'/>

RAFIZI -WHISTLEBLOWERS. .??? BETUL KE?!!!

akhir ini wujud pemikiran baru dikalangan pembangkang seolah mereka ada lesen besar untuk langgar undang-undang.

Senang cakap berani buat..tak berani tanggung.Makanya bila kerajaan bertindak 'lambat siang' riuh tuduh zalim dan menindas mereka dengan akta-akta yang draconian.

Macam kes terbaru membabitkan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli yang didakwa di mahkamah kerana membocorkan maklumat sulit perbankan milik individu lain kepada umum.

Itu sah-sah salah sekalipun beliau dabik dada sebagai hero yang bongkar skandal NFC.

Riuh-rendah penyokong pembangkang bangkitkan soal 'whistleblowers' kononnya Rafizi masuk kategori tersebut dan tidak boleh didakwa.

Beliau dituduh di mahkamah pada Rabu di bawah Seksyen 97(1) BAFIA bersama seorang lagi bekas kerani bank yang berperanan menyerahkan dokumen-dokumen sulit tersebut kepada Rafizi.

Rafizi pula tidak membuat sebarang laporan polis sebelum dokumen tersebut didedahkan sebaliknya mengadakan sidang akhbar dan memberitahu umum kewujudan akaun bank itu.

Hasrat Rafizi bongkar skandal NFC itu satu isu lain, sedangkan mendedahkan maklumat bank orang lain itu isu berasingan.Jadi ada dua hal yang berbeza di sini.

Rafizi kata Ahli Parlimen Kota Belut Abdul Rahman Dahalan "telah gigit apa yang tidak mampu dikunyahnya," atau dalam kata lain terlebih aksi.

Kes Rafizi ini sama dengan kes video seks yang 99.99 peratus didakwa membabitkan bos Rafizi, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apabila geng Datuk Trio membongkarkan salah laku dan skandal membabitkan ketua pembangkang, dalam sistem demokrasi ia tidak salah.

Apatah lagi terang-terang dalam video tersebut mukanya, ada tarikh dan ada individu lain yang nampak dalam rakaman tersebut.

Keutuhan pendedahan itu diperkuatkan lagi dengan kajian pakar luar negara yang mengesahkan video seks itu 99.9 tulen.

Tetapi ketiga-tiga mereka, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Tamhby Chik dan Datuk Shuib Lazim di dakwa di mahkamah dan mengaku salah. Apa kes?

Kes mereka bertiga adalah tayang video lucah tersebut kepada umum (wartawan) di Hotel Carcosa di ibu negara.

Mendedahkan skandal Anwar itu tidak salah, tetapi menayangkan video lucah kepada umum itu salah.

Mereka bertiga didakwa dan mengaku salah di mahkamah.

Baca lanjut disini: http://www.agendadaily.com/Muka-Hadapan/apa-bezanya-datuk-t-tukang-dedah-video-seks-anwar-dengan-kes-rafizi-nfc.html?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY