'/>

Kedudukan Anwar sebagai PM?

Oleh : Ropikah Ahmad

KUALA LUMPUR, 23 Julai – Pakatan pembangkang yang dianggotai oleh Pas, PKR dan DAP saling bersikap berselindung dan mempunyai agenda tersendiri biarpun secara dasarnya mereka menyatakan kesepakatan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Wan Norashikin Wan Nordin berkata walaupun pakatan pembangkang khususnya DAP telah menyatakan persetujuan meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka berjaya membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang tetapi Pas tidak memberikan sebarang pandangan.

“Sehingga ke hari ini Pas tidak menyatakan persetujuan atau membangkang cadangan untuk meletakkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri biarpun Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menyatakan sokongan atas cadangan tersebut,” katanya kepada UMNO-Online.

Jelasnya, apa yang berlaku berkaitan cadangan tersebut sebenarnya mempunyai maksud tersirat sama ada bagi Pas yang tidak mengeluarkan apa-apa komen dan juga bagi DAP yang mencanangkan Anwar untuk jadi PM.

“Pas bersikap ‘playsafe’ dan berdiam diri kerana sedar bahawa banyak isu membabitkan Anwar adalah bertentangan dengan idealogi dan prinsip Islam yang digunakapai oleh parti tersebut apatah lagi ahli dan para penyokongnya adalah terdiri dari orang Melayu yang tentunya Islam.

“Sebelum ini Anwar telah terpalit dengan isu salah laku moral hingga menyeretnya ke mahkamah, kemudian isu pluralisme dan juga LGBT serta kenyataannya menyokong penubuhan kerajaan Israel yang tentunya memberi kesan besar sekiranya mereka menyatakan sokongan untuk Anwar jadi PM.

“Namun demikian, sekiranya mereka mereka membantah cadangan untuk menjadikan Anwar sebagai PM maka ia akan bertentangan dengan apa yang diperkatakan dalam pakatan pembangkang dan tentunya Pas terkeluar dari angkatan tersebut jadi jalan terbaik untuk Pas adalah bersikap berdiam diri sahaja,” katanya.

Ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kampung Gajah berkata, bagi DAP pula, tentunya mereka sedar bahawa untuk mendapatkan sokongan dari bangsa lain khususnya kaum Melayu memerlukan sekutu pembangkang terutamanya PKR bagi dijadikan sebagai kambing hitam.

“DAP ini hipokrit, mereka mahu meletakkan Anwar sebagai PM adalah gula-gula politik bagi mendapatkan sokongan dari bangsa lain kerana mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat kuasai negara tanpa PKR sedangkan realitinya mereka adalah kekal sebagai parti yang rasis.

“Sebelum ini juga telah jelas bahawa Karpal Singh sendiri pernah mencadangkan individu bukan Melayu menjadi PM dan walaupun ia telah seakan dilupakan tetapi kenyataanya adalah membayangkan hasrat sebenar daripada pemimpin DAP tersebut,” katanya.

Tambahnya, dalam pakatan pembangkang tidak pernah berlaku jujur dan saling mempercayai sebaliknya antara ketiga-tiga parti tersebut mempunyai hala tuju dan perjuangan yang berbeza.

“Kita tengok sajalah apa yang berlaku selepas PRU ke-12 apabila ada antara parti-parti tersebut dapat menguasai kerajaan negeri yang mana telah menunjukkan kerakusan untuk memegang kuasa dengan banyak perkara tidak diutamakan,” katanya lagi.

Tegasnya, adakah parti-parti dalam sekutu pembangkang yang lebih berunsurkan anak-beranak dan kaum keluarga adalah salah satu kepimpinan untuk dijadikan contoh terbaik?

“Dalam DAP sendiri bukan saja bapa dan anak sebagaimana Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng jadi pentadbir tetapi menantu pun ada sama, Ini termasuklah Karpal Singh dan dua orang anaknya manakala dalam kepimpinan PKR telah terbukti ketidakwujudan demokrasi apabila ketua umum pun melalui lantikan manakala di bawahnya yang memegang kuasa adalah isteri dan anaknya sedangkan dalam BN ia tidak pernah berlaku dalam satu masa serentak,” ujarnya lagi.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat untuk bijak membuat penilaian dan tidak terpengaruh deangan sikap bermuka-muka parti-parti dalam pakatan pembangkang yang menjadikan PM sebagai satu sandiwara. -
media umno

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY