KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri warga emas ditemui mati setelah dipercayai bertengkar dengan seorang anggota keluarga di rumah mereka di Seri Kembangan dekat sini, awal pagi Rabu.
Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, Lee Yoke Mun, 73, dan isterinya Lee Kam Lin, 59, ditemui mati dengan kecederaan parah di kepala dipercayai akibat dipukul dengan sebatang besi oleh suspek, seorang lelaki berusia 44 tahun.
Ketua Polis Daerah Serdang Supt Abdul Razak Elias mengesahkan mengenai kejadian itu.
Sementara itu, jurucakap polis berkata mayat Yoke Mun ditemui di bahagian dapur rumah teres setingkat itu manakala mayat Kam Lin ditemui di tepi katil dalam bilik tidur mereka.
Pasangan itu tinggal serumah dengan suspek dan ibu bapanya sejak 50 tahun lepas.
Jurucakap itu berkata siasatan awal mendapati pertengkaran itu dipercayai berlaku setelah suspek, yang bekerja sebagai mekanik, tidak dapat menahan kemarahan kerana mendakwa diejek sebagai kurang siuman oleh kedua-dua mangsa menyebabkannya ia bertindak di luar kawalan.
Polis kemudian menahan suspek yang masih berada di rumah itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan manakala mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.
Sementara itu, jiran keluarga berkenaan yang enggan dikenali berkata beliau menghubungi polis bila terdengar jeritan orang meminta tolong. - BERNAMA
sumber: http://mstar.com.my/berita/jenayah/cerita.asp?file=/2012/6/20/mstar_jenayah/20120620170543&sec=mstar_jenayah

posted from Bloggeroid
No comments: