'/>

Anwar Ibrahim akan saman Nallakarupan dan utusan..

Anwar Ibrahim menimbang untuk memfail saman RM100 juta di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Senator K S Nallakaruppan dan akhbar Utusan Malaysia menerusi peguamnya,N Surendran.

“Kenyataan Nallakaruppan (yang juga presiden parti India Bersatu Malaysia (MIUP) satu pembohongan. Ia juga satu tuduhan serius terhadap seorang pemimpin Muslim.Selain saman RM100 juta, kami mahu Nallakaruppan dan Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka dalam tempoh 48 jam,” kata Surendran yang juga naib presiden PKR ketika dihubungi hari ini.

FMT Melaporkan Beliau berkata sedemikian ketika mengulas laporan sidang akhbar Nallakaruppan semalam.Menurut beliau,laporan Utusan Malaysia yang diterbitkan pada muka depan akhbar melanggar prinsip kewartawanan.

“Utusan harus membuat laporan secara adil dan bukan laporan berunsur pembohongan,” kata Surendran.

Di samping itu,peguam tersebut turut menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terlibat berikutan laporan Utusan Malaysia yang bertajuk “Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual”.

“Najib bertanggungjawab kerana Utusan ialah organ Umno dan Najib ialah presiden Umno,” tambah Surendran.

Beliau menambah bahawa tindakan menyaman akan diteruskan sekiranya Nallakaruppan dan Utusan Malaysia tidak memohon maaf dan menarik balik kenyataan dan laporan tersebut.

ANDA INGIN MELIHAT TAJUK TERSEBUT ???

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

AKHIRNYA ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN UTUSAN DAN NALLA !!!

SEMALAM NALLA KATA ANWAR IBRAHIM BISEKSUAL !!!

BELIAU CABAR ANWAR UNTUK MENYAMAN BELIAU DI MAHKAMAH !!!

KLIK DI SINI

UNTUK SELANJUTNYA

ADAKAH ANWAR IBRAHIM AKAN SAMAN NALLAKARUPAN ???

RENUNG-RENUNGKAN
- http://badutrakyat.blogspot.com/2012/03/hot-news-anwar-ibrahim-akan-saman.html?utm_medium=referral&utm_source=pulsenews&m=1

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY