KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor memberikan sumbangan berupa air zam-zam, buah kurma dan jubah kepada 943 masjid yang meliputi 25 kawasan di seluruh Sabah, sempena bulan Ramadan ini.
Sumbangan kepada setiap masjid di Sabah yang mempunyai purata 16 ahli jawatankuasa (AJK) itu disampaikan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Bangunan Umno di sini, hari ini.
Dalam ucapan ringkasnya, Musa berkata sumbangan itu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat termasuk imam dan AJK masjid di negeri ini.
“Sesungguhnya, ia jelas membuktikan penghargaan dan pengiktirafan tinggi daripada kerajaan khusus Perdana Menteri kepada peranan, tanggungjawab dan sumbangan selain memastikan kelancaran program murni yang dijalankan sempena bulan Ramadan ini,” katanya.
Musa yang juga Pengerusi Umno Sabah berkata imam dan AJK masjid sebagai pemimpin agama dan penggerak institusi masjid di peringkat akar umbi memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan syiar Islam di negeri ini terutama menghadapi bulan yang mulia ini.
Ketika ditemui pemberita selepas majlis itu, Musa berkata:”Bagi pihak kerajaan negeri dan Barisan Nasional, kita mengucapkan terima kasih banyak dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri yang telah menderma buah kurma dan juga air zam-zam kepada masjid-masjid seluruh negeri Sabah”.
Katanya, sumbangan itu sebagai satu penghargaan dan pemberian yang amat bermakna kepada para imam dan AJK masjid di seluruh negeri.
Najib semasa berucap di Majlis Perhimpunan Perdana Warga Imam dan Jawatankuasa Masjid seluruh negara bersama Perdana Menteri di Dewan Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) baru-baru ini mengumumkan pemberian kain kepada 14,254 imam serta 138,746 anggota jawatankuasa masjid di seluruh negara untuk dibuat jubah, di samping dua tong air zam-zam kepada semua masjid di seluruh negara. – Bernama

posted from Bloggeroid
No comments: