'/>

ANWAR ARAH SIASATAN KES GAMBAR SEKS AZMIN DITUTUP-ZAMIL

Oleh:Tun Izhalmi
KUALA LUMPUR, 5 Ogos - Bekas Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mahu siasatan berkenaan kes gambar panas Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali diteruskan walaupun mendapat desakan dari Presiden parti, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin kanan parti itu.

Beliau turut mendakwa PKR bercadang melakukan siasatan dalaman berhubung dengan tersiarnya gambar panas namun ditolak oleh Anwar.

Zamil juga mendakwa telah berlaku pertelingkahan dalaman diantara dua kem iaitu kem yang menyokong agar diadakan siasatan dengan seberapa segera dengan kem yang menolak siasatan yang bakal dilakukan.

"Saya difahamkan siasatan itu tidak mendapat restu daripada Anwar sendiri.

"Beliau tidak mahu siasatan dijalankan walaupun didesak oleh Presiden parti dan beberapa pemimpin kanan parti," katanya.

Bekas Ketua Pemuda PKR Kedah itu turut mendakwa kamera litar tertutup yang merakamkan gambar panas Timbalan Presiden PKR telah dipasang oleh pihak tertentu dalam kerajaan negeri Selangor sendiri.

Sumber: http://klpos.com/politik/9822-anwar-mahu-siasatan-kes-gambar-seks-azmin-ditutup-zamil?
posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY