Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sekali lagi menipu rakyat Pulau Pinang disebalik slogan CAT (Cekap, Telus & Akauntabiliti) dengan projek apabila menganugerahkan projek “Cadangan Reka & Bina Sebuah kilang 1 Tingkat Dan Pejabat 2 Tingkat Di Plot 306, Taman Perindustrian Batu kawan Untuk Penang Development Corporation Dan Kegunaan Malaysian Automotive Lighting Sdn. Bhd” (No. kontrak: PPP/TE 14/2012) secara rundingan terus atau “direct nego”.
Projek yang bernilai RM62juta ini telah dianugerahkan kepada DAYA CMT SDN. BHD. pada 19 mac 2012 yang lalu dan mesyuarat permulaan atau kick-off meeting yang diadakan pada 26 Mac 2012 yang lalu. Melihat kepada nilai sebanyak RM62juta sudah tentu ramai yang kurang yakin atau percaya.
Oleh yang demikian bukti pertama ialah berdasarkan carian maklumat keputusan tender-tender di dalam laman web rasmi PDC (sehingga 14 jun 2012) juga didapati tiada maklumat berkenaan kontrak bernombor PPP/TE 14/2012. Tidak cukup dengan itu, bersama ini juga dilampirkan minit mesyuarat kick-off meeting dan maklumat syarikat DAYA CMT SDN. BHD. yang diambil daripada laman web CIDB. (Sila klik imej untuk lebih jelas)
Kita semua sedia maklum ini bukanlah kali pertama Lim Guan Eng menipu rakyat Pulau Pinang tentang penganugerahan tender secara “direct nego”. Kali ini nilainya adalah sangat besar dan rakyat berhak mendapatkan penjelasan dan mengetahui kebenaran. Kita boleh agak apabila isu ini dibangkitkan kepada pengetahuan rakyat, seperti biasa Lim Guan Eng akan mengatakan bahawa tawaran yang dikemukan oleh syarikat DAYA CMT SDN. BHD adalah sangat kompetetif dan berpatutan (comparetative & reasonable price).
Maka beberapa hari kemudiannya akan terciptalah beberapa dokumen dan nama-nama syarikat yang kononnya turut serta membida tetapi harga yang ditawarkkan adalah terlalu tinggi. Mencipta dokumen, membohongi rakyat dan menunding jari kepada pihak yang cuba menegakkan kebenaran bukanlah perkara baru bagi Lim Guan Eng. Sudah beberapa kali Lim Guan Eng bersandiwara sedemikian dan janganlah terkejut untuk isu kali ini pun Lim Guan Eng akan menggunakan strategi yang sama.
Apapun isu utamanya ialah sejumlah RM62 Juta wang rakyat Pulau Pinang digunakan sewenang-wenangnya oleh Lim Guan Eng untuk mengenyangkan kroni-kroni beliau dan suku sakat kafir DAP melalui penganugerahan tender secara rundingan terus. Tindakan pemimpin kuku besi yang keji, rakus dan biadap ini dibuat tanpa rasa bersalah dan berdosa terhadap rakyat Pulau Pinang.
Paling mengejutkan ialah berdasarkan maklumat daripada Jurutera Perunding bebas, dianggarkan kos sebenar untuk pembinaan kilang 2 tingkat ini hanyalah sekitar RM25 juta ke RM30 juta sahaja. Ini kerana skop kerja pembinaan kilang ini hanyalah melibatkan kerja-kerja pembinaan (sivil) dan kemudahan infrastruktur asas (mekanikal & elektrikal) serta tidak melibatkan sebarang pembelian jentera atau mesin untuk operasi kilang.
Jika kos yang dianggarkan oleh Jurutera Perunding hanyalah sekitar RM25 juta ke RM30 juta sahaja, kini timbul persoalan ke mana perginya baki sebanyak RM32 juta ke RM37 juta lagi?
Menurut sumber dalaman Invest Penang, projek ini sebenarnya didalangi oleh Datuk Lee Kah Choon dan seorang lagi tali barut ialah Iskandar Basha Abdul Kadir iaitu Melayu munafik yang menjadi ahli seumur hidup DAP. Sudah semestinya juga yang memberikan kebenaran dan kelulusan untuk memberikan projek secara rundingan terus ini adalah Lim Guan Eng.
Iskandar Basha Abdul Kadir,ahli DAP seumur hidup.
Dalam merangka dan melaksanakan kerja-kerja jahat ini, Pengurus Besar PDC iaitu Dato’ Rosli Jaafar hanyalah bertindak sebagai “Pak Turut” atau “Boneka” sahaja yang tidak mampu berbuat apa-apa. Di atas kertas Dato’ Rosli Jaafar adalah Pengurus Besar tetapi hakikatnya yang lebih berkuasa di Ibupejabat PDC di Bayan Baru sekarang adalah Iskandar Basha Abdul Kadir.
Strategi keji dan jahat Lim Guan Eng di dalam PDC bermatlamat membunuh kerjaya semua professional Melayu yang berjawatan tinggi di dalam PDC dan menggantikan dengan bangsa Cina dan Melayu DAP. Ini jelas terbukti apabila hampir semua jawatan Ketua Pegawai Eksekutif / CEO anak-anak syarikat milik PDC yang dahulunya disandang oleh orang-orang Melayu kini disandang oleh orang Cina dan Melayu DAP.
Antara CEO Melayu yang menjadi mangsa pembunuhan kerjaya atau “career assassination” yang dilakukan oleh Lim Guan Eng adalah Osman Kalahan (PDC Properties S/B), Sabarul Aswadi (PDC Setia Urus S/B), Abdul Malik (PDC Telecommunication S/B), Ar. Khairil Hafizi (PDC Consultancy S/B) dan beberapa orang lagi.
Ini hanyalah sebahagian kecil pendedahan projek-projek mega yang diberikan kepada kroni-kroni. Entah berapa banyak lagi penganugerahan projek-projek mega dan tender-tender bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan secara terus hanya Lim Guan Eng sahaja yang tahu.
Begitu juga dengan strategi jahat yang sangat licik dalam membunuh kerjaya professional Melayu di dalam PDC dan pelan terancang Lim Guan Eng dan kafir DAP untuk memastikan kekayaan di dalam PDC menjadi milik mutlak Lim Guan Eng, kafir DAP dan kroni-kroni mereka.
Justeru itu, rakyat Pulau Pinang harus bangkit menentang pemimpin hipokrit, diktator dan kuku besi yang bernama Lim Guan Eng dan memastikan bahawa dalam pilihanraya akan datang Lim Guan Eng dan parti kafir DAP serta penyangak-penyagak lain di kalangan Pakatan Rakyat dinyahkan dari bumi Pulau Pinang.
Read more: http://www.pisau.net/2012/06/hot-guan-eng-tipu-rakyat-lagi-projek.html#ixzz1xum9t99j
No comments: