'/>
KUALA LUMPUR, 30 April -  Laporan lengkap mengenai perhimpunan yang dianjurkan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan disokong pembangkang di ibu negara semalam akan diserahkan kepada pihak Peguam Negara bagi proses pendakwaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata ketika ini polis sedang meneliti rakaman keseluruhan perhimpunan tersebut termasuk saksi insiden itu sebelum laporan lengkap mengenainya diserahkan kepada Peguam Negara.

“Pada ketika ini, keadilan dan pembelaan yang kita mahu. Saya difahamkan, setiap insiden sudah dirakam dan ia (rakaman) akan diteliti dalam proses siasatan dan pendakwaan.

“Kita mahu siapa yang bersalah dalam hal ini dibawa ke muka pengadilan dan tiada istilah pilih bulu kepada sesiapa yang didapati bersalah,” katanya kepada media di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Ahad.

Sebelum itu, beliau mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melawat dua petugas media dan dua anggota polis yang cedera ketika perhimpunan itu di hospital berkenaan.

Hishammuddin berkata rakaman teliti yang dibuat beberapa pihak akan digunakan bagi membantu pihak Peguam Negara untuk menentukan siapa yang harus dibawa ke muka pengadilan nanti.

Ketika diminta mengulas mengenai insiden tindakan polis yang menahan dan memukul salah seorang anggota media yang membuat liputan pada perhimpunan itu, Hishammuddin berkata ; “Saya harap ia tidak benar tetapi saya tidak akan melindungi sesiapa. Jika anda melanggar undang-undang, anda akan dikenakan tindakan, katanya.

Justeru itu, beliau meminta orang ramai tidak membuat pelbagai spekulasi mengenai insiden tersebut dan berlaku adil kepada semua pihak termasuk polis.

Ketika ditanya mengenai tindakan terhadap Datuk S.Ambiga yang bertanggungjawab menganjurkan perhimpunan itu, Hishammuddin berkata ia bergantung kepada Peguam Negara.

“Kita kena faham proses pendakwaan ini kerana kalau kita tak ikut proses itu, akhiranya kita juga yang dituduh tak telus dalam tindakan kita,” katanya.

Beliau dalam pada itu menolak dakwaan bahawa pihak keselamatan memulakan provokasi pada perhimpunan itu dan beliau bercadang untuk menyiarkan rakaman perhimpunan tersebut kepada orang ramai bagi membuktikan kebenaran.

Beliau juga memuji keberanian jurukamera Mohd Azri Mohd Salleh dari stesen televisyen Al-Hijrah yang cedera selepas cuba menghalang peserta perhimpunan daripada terus memukul seorang anggota polis.

“Saya mengucapkan terima kasih atas keberanian dan keprihatinan jurukamera itu kerana membantu polis yang cedera dipukul anggota perhimpunan,” katanya

- http://umno-online.com/?p=59518&utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&utm_campaign=Feed%3A+umnoonline+%28UMNO+Online%29

posted from Bloggeroid

Gara-gara mengganggu isteri orang, seorang warga Afrika cedera teruk dibelasah penduduk yang berang dengan tindakannya itu.

Dalam kejadian 11 malam kelmarin, suspek bertindak mengetuk pintu rumah mangsa yang terletak di tingkat bawah blok P, Apartmen Harmoni, Damansara Damai dekat sini.

Menurut sumber, suspek mengetuk beberapa kali rumah mangsa tanpa diketahui sebab dia berbuat demikian.

“Bila mangsa buka pintu, tiada orang di luar namun niat jahat warga Afrika itu mahu menerjah masuk ke dalam rumah tidak menjadi.

“Wanita itu membuka pintu secara tiba-tiba dan dapat melihat dengan jelas suspek yang hanya berseluar pendek serta tidak berbaju.

“Terperanjat dengan kehadiran suspek, wanita itu kemudiannya menjerit sekuat hati dan jeritannya didengari oleh jiran berhampiran,” katanya.

Jelasnya, panik melihat kehadiran jiran mangsa, suspek melarikan diri dan akhirnya dicekup serta dibelasah penduduk di hadapan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai 2.

Sementara itu, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT ) Apartmen Harmoni, Zahabu Ramli berkata, sebaik mendapat laporan, anggota KRT turun ke lokasi dan melihat warga Afrika sudah tidak bermaya.

“Kami serahkan suspek kepada polis untuk tindakan selanjutnya dan wanita itu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Damansara Damai,” katanya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut.


- http://theflyingkick.blogspot.com/2012/04/akibat-menyangka-kote-panjang-hitam.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

Ini tak sepatutnya berlaku di Mekah,Apa dah jadi nie sampai begitu pengikut tegar PAS yang menjulang perjuangan Ambiga....Berikut disenaraikan fakta mengenai Ketua perhimpunan BERSIH, Ambiga Sreenevasan:


1) Ambiga merupakan bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia. Majlis Peguam terkenal dengan tindak-tanduknya yg cenderung ke arah pembangkang dan memiliki sikap anti-Islam yg ketara.


2) Beliau adalah orang yg bertanggungjawab menerima memorandum menuntut pelaksanaan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) (IFC ditubuhkan untuk menjatuhkan martabat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan) pada 21 Ogos 2001. Majlis Peguam menerima memorandum untuk menuntut pelaksanaan 14 tuntutan IFC yg jelas sekali bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.


3) Dalam kes murtad Lina Joy, Ambiga telah mempertikaikan pelaksanaan hukum syariah di bawah Perkara 121 (1A) Perlembagaan Persekutuan dengan menyatakan kebebasan beragama turut termaktub kepada semua penganut Islam.


4) Ambiga turut mengadakan forum mengenai memeluk agama Islam pada 9 Ogos 2008 yg membincang dan mempertikaikan secara terbuka Perkara 121 (1A). Biarpun menerima bantahan dari penganut Islam, Ambiga tetap meneruskan forum tersebut. Bantahan tersebut turut disertai oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin.


5) Tugas-tugas Ambiga mempertikaikan kesucian Islam di Malaysia diiktiraf oleh Amerika Syarikat apabila dia mendapat anugerah yg disampaikan oleh Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Hillary Clinton pada 2009.


- http://matkilaupenang.blogspot.com/2012/04/mekah-dicemari-dengan-perjuangan-ambiga.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed&m=1

posted from Bloggeroid

Bintangor:
Beberapa pemimpin tempatan kawasan N36 Semop telah menghadiri kursus IT di Tanjung Manis beberapa hari yang lalu.
Pelbagai pengkhususan IT diberi kepada pemimpin kita ini..
Antara tuai rumah yang dihubungi mengatakan terima kasih kepada YB Abdullah Hj. Saidol kerana mengadakan program seperti ini.
Tambahan lagi dunia sekarang IT merupakan ilmu yang perlu dipelajari dan fahami...


posted from Bloggeroid

Keputusan sama ada pengusaha pusat kecantikan, Sri Wani Choo Abdullah perlu menjalani ujian asid deoksiribonukleik (DNA) bagi memastikan jantina sebenarnya ditangguhkan ke 26 Jun ini bagi memberi peluang kepada kedua-dua belah pihak memfailkan hujah terhadap permohonan tersebut.

Permohonan agar wanita terbabit menjalani ujian itu difailkan suaminya, bekas Dekan Penyelidikan dan Inovasi, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Bahrom Sanugi selepas setahun bernikah dengan Sri Wani. - UTUSAN 


sumber: http://empayar-pemuda.blogspot.com/2012/04/foto-terbaru-sri-wani-didedahkanjangan.html?m=1

posted from Bloggeroid

Keputusan pilihanraya ke 12 pada tahun 2008 menunjukkan 49 % rakyat Malaysia menolak BN dan 51 % memilih BN.

Hasilnya BN hilang 2/3 di Dewan Rakyat dan tewas di empat negeri. Pada masa itu BN berada dalam keadaan tidak keruan dan parti Pas, DAP dan PKR terus mendapat tempat di hati rakyat.

Rakyat percaya pakatan pembangkang dan rakyat pilih mereka. Tetapi sayangnya mereka tidak menggunakan sebaik mungkin kesempatan yang rakyat berikan untuk menunjuk dan membuktikan kepada rakyat bahawa mereka lebih baik dari BN.

Sejak hari pertama mereka mentadbir negeri-negeri yang dirampas daripada BN atau sejak hari pertama mereka menjadi wakil rakyat sehinggalah ke hari ini, mereka lebih banyak buat kerja-kerja bodoh yang tidak disukai atau bertentangan dengan budaya rakyat Malaysia.

Akibat kebodohan mereka itu dan kecerdikan BN melakukan pelbagai transformasi menjadikan situasi kini kembali memihak kepada BN.

Di negeri-negeri yang mereka bentuk kerajaan, walaupun telah menjadi kerajaan tetapi otak mereka masih lagi otak kelas E. Tidak menunjukkan sikap sebagai sebuah kerajaan. Masih lagi mengamalkan cara atau budaya politik bodoh.

Contoh, apabila timbul kes rasuah di Selangor dan siasatan dilakukan oleh SPRM. Khalid Ibrahim sebagai seorang ketua kerajaan, sepatutnya menunjukkan sikap yang profesional dan contoh yang baik sebagai ketua dengan memberi kerjasama kepada SPRM. Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Dia juga terikut-ikut dengan cara pencacai-pencacai PKR membuat tuduhan-tuduhan yang tidak baik kepada SPRM dan menghalang SPRM untuk melakukan siasatan.

Jangan ingat rakyat tak nampak semua itu, rakyat nampak. Mereka perhatikan dan mereka buat perbandingan bagaimana sikap pemimpin-pemimpin BN apabila orang mereka disasat atau didakwa oleh SPRM. Kemudian orang akan bercakap dan lama kelamaan ianya tersebar secara meluas.

Satu lagi contoh, isu demonstrasi air di Masjid Negara pada hujung 2010. Orang ramai pun pelik melihat apabila seorang MB yang mengetuai sebuah kerajaan boleh menganjurkan satu perhimpunan haram dan nak berarak di KL.

Begitu juga dengan perhimpunan-perhimpunan haram yang lain sebelum ini. Kita boleh lihat bagaimana mereka yang ada jawatan dalam kerajaan mereka turut terlibat.

Itu belum dikira lagi dengan fatwa karut marut oleh Nik Aziz dan kebodohan-kebodohan lain yang Pas lakukan.  Semua itu antara yang menjadi punca mereka semakin ditolak sekarang ini.

Orang ramai nampak semua itu dan mereka boleh buat penilaian. Jangan ingat apabila anda mendapat sokongan 10-20 ribu orang pengikut anda, maka anda terus membuat tafsiran semua rakyat Malaysia bersama anda.

Ingat….berjuta lagi yang kamu tak nampak. Pengundi terbesar bukan ahli UMNO, MCA, MIC, PAS, PKR , DAP atau lain-lain parti.

Pengundi terbesar adalah rakyat yang tidak berparti atau tidak berpolitik. Yang memenuhi demonstrasi atau ceramah-ceramah majoritinya adalah mereka yang ahli parti yang undi mereka sudah dijamin tidak akan hilang.

Terus teranglah penulis katakan, seandainya sejak 2008 hingga ke hari ini pakatan pembangkang betul-betul gunakan kepercayaan yang rakyat berikan kepada mereka dan buktikan mereka lebih baik dari BN, maka tidak mustahillah BN akan tumbang dalam PRU akan datang.

Dalam soal berpolitik pakatan pembangkang sebenarnya tak cerdik. Dalam soal fitnah dan propaganda, YA. Bab itu mereka memang cekap.

Majoriti rakyat Malaysia tidak suka kepada perhimpunan yang mengganggu kehidupan seharian mereka atau kekecohan. Tapi itulah yang mereka pilih. Apabila tidak dapat sokongan rakyat, mulalah buat tuduhan kerajaan dan SPR menipu.

Seperti yang saya kata diatas, mereka ingat apabila mereka dapat sokongan 20-30 ribu pengikut mereka, maka seluruh rakyat Malaysia menyokong mereka.

Contoh kebodohan mereka berpolitik. Kes flat Kg Kerinchi. Di sana ada 477 keluarga yang diminta berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan rumah baru untuk mereka. Rumah ganti sementara dan segala urusan pemindahan ditanggung beres. Apabila rumah baru siap mereka akan kembali ke tempat itu dengan rumah yang lebih selesa dan bernilai lebih tinggi.

Seramai 433 orang gembira dan setuju dengan tawaran yang diberikan kerajaan. Datang pembangkang hasut 34 orang supaya jangan berpindah dan lawan kerajaan. BN dapat sokongan 433 orang, PKR pula dapat sokongan 34 orang. Jadi, siapakah yang lebih cerdik ?

Jika ditakdirkan dalam 433 orang itu ada 100 orang penyokong pembangkang, mereka pun akan jadi benci kepada pembangkang kerana tindakan-tindakan bodoh itu.   Bila kalah pilihanraya, SPR yang disalahkan. Padahal mereka yang bodoh.

Begitu juga dalam hal penyenaraian Felda. Disaat ribuan peneroka-peneroka Felda bersetuju dan gembira dengan langkah yang diambil kerajaan untuk menyenaraikan Felda , pembangkang pula cari sokongan 8 orang peneroka Felda pergi fail injuksi untuk halang mesyuarat.

Sudah tentu yang ribuan orang lagi akan marah. Apabila datang pilihanraya nanti dan mereka kalah, SPR lagi yang menjadi mangsa.

Beberapa kerat pemimjam-pemimjam PTPTN yang enggan bayar hutang, itu mereka pertahankan. Dengan anggota polis yang ratusan ribu orang mereka bergaduh. Apabila kalah undi Pos, SPR juga yang disalahkan.

Penjenayah seperti Kugan, mereka pertahankan sampai ke lubang kubur. Orang yang menjadi mangsa jenayah sudah tentu akan marah. Apabila orang tolak mereka dalam pilihanraya, SPR juga yang disalahkan.

Hassan Ali orang yang mendapat sokongan orang-orang Melayu di Selangor mereka pecat. Khalid Samad yang dibenci orang-orang Melayu di Selangor mereka julang. Apabila kalah pilihanraya, SPR juga yang kena.

Menjelang pilihanraya yang tidak berapa lama lagi dan mereka sedar yang mereka semakin ditolak oleh rakyat, maka mereka akan gerakan satu perhimpunan Sabtu ini kononnya nak protes sistem pilihanraya yang dikatakan tidak betul.

Semuanya untuk mengabui mata rakyat bagi menutup kesalahan sendiri dan membuat tuduhan jahat kepada kerajaan.

Teruskanlah perhimpunan Sabtu ini dan kalau boleh beraraklah keliling KL. Ada maklumat yang mengatakan mereka nak duduk di Dataran Merdeka sehingga 1 Mei.

Duduklah sampai pilihanraya pun tak mengapa. Lagi kamu buat bodoh lagi kami sokong kerana kebodohan kamu menguntungkan kami.

rbfonline.net

posted from Bloggeroid













Itah Binti Idi 81 tahun tinggal bersama dengan suaminya narudin bin gani berusia 82 tahun yang beralamat di kampung tanjung bundung bintangor.Apa yang meresahkan Itah adalah rumahnya telah dibaikpulih atap pada oktober 2011 tahun yang lalu masih lagi bocor bila musim hujan melanda.menurut beliau lagi hanya bahagian depan dan sedikit bahagian yang diganti atap.


Tidak semua atap rumah nya yang diganti.Perkara ini amat menyedihkan Itah memandangkan beliau dan suaminya telah berumur dan tidak berapa sihat.Pada masa sekarang suaminya kurang deria pendengaran.Itah bersedih kerana beliau perlu menakung air hujan dengan baldi kerana kebocoran.


Beliau berharap agar pihak berkenan dapat perhatian.Perkara ini telah dibawa kepada pengetahuan Ketua kaum tanjung bundung Encik Dollah bin Narudin dan beliau berkata beliau telah membawa perkara ini keatas dan menghubungi pihak kontraktor yang membuat projek tersebut tapi malang tiada tindakan langsung.


Pada 21 April 2012 lalu, kita dikejutkan dengan berita seorang penuntut perempuan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah terjun dari bangunan dan maut. Salah satu puncanya kenapa Fatimah Mina Md Juferi melakukan perbuatan itu ialah beliau dikatakan mengalami masalah gangguan makhluk halus, sehingga maut selepas terjatuh dari sebuah bangunan lima tingkat di universiti itu kelmarin.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Datuk Dr Junaidi Abu Bakar berkata, dalam siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa, Fatimah Mina Md Juferi, 22, mengalami masalah itu sebelum mengikuti kursus di UPSI dan masih menjalani rawatan tradisional bagi mengatasi gangguan itu.

Sehubungan itu, beliau tidak menolak kemungkinan unsur mistik menyebabkan mangsa terjatuh dari bangunan E-Learning kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.

“Malah, saya dimaklumkan rakan serumah mangsa yang dia berkelakuan pelik sebelum ini termasuk bercakap sendirian dan menangis,” katanya yang dihubungi semalam. 

Fatimah, pelajar tahun dua Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang berasal dari Bakri, Muar, Johor, ditemui terbaring di bawah bangunan berkenaan dengan kecederaan parah di beberapa bahagian badan, termasuk patah rusuk kiri dan kanan, kaki kanan serta kedua-dua bahunya.





Ini pula komen kawan arwah...KLIK SINI

KOTA BHARU - Seorang pembantu kedai jual ayam terkejut apabila menemui mayat isterinya tergantung di tali buaian yang diikat di alang rumah mereka di Taman Tengku Panglima, Wakaf Mek Zainab, di sini petang kelmarin.

Zulkifli Azmi, 25, menemui mayat isterinya, Apinyar Datubahae, 26, tergantung di bilik di tingkat atas, kira-kira jam 3 petang, ketika pulang untuk menghantar makanan.

Zulkifli memberitahu pemberita kejadian tersebut disedarinya apabila mendengar anak tunggalnya, Siti Nur Aishah Ateiyra, sembilan bulan, menangis.

“Pelik dengan tangisan itu, saya terus ke tingkat atas dan terkejut melihat mayat isteri saya tergantung di tali buaian anak kami,” katanya.

Zulkifli berkata, dia memberitahu bapanya, Azmi Omar, 50, dan adiknya, Muhammad Zaidi, 17, berhubung kejadian berkenaan, sebelum menghubungi polis serta jiran-jiran mereka.

Menurutnya, kali terakhir dia bertemu isterinya adalah kira-kira jam 8 pagi kelmarin semasa pulang menghantar nasi. Masa itu, isterinya sedang menyusu anak mereka.

Dia berkata, sejak dua bulan lepas setelah balik dari Wing, Thailand, isterinya tiba-tiba menjadi pemarah.

“Dia pernah mengelar pergelangan tangannya apabila tertekan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman, memberitahu mayat Apinyar dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini untuk bedah siasat.


- http://mediapermatangpauh.blogspot.com/2012/04/isteri-muda-bunuh-diri-di-kelantan.html?m=1

posted from Bloggeroid


alt


KABUL, 20 Apr - Gambar anggota tentera Amerika Syarikat menghina mayat musuh mereka diramal mencetuskan protes baru anti Amerika di Afghanistan, selepas akhbar Los Angeles Times (LAT) menyiarkan 18 foto berkenaan menyebabkan pejuang Taliban segera berikrar membalas dendam.

Pada 2012, satu skandal meletus setiap bulan yang menjejaskan hubungan antara Amerika dan kerajaan Afghanistan selain menggugat usaha memerangi Taliban.

Pada Januari lalu, satu video menunjukkan Marin Amerika kencing ke atas mayat Taliban disusuli isu membakar al-Quran pada bulan Februari manakala pada Mac lalu, seorang askar Amerika mengamuk dengan membunuh 17 penduduk di kediaman mangsa.

Pada bulan ini, LAT menyiarkan gambar menunjukkan insiden pada 2010 apabila beberapa askar bergambar dengan mayat musuh, seorang daripadanya meletakkan tangan mayat pada bahunya.

Selain mencetuskan kemarahan tempatan, ia juga menimbulkan desakan baru di negara anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) supaya mengundurkan askar dari medan perang tidak popular itu.

“Di Barat, ada tanggapan kuat bahawa askar NATO memerangi keganasan selain membantu membina semula Afghanistan. Insiden seperti ini memperkuatkan persoalan apa sebenarnya kita lakukan di sana,” kata pemerhati Rangkaian Penganalisis Afghanistan, Martine van Bijlert.

"Bagi penduduk Afghanistan, ia mengesahkan pandangan tempatan mengenai askar Amerika dan antarabangsa iaitu mereka tidak peduli ataju menghormati mereka,” katanya lagi.

Kejadian berlaku pada Februari 2010 apabila unit payung terjun Divisyen ke-82 Pasukan Tempur Briged ke-2 dihantar ke balai polis wilayah Zabul untuk memeriksa mayat penyerang bunuh diri.

Anggota tentera itu diarah mendapatkan cap jari dan mengimbas mata mayat tetapi sebaliknya mengambil peluang untuk bergambar, lapor LAT.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Leon Panetta berkata, pihak bertanggungjawab akan dihukum tetapi pada masa sama kesal dengan langkah LAT menyiarkan gambar itu sekalipun dinasihatkan tidak berbuat demikian.

Tetapi, itu tidak lagi penting bagi penduduk Afghanistan seperti Obaidullah, 20, siswazah menganggur di Kabul.

“Tentera Amerika yang bergambar dengan mayat pemberontak menunjukkan mereka tidak datang ke Afghanistan untuk berkhidmat dengan kami. Perbuatan mereka hanya akan memaksa penduduk Afghanistan menentang mereka,” katanya.

“Saya rasa kita perlu tunggu hingga selepas solat Jumaat untuk melihat sejauh mana gambar itu memberi kesan,” kata wakil Kumpulan Krisis Antarabangsa, Candace Rondeaux.

“Saya juga menganggap bahawa apa yang berlaku jelas menunjukkan askar Amerika yang sudah banyak kali bertugas di Iraq dan Afghanistan semakin muak dengan keadaan dan semangat mereka sudah banyak terjejas,” katanya lagi.
KUALA LUMPUR: Lynas Corporation Limited memulakan prosiding saman fitnah di Mahkamah Tinggi di sini terhadap portal berita 'Free Malaysia Today', berhubung apa yang didakwanya sebagai kenyataan palsu dan mengelirukan dalam artikel siarannya baru-baru ini.

Dalam kenyataan pada Jumaat, syarikat itu berkata ia juga telah memulakan prosiding saman fitnah terhadap sebuah kumpulan dikenali sebagai 'Save Malaysia, Stop Lynas', pengarah dan beberapa anggota jawatankuasanya.

Prosiding itu adalah berhubung kenyataan yang didakwa palsu serta mengelirukan yang terkandung dalam surat terbuka yang tersiar baru-baru ini dalam laman blog 'Save Malaysia, Stop Lynas'.

"Lynas telah, dan akan mengemukakan representasi undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap orang yang menyiarkan kenyataan berbentuk fitnah atau maklumat tidak benar itu tentang Lynas atau operasinya," kata pengerusi eksekutifnya Nicholas Curtis.

Loji pemproses nadir bumi Lynas Corporation di Gebeng, Pahang menarik perhatian ramai berhubung aspek keselamatannya.

Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Projek Lynas dijadualkan melawat tapak loji itu di Gebeng pada 10 dan 11 Mei serta mengadakan pendengaran awam pertamanya di situ. Satu lagi pendengaran awam akan diadakan di Kuala Lumpur pada 21 Mei.

Dalam kenyataan itu, Curtis berkata: "Operasi Lynas akan selamat dan mematuhi standard alam sekitar, kesihatan dan keselamatan yang ditetapkan undang-undang Malaysia serta diaudit Agensi Tenaga Atom Antarabangsa.

"Undang-undang ini mencerminkan atau melebihi standard antarabangsa," katanya.

Beliau berkata Lynas sering mengadakan perbincangan dengan masyarakat Malaysia dan akan terus berbuat demikian selagi loji itu beroperasi.

"Bagaimanapun, kami bimbang kenyataan yang berbaur fitnah akan menyemai rasa takut dan bimbang yang tidak bersebab dalam kalangan orang ramai tentang operasi kami," katanya. BERNAMA
- http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2012/4/20/mstar_berita/20120420192341&sec=mstar_berita

posted from Bloggeroid


isu rumah kuda menjadi isu hangat di Bintangor...dikatakan ada tempat BARU  mempunyai pelbagai alat perjudian internet dipasang di premis ini....Apa yang meradong today  risau kan adalah remaja bawah umur sering kali dikatakan masuk ke premis ini....

Bila perkara ini dikatakan pihak berkuasa telah di tutup mata?
meradong today berharap jangan hanya wang ringgit masa depan anak bangsa kita diperjudikan juga...ramai yang telah hanyut dan jangan biarkan yang baru BUJANG hanyut dialam perjudian internet ini...

Selain itu MT ini mengusapkan syabas kepada "sungairejang "yang mengupload isu perjudian di youtube...Tahniah kerana berani bertindak sedemikian rupa!!!


SHAH ALAM: Selepas sekian lama menghilang, nama Arifin Mamat, 69, atau lebih dikenali sebagai Ayah Pin, muncul semula apabila sebuah laman facebook (FB) dipercayai didalangi pihak tidak bertanggungjawab dikesan memuatkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap Islam dan negara.
Laman FB yang dikatakan mula dibuka Sabtu lalu, dipercayai didalangi pihak yang cuba menyebar dan mempengaruhi orang ramai ajaran kerajaan langit yang sebelum ini dibawa Ayah Pin dan difatwakan sesat oleh pihak berkuasa agama negara ini.
Selain penggunaan perkataan menghina agama di laman yang menggunakan gambar Ayah Pin dan baru mempunyai empat pengikut itu, terdapat sesalinan perakuan murtad serta salinan daftar pemilih yang disahkan membabitkan kawasan pilihan raya bagi ketua ajaran sesat kerajaan langit terbabit.

Kemungkinan laman FB itu digunakan pihak lain untuk menghina Islam juga tidak boleh ditolak berdasarkan penggunaan bahasa Inggeris dalam pos terbarunya jam 6.15 petang kelmarin yang berbunyi “I cant send friend request because fb suspend it for 2 days and fb urge me to cancel friend all request, what the heck! fb is not user friendly la lagu ni”'.

Semakan Berita Harian terhadap akaun FB itu turut menemui beberapa kata-kata penghinaan seperti ‘Malaysia Babi’ yang dipos pada jam 1.13 tengah hari 15 April lalu serta pos bertarikh 15 April jam 2.24 petang yang berbunyi: “Tidak lama lagi akan mengundi, semoga Dewa Iswara dan Dewa Indra memanjangkan umur saya”.

Setakat ini laman FB Ayah Pin yang menerima komen daripada lebih 56 pembaca turut memuatkan beberapa perkataan lain yang boleh dianggap menghina antaranya, yang diposkan semalam berbunyi “Alhamdulillah ana sudah murtad!! Bebas dari agama palsu!!”
Dalang laman FB itu turut memasukkan secara jelas salinan daftar pemilih yang disahkan menerusi semakan komputer mengandungi nama Arifin Mamat, bernombor kad pengenalan 430622035313, bertarikh lahir 23 Jun 1943, tempat mengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Besut serta kawasan mengundi di Parlimen Besut.

Niat buruk pemilik akaun laman itu untuk menghina Islam jelas apabila pada ruangan info pemiliknya memaparkan gambar Ayah Pin dan tertulis perkataan ‘Ayah Pin Islam agama palsu’ sehingga membuatkan orang ramai mendesak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak segera menutup akaun laman FB berkenaan.

Pengguna, Zaidi Abas, 48, mendesak pihak berkuasa bertindak segera bagi mengelakkan ia mempengaruhi fikiran terutama generasi muda yang cetek pengetahuan agama.

“Ini amat keterlaluan terutama perkataan yang digunakan nyata menghina Islam dan negara kita. Sama ada akaun laman ini dibuka pihak lain atau Ayah Pin sendiri, itu menjadi tugas SKMM menyiasatnya.

“Mungkin ia bukan dibuka oleh Ayah Pin kerana ada pos yang ditulis menggunakan bahasa Inggeris, tetapi kita tidak boleh memandang ringan perkara ini,” katanya.


sumber-berita harian

posted from Bloggeroid



Apa sebenarnya yang sedang berlaku? Itu yang terlintas di akal aku ketika melihat gambar di atas neh. Gambar di atas neh sebenarnya telah tersebar ke semerata wall dan ia mengundang persepsi negatif kepada makcik2 yang berada dalam kedai tersebut.

Mula2 korang mesti terfikir, betul ke mereka neh makcik2? Ya, aku yakin berdasarkan kepada cara mereka berpakaian. Ia lebih kepada penampilan makcik2. Masalahnya sekarang apabila gambar seperti neh ditangkap dan disebarkan di facebook, tanpa keterangan lanjut ia sebenarnya telah mengundang fitnah kepada makcik2 dalam gambar di atas neh.

Ramai sungguh yang mencela makcik-makcik di atas. Mereka bukan nak fikir ehh apa makcik-makcik tu buat dalam tu.. sebaliknya ramai yang terus melontarkan tuduhan yang makcik pun main nombor ekor, dahla pakai tudung tak sedar diri berjudi dan pelbagai lagi komen-komen negatif dilemparkan terhadap mereka. Tapi yang pasti gambar ni tiada penjelasan yang muktamad. Hanya sekeping gambar

sumber:http://azmykelanajaya.blogspot.com/2012/04/foto-giloo-mak-cik-bertudung-beratur-d.html

alt


UCAPAN YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA SEMPENA PEMBENTANGAN
RANG UNDANG-UNDANG BARU PADA 16 APRIL 2012 (ISNIN) 10.00 PAGI BERTEMPAT DI DEWAN PARLIMEN, KUALA LUMPUR



Bismillahirrahmanirrahim

"Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan Rang Undang-Undang bernama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dibacakan kali yang kedua sekarang.”

Tuan Yang  di-Pertua, Ahli-ahli Yang Berhormat,
1.    Di ambang hari Malaysia 16 September 2011 yang lalu, saya telah mengumumkan inisiatif Program Transformasi Politik Negara atau PTP yang melibatkan pembatalan 3 Proklamasi Darurat, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad dan Akta Buang Negeri, Penggubalan Akta Perhimpunan Aman termasuklah pemindaan Akta  Mesin Cetak dan Penerbitan.

2.    Serentak dengan itu, setelah tujuh bulan berlalu, bukan sekadar semua komitmen ini sedang dilunaskan, kita juga meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti sebagai mengiktiraf kematangan juga hak perlembagaan mahasiswa mahupun mahasiswi terlibat dalam politik berparti.

Tuan Yang di-Pertua,
3.    Menghalusi komponen-komponen Dasar Transformasi Nasional, Program Transformasi Kerajaan atau GTP melalui Program Transformasi Luar Bandar atau RTP lebih responsif kepada keutamaan massa bagi memastikan masyarakat luar bandar memiliki kemudahan prasarana asas yang moden dan mencukupi. Program Transformasi Ekonomi atau ETP bersesekali dengan Model Baru Ekonomi atau NEM pula bertujuan mencapai matlamat nasional menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.

4.    Sehubungan itu, sering kita sebutkan, seandai terkedepan dari segi infrastruktur fizikal atau material semata-mata tanpa kematangan institusi serta wacana politik nasional, mana mungkin mencerminkan kemajuan sebenarnya.

5.    Dalam kata lain, kita ingin merealisasikan potensi Malaysia, bukan setakat menjadi negara demokratik, tetapi lebih daripada itu, untuk melonjakkan tempatnya pada kedudukan disegani di kalangan komuniti negara-negara yang menghormati hak asasi manusia. Lantaran itulah, inisiatif PTP ini bermatlamat bagi memastikan proses pembaharuan dan perubahan nasional dilaksanakan dengan tuntas.

6.    Sememangnya ini adalah satu proses berterusan dan menuntut komitmen semua rakyat Malaysia. Ia bukan misi singkat yang mengambil masa sehari, seminggu, sebulan mahupun setahun, sebaliknya ia memerlukan iltizam bersifat generasi ke generasi.

Tuan Yang di-Pertua,

7.    Jelas sekali, perubahan dan pembaharuan lanskap politik yang sedang kita lakukan kini melalui PTP adalah bagi menangani kejayaan membangunkan negara selama lebih separuh kurun semenjak merdeka. Ia hasil usaha tidak kunjung jemu oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf hidup dan sosioekonomi, menyediakan prasarana fizikal moden, membuka akses kepada prasarana teknologi maklumat serta komunikasi yang menyeluruh sekaligus pelaburan besar dalam bidang pendidikan.

8.    Melalui pindaan, pemansuhan dan penggubalan undang-undang yang sedang berjalan, kerajaan mahu memastikan ruang demokratik mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea. Pucuk pangkalnya, kita mahu mencipta sebuah Malaysia di mana prinsip hak asasi manusia dijunjung, kebebasan individu untuk berhimpun secara aman dan untuk menyatakan pendapat secara terbuka diraikan, seraya kepentingan individu dan  komuniti diimbangi.

9.    Berdiri di muka gerbang semua ini, segalanya kita mampu gemblengkan kerana kita yakin dengan kematangan semua, kerana kita yakin dengan kesediaan rakyat Malaysia, dan mustahaknya kita yakin bahawa ini adalah perkara yang betul dan wajar untuk dilakukan. Apa yang penting, setiap hak mahupun kebebasan mestilah bersulam dengan tanggungjawab, dengan izin, “freedom with responsibility”.

Tuan Yang di-Pertua,

10.    Jika ditinjau, senario antarabangsa sekalipun, peristiwa dan waktu menunjukkan untuk mencapai tahap demokrasi yang ada seperti hari ini, Amerika Syarikat dan United Kingdom mengambil tempoh berabad lamanya melalui proses perlembagaan, perang saudara, perundangan malah usaha tanpa henti oleh masyarakat sivilnya.

11.    Lain halnya, kita bersyukur kepada Tuhan bahawa usaha evolusi demokrasi negara ini tidak melibatkan pertumpahan darah bahkan ia berkait rapat dengan evolusi sosioekonomi. Seperti diimbas lebih lima dekad  yang lalu, Timbalan Perdana Menteri Malaya pada ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak, dalam dewan yang mulia ini juga telah membentangkan rang undang-undang Keselamatan Dalam Negeri 1960 bagi menyediakan negara  dengan perkakasan perundangan yang perlu  bagi mempertahankan sistem Raja Berperlembagaan,  Demokrasi Berparlimen, keluhuran Perlembagaan serta kedaulatan undang-undang pasca tamatnya era darurat.

12.    Jadinya, hari ini amat bersejarah dalam menyisir  susur galur  demokrasi Malaysia. Pentadbiran kini yang sentiasa prihatin merasai denyut nadi rakyat, yang sentiasa mendengar keluh kesah mereka, dan sentiasa mendakap aspirasi massa telah mengambil keputusan untuk memansuhkan ISA. Kita hakikatnya telah memasuki era demokrasi yang lebih matang di mana peranan kerajaan berubah daripada menjadi penentu dan pengukur tahap kematangan rakyat kepada pelindung agar mereka dapat menikmati hak-hak asasi  yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua,

13.    Tidak ada sesiapa pun mampu menafikan bahawa selama lebih setengah abad kewujudannya, ISA berperanan bagi melindungi  cara hidup demokratik di negara tercinta ini. Ironisnya, undang-undang yang dianggap “draconian” ini telah memastikan demokrasi, hak asasi manusia dan “human dignity” dilindungi di Malaysia berbanding alternatif lain jika negara ditadbir oleh sistem kediktatoran komunis.  

14.    Namun, masa telah beralih dan peranan ISA telah tiba ke penghujungnya.  Kerajaan menyedari hakikat ini dan komited bagi memacu Malaysia ke arah masa depan yang lebih progresif.      

15.    Hari ini sudah lebih dua dekad pemberontakan bersenjata Parti Komunis Malaya  dan Parti Komunis Kalimantan Utara berakhir. Ideologi komunisme sudah tidak lagi mendapat tempat sebagai asas pemerintahan negara-negara di dunia. Namun, berakhirnya ancaman ideologi ini tidaklah membawa era keamanan global yang diharapkan sebaliknya ia menyaksikan ancaman komunisme diganti oleh ancaman keganasan  antarabangsa yang berteraskan ideologi ekstrimisme.

16.    Kedua-dua ideologi ini walaupun berbeza, namun mempunyai titik persamaan matlamat, iaitu kedua-duanya mahu  merubah corak pemerintahan negara yang berteraskan Demokrasi Berparlimen  dengan menggunakan keganasan  dan cara-cara tidak berperlembagaan. Soalnya, matlamat ini sama sekali tidak dapat diterima oleh rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemajmukan.

17.    Oleh yang demikian, menangani cabaran anti demokratik pasca komunisme yang lebih kompleks dan canggih, negara bukan sahaja memerlukan perisai iaitu kematangan politik rakyat tetapi juga pedang di dalam bentuk Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012. Rang undang-undang ini mewujudkan  langkah-langkah khas diperlukan untuk menangani kes-kes keselamatan seperti yang terkandung dalam Bab Enam Kanun Keseksaan.

18.    Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012 digubal di bawah lembayung  Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Keluwesan diberi kepada kerajaan untuk menggubal  perundangan yang tidak selaras dengan Perkara-Perkara  5 dalam hal kebebasan diri, Perkara 9 berkaitan larangan buang negeri dan kebebasan bergerak, Perkara 10 berhubung kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan serta  Perkara 13 tentang Hak terhadap harta.

19.    Hendaklah diketahui bahawa, meskipun Rang Undang-Undang ini akan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Rang Undang-Undang ini tidak akan menjejaskan penahanan orang yang sedang ditahan kecuali perintah itu dibatalkan oleh Menteri Dalam Negeri.

20.    Di bawah pindaan undang-undang ini, aktiviti “menjejaskan demokrasi berparlimen” ditafsir sebagai suatu aktiviti yang dilakukan oleh seorang atau kumpulan orang dengan tujuan untuk menggulingkan atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara yang ganas dan tidak berlandaskan Perlembagaan.

21.    Secara mudahnya jika ada mana-mana rakyat Malaysia sama ada individu, kumpulan atau parti politik berhajat merubah teras asas pemerintahan negara iaitu Demokrasi Berparlimen kepada misalnya pemerintahan yang bersifat teokratik, mereka haruslah menggunakan cara-cara yang diabsahkan oleh Perlembagaan Persekutuan yakni melalui peti undi untuk mendapat sokongan majoriti rakyat. Ini bersesuaian dengan prinsip bahawa rupa bentuk Kerajaan hanya boleh ditentukan oleh rakyat itu sendiri.

Tuan Yang di-Pertua,

22.    Menyedari bahawa rang undang-undang ini digubal di bawah Perkara 149 dan ia membenarkan penahanan individu oleh pihak polis untuk tujuan siasatan yang  luar dari norma kebiasaan tatacara jenayah dan undang-undang keterangan yang lazim, maka, kerajaan telah mengambil keputusan mengadakan beberapa lindung jamin atau “safeguards” seperti berikut;

23.    Pertama  melalui peruntukan Seksyen 4 Sub-Seksyen 3, “tiada seorang pun boleh ditangkap dan ditahan di bawah seksyen ini semata-mata atas kepercayaan politiknya atau aktiviti politiknya”. Ini membawa maksud perlindungan kepada penglibatan dalam aktiviti yang sah di sisi undang-undang melalui :-

         (a)    pernyataan pendapat atau   pengambilan tindakan yang dibuat menurut rukun suatu parti politik yang pada masa yang berkaitan itu berdaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang terbukti melalui-

    keanggotaan atau  sumbangan kepada parti itu; atau

    penyertaan terbuka dan aktif dalam hal ehwal parti itu;

           (b)    pernyataan pendapat yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau

            (c)    pengambilan tindakan yang ditujukan terhadap mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan.

24.    Kedua, pemansuhan kuasa Menteri Dalam Negeri  untuk menahan tanpa perbicaraan mana-mana individu. Fasal 4 rang undang-undang baru ini menyentuh tentang kuasa penangkapan dan penahanan. Di bawah fasal ini, polis mempunyai kuasa khas untuk menangkap dan menahan mana-mana orang yang polis mempunyai sebab untuk mempercayai bahawa orang itu terlibat dengan kesalahan keselamatan.

25.    Perlu ditekankan disini bahawa, kuasa penangkapan dan penahanan ini adalah untuk tujuan penyiasatan semata-mata. Orang yang ditangkap dan ditahan di bawah fasal ini boleh ditahan untuk tempoh 24 jam bagi maksud penyiasatan. Walau bagaimanapun, polis boleh melanjutkan tempoh tahanan tidak lebih daripada 28 hari bagi maksud penyiasatan.

26.    Selanjutnya, jika polis berpandangan bahawa, penahanan lanjut tidak diperlukan selepas 24 jam atau pada bila-bila masa selepas itu, maka, orang itu boleh dilepaskan tetapi boleh dipasang dengan peranti pengawasan bagi maksud penyiasatan bagi suatu tempoh masa yang  tidak melebihi baki tempoh tahanan yang dibenarkan.

27.    Mereka yang ditangkap bebas untuk membuat permohonan habeas corpus di mahkamah dan boleh mencabar alasan tahanan dan tatacara tahanan. Ringkasnya, kuasa semakan kehakiman dikembalikan sepenuhnya kepada Mahkamah bukan seperti peruntukan dalam ISA yang menghalang kuasa semakan kehakiman kecuali dalam tatacara tahanan. Berkaitan itu, ingin ditegaskan bahawa kerajaan dan pihak berkuasa akan menghormati apapun keputusan yang dibuat oleh mahkamah. Dalam erti kata lain, seseorang yang telah dilepaskan, tidak akan ditahan semula, atas siasatan kesalahan yang sama.

28.    Ketiga, ialah “sunset clause” bagi tempoh tahanan 28 hari hendaklah disemak tiap-tiap lima tahun dan hendaklah terhenti berkuat kuasa melainkan, jika, apabila semakan dibuat, suatu ketetapan diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen untuk melanjutkan tempoh kuat kuasa peruntukan itu.

Tuan Yang di-Pertua,

29.    Lindung jamin keempat ialah Fasal 5 memperuntukkan bahawa apabila seseorang ditangkap dan ditahan di bawah fasal 4, polis yang menjalankan penyiasatan hendaklah memberitahu waris kadim atau “next-of-kin” orang yang ditangkap dan ditahan itu  sesegera mungkin mengenai penangkapan dan penahanannya. Pihak polis juga hendaklah memenuhi hak mengguami atau, dengan izin, “right to attorney”, si ditahan tidak lewat daripada 48 jam.

30.    Lindung jamin kelima, dalam jangka masa yang tidak lebih daripada tamatnya tempoh tahanan, pegawai polis yang menjalankan siasatan itu perlu menghantar Kertas Siasatan kepada pendakwaraya di mana beliau hendaklah membuat keputusan sama ada mendakwa tertuduh di mahkamah atau membebaskannya. Ini bererti, tidak akan ada tahanan selepas tempoh 28 hari.

31.    Lindung jamin keenam ialah apabila Akta ini berkuat kuasa, Kerajaan juga akan menubuhkan suatu Jawatankuasa secara pentadbiran untuk menyemak keseluruhan Akta ini dari masa ke semasa dan Jawatankuasa ini akan juga bertanggungjawab untuk meneliti pelaksanaan Akta tersebut dan mengemukakan syor untuk penambahbaikan. Jawatankuasa ini akan dianggotai bukan sahaja oleh agensi yang berkenaan tetapi juga Presiden Majlis Peguam dan SUHAKAM.

32.    Lindung jamin terakhir dan terbesar adalah kuasa dan kehendak rakyat. Kita harus maklum bahawa, di tangan rakyatlah kuasa setiap lima tahun untuk mengamanahkan parti atau gabungan parti mana yang hendak diberi kuasa sebagai kerajaan. Itulah teras asas sistem demokrasi berparlimen.

Tuan Yang di-Pertua,

33.    Bahagian V rang undang-undang ini pula memperkatakan  perbicaraan kes kesalahan keselamatan. Di bawah Bahagian ini terdapat 2 fasal iaitu fasal 12 yang memperuntukkan bahawa kes yang melibatkan kesalahan keselamatan akan dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi. Dengan mengambil kira keseriusan kesalahan keselamatan, adalah dicadangkan supaya mahkamah khas diwujudkan secara pentadbiran untuk mendengar kes-kes keselamatan di bawah Rang Undang-Undang ini. Para Hakim yang berpengalaman akan diberi pendedahan kepada semua bentuk kesalahan keselamatan dan peruntukan undang-undang yang akan digunakan.

Tuan Yang di-Pertua,

34.    Pembentangan rang–rang undang kesalahan keselamatan 2012 ini, tidak bermakna berakhirnya usaha yang telah dimulakan tujuh bulan lalu. Pastinya, kerajaan akan meneruskan usaha perubahan dan pembaharuan politik yang mulia ini. Untuk itu, suka saya mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula secara komprehensif Akta Hasutan tanpa mengenepikan apa-apa  opsyen.

35.    Paling utama, tiga prinsip perlu kekal dalam sebarang evolusi kerangka perundangan baru ini adalah untuk menangani perbuatan dan perlakuan berikut yang :-

i)    mendatangkan kebencian atau penghinaan atau bagi membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Raja;

ii)    mengembangkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum atau golongan penduduk yang berlainan di Malaysia; atau

iii) mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogatif yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 151, 153 dan 181 Perlembagaan Persekutuan.

Tuan Yang di-Pertua,

36.    Kerajaan juga akan menggubal rang undang-undang baru bagi menggantikan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984. Rang undang-undang baru ini akan mengekalkan janji kerajaan untuk menghapuskan keperluan pembaharuan tahunan lesen penerbitan serta menubuhkan Majlis Media yang akan melaksanakan kawal-selia kendiri industri, atau dengan izin, “self regulatory”.

37.    Sememangnya lagi, kita tidak takut dan gentar bagi bersaing dalam gelanggang demokrasi, kita tidak takut berbanding  idea serta  dasar dengan sesiapa pun. Kerajaan bersikap terbuka kerana kita percaya era kerajaan mengetahui segala-galanya telah berakhir, dan kita akur bahawa era kerajaan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan telah melabuhkan tirainya.  

38.    Dari yang demikian, kita percaya kita telah melakukan yang terbaik demi rakyat Malaysia. Kita akan terus melaksanakan yang terulung untuk rakyat Malaysia. Memang ternyata, kerja kita masih belum selesai. Kita perlu berikhtiar dengan lebih keras bagi memastikan anak-anak Malaysia hidup dalam sebuah negara yang aman sejahtera, makmur lagi bebas daripada ketakutan, kegundahan dan kebimbangan.

39.    Pokoknya, kita sedang mencipta sebuah negara di mana keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang menjadi payung kepada setiap individu, agar bebas menyuarakan pendapat, mengkritik, menyokong, berbeza pandangan, bersiasah, mahupun  menganggotai apa-apa pertubuhan. Pendek kata, tidak ada sesiapa akan dihukum hanya-sanya kerana menjalankan hak-hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang negara.

40.    Akhir kalam, kita idam-idamkan sebuah Malaysia yang terbaik untuk warganya sebagai tanah tumpah darah mereka. Demi itu, Kerajaan Barisan Nasional akan tetap berdiri teguh, sesekali tidak akan berundur, bahkan berkobar-kobar meneruskan proses tajdid dan islah nasional, menyongsong nahdhoh keemasan demokrasi Malaysia. InsyaAllah.

Tuan Yang  di-Pertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih.
 sumber:http://www.klpos.com/ekslusif/3809-najib-bentang-rang-undang-undang-kesalahan-keselamatan-2012
| Copyright © 2013 MERADONG TODAY