'/>

Benarkah kaum cina kurang yakin dengan PR?

Dengan bahang pilihanraya semakin terasa,parti-parti politik di Malaysia semakin kuat bekerja. Walaupun tiada siapa yang tahu bila tarikh tepat pilihanraya, tetapi dari gelagat ahli-ahli politik,terasa seolah-olah pilihanraya akan diadakan esok atau lusa.Pakatan Haram,sebagai parti yang tidak perlu bertanggungjawab atas apa-apa melipatgandakan aktiviti berkempen walaupun mereka sememangnya berkempen sepanjang masa.Pakatan Haram sebolehnya cuba meyakinkan para penyokong mereka bahawa mereka mampu menang kali ini.Malah,mereka juga sering mewar-warkan bahawa mereka sepatutnya mampu menang sebelum ini,sekiranya pilihanraya yang diadakan adalah adil dan bersih.

Ramai yang terpedaya dengan propaganda pilihanraya tidak bersih dan tidak adil seperti yang ditohmah PR,Termasuk kaum Cina yang sebelum ini tidak begitu memberi perhatian terhadap politik jalanan. Kaum Cina selalunya hanya memberi tumpuan pada politik untuk satu tujuan iaitu memastikan pengukuhan ekonmi kaum mereka. Tetapi, akibat hasutan yang berterusan,ramai kaum Cina termakan strategi Pakatan Haram yang memburukkan kerajaan dan mula percaya bahawa tahap ketelusan dan keadilan pilihanraya di Malaysia adalah amat buruk sekali.Mereka yang rata-ratanya menjadikan Malaysiakini dan akhbar-akhbar berbahasa Cina sebagai rujukan tidak lagi menerima apa-apa penjelasan dari pihak SPR atau kerajaan. Lanjutan dari itu, mereka memberi sokongan penuh kepada usaha untuk ‘membersihkan’ pilihanraya melalui BERSIH.

baca lanjut sini: http://badutrakyat.blogspot.com/2012/06/kisah-benar-kenapa-kaum-cina-makin.html?m=1

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY