dan menilai  program gaya hidup masyarakat di kawasan Bintangor.

3.Membangun kualiti insan selaras  dengan konsep wasatiah dalam islam

4.membentuk remaja cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan komuniti setempat 

5.menanam semangat kesetian kepada negara.

AJK Kelab KAME Bagi tahun 2012-2013
Jawatakuasa

Pengerusi-Helmi Morsili

Timbalan pengerusi_Jmann Julahi

Setiausaha Agung- Jkhann Julahi

Bendahari- Abang Zakaria Abang Wasli

dan 10 AJK yang dilantik.

Yuran Pendaftaran sebanyak RM5
Yuran Tahunan sebanyak RM 5

Bintangor :

Hari ini timbul isu pelik dan mengkagumkan bila admin Meradong Today(MT) dituduh melaporkan kepada Pihak LANDAS Sarikei untuk merobohkan 10 buah rumah di Kampung Muhibah ,Bintangor tidak lama dahulu.Untuk itu Timbalan Ketua cawangan PBB N40 Meradong Kr. Morsili Bakar berbincang dengan AJK Pemuda N40 Meradong serta admin MT berhubung isu ini.Penjelasan telah dibuat kepada semua yang hadir berhubung perkara ini yang merupakan perkara  yang serius...

Dalam tuduhan /fitnah tersebut mengatakan MT yang membuat laporan untuk merobohkan rumah tersebut..Bertujuan untuk mencari glomur kepada pemuda PBB N40 Khususnya.
Apa yang sebenarnya berlaku adalah pihak rumah yang diroboh ini menerima surat yang mengatakan rumah mereka akan dirobohkan atas alasan yang tertentu.

Jadi penerima surat ini membuat /memohon bantuan Pusat khidmat pemuda untuk membantu menyelesaikan masalah ini.Untuk itu Pusat Khidmat membuat laporan kepada YB Tuan Abdullah Bin Haji Saidol untuk menyelesaikan isu tersebut.Setelah perbincangan YB dengan pihak Landas Sarikei isu ini dapat diselesaikan dengan segera...

Admin MT tidak pernah membuat apa-apa surat atau laporan kepada Pihak Landas Sarikei..Apa yang admin MT buat hanyalah membantu masyarakat kampung sendiri menyelesaikan perkara yang menimpa mereka ini...

Admin MT akan berjumpa dengan orang membawa cerita ini...Cobaannnn...apa yang admin kesali ada pihak cuba merosakkan nama MT dan Pemuda PBB ...Kita Berkhidmat untuk masyarakat bukan kerana nama,wang ringgit..tapi perjuangan untuk Bangsa ,Agama dan Masyarakat Bintangor Sendiri...





Bintangor:
 Gambar sebelum jambatan sekolah SK Mupong Ulin roboh 20 Januari 2012 yang lalu dimana 4 orang guru jatuh bersama jeti yang rentap dan patah dengan tiba-tiba ketika balik selepas tamat kelas pada pukul 1200 hari jumaat.




Kerja baikpulih 








gambar wharf sk mupong Ulin Siap

Kalau dah kemaruk nafsu, jangan kata undang-undang.., agama pun ada yang sanggup langgar.. Itulah jadinya bila manusia hilang pedoman..
Bila nafsu menjadi raja dihati, apa saja boleh jadi.. Bukan setakat bohsia, malah lebih dari tu pun orang akan sanggup buat asal dapat kepuasan..

Ceritanya..., seorang wanita berusia 55 tahun yang tidak sampai 24 jam diceraikan, ternyata tak dapat menahan nafsu apabila dicekup berkhalwat dengan pasangan berusia 34 tahun dalam serbuan di rumah warga emas berkenaan di Kampung Kuala Semerak.

Serbuan ke atas kediaman wanita yang berstatus nenek tapi berselera muda itu dilakukan pasukan Skuad Amru bersama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) diketuai Ketua Operasinya, Ismail Yaacob, kira-kira jam 1 pagi, sebaik mendapat maklumat awam.

Ketika serbuan dilakukan, wanita itu yang mempunyai beberapa cucu sanggup berbohong dengan memberi alasan kononnya lelaki muda bersamanya di dalam bilik tidur itu suaminya.

Tindakannya itu nyata gagal meyakinkan penguat kuasa agama dan pasangan itu dibawa ke Pejabat Agama Pasir Puteh untuk diambil keterangan serta disoal siasat sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Ismail berkata, serbuan ke atas rumah terbabit dilakukan hasil maklumat orang ramai yang dikumpulkan sejak seminggu lalu berhubung kejadian khalwat yang didakwa membabitkan seorang wanita warga emas bersama pasangannya.

“Berikutan aduan yang diterima, rumah itu diserbu penguat kuasa agama yang mengetuk pintu rumah berkenaan beberapa kali sebelum dibuka seorang wanita warga emas dalam keadaan berkemban beberapa minit kemudian.

“Ketika siasatan dilakukan, wanita itu berdolak-dalik dengan mengatakan lelaki berseluar pendek yang tidur di biliknya adalah suaminya menyebabkan penguat kuasa mencurigainya,” katanya.

Katanya, tidak sampai lima minit disoal, wanita berkenaan menukar pengakuan dengan mendakwa dia tidak tahu menahu kehadiran lelaki berkenaan yang didakwa secara tiba-tiba berada dalam biliknya.

“Selepas disoal siasat, wanita itu mendakwa dia baru bercerai dengan suaminya kira-kira jam 5 petang kelmarin, menyebabkan pasangan berkenaan terus disiasat untuk dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Ismail berkata, tiada orang lain berada di dalam rumah berkenaan ketika serbuan dan sebagai warga emas, wanita itu tidak sepatutnya berkelakuan tidak senonoh sebaliknya perlu menjadi teladan kepada cucunya yang remaja.

Berikutan itu, katanya, pasangan berkenaan didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Puteh, di bawah Seksyen 9(1)(2), Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan No 2/85 yang jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.


hiasan

posted from Bloggeroid

GEORGETWOWN: “Saya dan isteri terpaksa menanggung malu kepada rombongan pengantin perempuan yang tiba dari Terengganu, penduduk kampung serta jemputan,” kata Md Saad Hasan, 68, mengulas tindakan seorang lelaki yang dikatakan pemimpin parti pembangkang, melarikan satu periuk nasi majlis kenduri kahwin dua anak lelakinya di Kampung Pulau Betong, di sini, 4 Mac lalu.

Menurutnya, hingga kini penduduk kampung masih bercakap mengenai kegagalannya menyediakan sajian istimewa iaitu nasi hujan panas yang sepatutnya dihidangkan untuk rombongan keluarga pengantin perempuan yang tiba dengan sebuah bas.


Md Saad berkata, dia kesal dan kecewa dengan tindakan pemimpin parti pembangkang Kampung Terang yang sanggup melarikan periuk nasi ketika majlis kenduri itu tanpa berjumpa dengannya terlebih dulu.

“Saya difahamkan, mereka mengambil nasi terbabit untuk dihidangkan kepada tetamu yang datang untuk satu program anjuran kerajaan negeri di kampung ini.


“Mereka melarikan periuk berisi nasi itu menggunakan sebuah lori yang siap menunggu,” katanya yang ditemui di sini, semalam.


Warga emas itu berkata, ketika itu dia bersama isteri dan ahli keluarga lain sibuk melayan tetamu apabila dimaklumkan tukang masak bahawa satu periuk nasi dilarikan lelaki berkenaan.

“Keadaan menjadi kelam kabut dan saya serta isteri bergegas ke dapur. Keadaan menjadi kecoh kerana tiada nasi boleh diganti untuk dihidangkan kepada tetamu.


“Ketika itu juga rombongan keluarga pengantin perempuan terdiri daripada 50 orang tiba dengan sebuah bas dan saya kecewa apabila mereka terpaksa pulang dalam keadaan lapar,” katanya.

“Sikap pemimpin parti itu menunjukkan dia hanya mementingkan diri tanpa memikirkan perasaan orang lain menyebabkan majlis kenduri yang dirancang dengan baik menjadi kelam kabut,” katanya.


Menurutnya, dia kemudian bertemu dengan pemimpin berkenaan untuk meminta kepastian berhubung tindakannya melarikan periuk nasi itu.


“Ketika bertemu dengannya, dia meminta maaf dan mengakui kesalahannya kerana mendakwa nasi yang dimasak di lokasi mereka melakukan program ketika itu mentah, biarpun sudah dua kali masak.


“Dia mendakwa terpaksa mengambil nasi di rumah saya untuk memastikan program yang dilaksanakan berjalan lancar,” katanya.


Md Saad yang tidak berpuas hati dan rasa dirinya dimalukan pemimpin berkenaan membuat laporan di Balai Polis Balik Pulau, kelmarin.

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Yang Berhormat (YB) Tuan Abdullah Hj Saidol ADUN N36 Semop merangkap Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri Sarawak hari ini membuat lawatan kerja sehari ke kawasan Mupong.

Kawasan ini mempunyai kepadatan penduduk seramai 1500 orang.
Perjalanan ini memakan masa hampir sejam menggunakan enjin twin 200 kuasa kuda.
Semasa lawatan kerja ini antara isu yang timbul adalah masalah bekalan elektrik,air dan jalan.
Masalah ini mendapat perhatian penuh daripada YB.

Walaupun ada isu ini penduduk kawasan ini masih menyokong penuh kepada BN/PBB. ..










posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR – Polis dalam siasatan awal mereka tidak menolak kemungkinan dendam peribadi terhadap keluarga Nurul Nadirah Abdullah atau Dirang menjadi punca kanak-kanak kecil yang tidak berdosa itu dibunuh dan dibakar.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin dalam kenyataan yang dikeluarkan pukul 6 petang ini berkata, siasatan sedang dilakukan dari semua sudut untuk memastikan motif di sebalik penculikan dan pembunuhan kanak-kanak itu dapat dikenalpasti.
“Kami tidak menolak kemungkinan bahawa dendam peribadi terhadap keluarga tersebut menjadi motif di sebalik penculikan dan pembunuhan ini,” katanya di sini hari ini. Dirang dilaporkan hilang ketika keluar membeli mi segera dan telur kira-kira pukul 11 pagi, di kedai runcit di kawasan rumahnya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu.

Mayat Dirang (disahkan melalui ujian DNA) ditemui pada 8 Mac lalu di sebuah ladang kelapa sawit di Nusa Damai, dekat Seri Alam, Johor.
Setakat ini, empat suspek telah ditahan polis Johor.
Tiga daripada empat suspek termasuk seorang wanita berumur 30 hingga 40 tahun itu didapati positif dadah jenis metamphetamine dan ice manakala dua daripada suspek mempunyai rekod jenayah lampau bagi kesalahan dadah dan curi.
“Bantuan segera daripada masyarakat telah membolehkan pihak polis menangkap tiga orang suspek beberapa jam selepas laporan kehilangan Nur Nadirah dibuat.
“Suspek keempat juga telah ditahan beberapa hari kemudian. Dengan empat penangkapan ini, kami percaya bahawa polis berada di landasan yang betul untuk menyelesaikan kes ini,” katanya.
Beliau menambah, Nur Alert telah diaktifkan sebaik pihaknya menerima laporan daripada nenek Dirang dan pihak pertubuhan bukan kerajaan dan Bank RHB telah bersama membantu polis mengesan Allahyarham Dirang.
Dalam kenyataan yang sama, beliau juga merakamkan rasa simpati yang tidak terhingga dari Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kepada keluarga Allahyarham di atas pemergiannya.


- http://www.harian-metro-online.com/polis-dendam-peribadi-mungkin-motif-nurul-nadirah-dibunuh

posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY