KUALA LUMPUR – Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.
Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.
Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.
Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.
Menurut polis, pihaknya akan menutup beberapa jalan di sekitar Jalan Duta menuju ke masjid dan kompleks mahkamah bagi memberi laluan kepada Himpunan Oren Selamatkan Felda.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah, Jalan Duta Mas Satu dan Sri Hartamas akan ditutup secara berperingkat sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.
Menurutnya, pihaknya akan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya lain.
“Peserta perhimpunan akan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta sebelum berarak ke pintu tiga Istana Negara.
“Kita menganggarkan 3,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini,” katanya pada taklimat media di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada laluan trafik akan berlaku.
Beliau berkata, anggotanya akan mengawal dan memantau keadaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keamanan.
Zakaria berkata, hasil perbincangan tiga kali dengan penganjur Himpunan Oren iaitu pada 6, 9 dan 13 Julai lalu, hanya lapan wakil mereka dibenarkan untuk memasuki pintu tiga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Menurutnya, peserta himpunan tersebut boleh menunggu lebih kurang satu kilometer daripada pintu Istana Negara semasa wakil mereka menyerahkan memorandum.
Himpunan tersebut yang dianjurkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut penganjur dianggarkan lebih 20,000 orang akan menyertai himpunan tersebut.
Sementara itu, pada jam 1.40 petang, kelihatan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, yang juga ahli jawatankuasa kerja Pas Pusat, tiba di pekarangan masjid bersama Unit Amal Pas untuk melepaskan perarakan Himpunan Oren Selamatkan Felda.
Pada jam 2 petang, peserta bergerak ke Kompleks Mahkamah.
Sementara itu, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang berkata, mereka bersama menyokong perhimpunan ini terdiri daripada pelajar Universiti Malaya, Universiti Selangor, dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
“Tujuan kami sertai kerana ini isu rakyat, tak patut kaitkan dengan mainan politik, kami sokong warga Felda seperti orang lain,” katanya ketika ditemui di pekarangan masjid.
Sekitar jam 2.15 petang, turut kelihatan hadir ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub dan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang turut dikenali sebagai “Mat Sabu”.
Pengerusi Anak, Mazlan Aliman memberi ucapan dan taklimat kepada peserta perhimpunan sebelum perarakan, yang diketuai oleh Mat Sabu.
Pemimpin pertubuhan bukan kerajaan seperti Teras, Abim, Peneroka Malaysia, Paksi, Gamis juga sertai bersama.
Pada jam 2.30 petang, sekitar 4,000 peserta termasuk wakil beberapa pertubuhan NGO telah tiba di kawasan Jalan Dutamas 1 untuk menyertai perarakan penyerahan memorandum di Istana Negara.
Dalam ucapannya, Mat Sabu berkata, rakyat telah muak dengan kepimpinan Barisan Nasional dan perarakan ini adalah masa untuk menumbangkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad.
“Hari ini kita berada di sini untuk luahakan suara rakyat, jangan main dengan mandat rakyat.
“Isa Samad perlu undur, rakyat akan beri mandat kepada kerajaan yang mereka percayai,” katanya.
Mat Sabu berkata, Pakatan Rakyat mahu melindungi orang Melayu dan tanah peneroka Felda bagi menjamin kebaikan serta kepentingan peneroka-peneroka terpelihara.
Pada jam 3.15, lapan wakil Himpunan Oren Selamatkan Felda mula bergerak ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum tersebut. – Sinar Harian
sumber: http://detikperubahan.com/2012/07/14/himpunan-oren-kawasan-masjid-wilayah-kompleks-wilayah-jadi-tumpuan

posted from Bloggeroid
No comments: