'/>

KENAPA DILARANG GANTUNG PATUNG BAWAH KERETA?

Kenapa kita dilarang untuk gantung patung di bahagian bawah kereta?

Selalunya kat bahagian bawah bumper belakang kereta mesti ada patung yang tergantung. Contohnya macam dalam gambar di bawah ni.

hukum gantung patung bawah kereta

Actually korang tau tak dari mana dan asalnya budaya ni?

Kalau kurang pasti, bacalah artikel di bawah dan kalau korang ada nampak orang Islam buat camtu, sama-samalah menasihati benda ni.


_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _


Sudah tentu sahabat-sahabat pernah melihat ada orang yang meletakkan anak patung di bawah bumper kereta…

Sebenarnya meletakkan anak patung bawah kereta adalah budaya orang Thailand. Mereka percaya roh orang yang mati kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. 

Bagi mengelakkan roh menganggu mereka yang memandu, terutama roh kanak-kanak, jadi mereka memasang anak patung pada bumper kereta, supaya roh kanak-kanak tenang. Trend ini dibawa oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain (dengan meletak anak patung) supaya roh orang mati dilanggar tidak menganggu kereta mereka.

Firman Allah, mafhumnya: Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta.” (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).

Kesimpulannya janganlah mengikut sesuatu perkara tanpa sebarang usul periksa sama ada perkara berkenaan mengikut syariat islam atau pun tidak. Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini kerana tanpa kita sedar kita telah mensyirikkan Allah S.W.T..
SUMBER:http://www.budakladang.com/2012/04/kenapa-dilarang-gantung-patung-bawah.html

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY