'/>
Polis mengedarkan 14 keping gambar individu yang dikehendaki bagi membantu siasatan kerana membawa kanak-kanak berusia bawah 15 tahun dalam Himpunan Shamsidar di ibu negara pada 12 Januari lalu.

Kesemua individu itu diperlukan sebagai saksi bagi melengkapkan siasatan polis mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan tersebut.

"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil membantu polis. Tindakan membawa kanak-kanak bawah 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Akta Kanak-kanak 2001," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sumber: http://tepakbersulam2.blogspot.com/2013/01/polis-edarkan-14-gambar-individu-ada.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid




posted from Bloggeroid

KUALA LUMPUR – Ganjaran RM60,000 menanti sesiapa yang mempunyai maklumat sehingga membawa kepada penangkapan dan sabitan mereka yang bertanggungjawab atas kematian William Yau Zhen Zhong.

“Maklumat itu mestilah sah dan mencukupi untuk mendakwa seseorang di mahkamah,” kata Ketua Biro Khidmat Awam dan Aduan MCA, Datuk Seri Michael Chong pada sidang media sini, hari ini.

Polis hari ini mengesahkan laporan awal ujian ‘deoxyribonucleic acid’ (DNA) Jabatan Kimia ke atas seorang mayat kanak-kanak lelaki yang ditemui di Pelabuhan Klang, pada 24 Januari lalu, adalah William.

William, 6, dilaporkan hilang pada 16 Januari di Jalan Putra Mahkota, Putra Heights, Subang Jaya selepas dipercayai keluar daripada kenderaan untuk mencari ibu bapanya yang singgah di sebuah kedai barangan elektrik.

“Ia belum selesai, hanya kerana pihak polis telah menemui mayatnya. Kami mahu keadilan untuk si kecil William,” kata Chong menambah, ganjaran itu disumbangkan enam pihak yang prihatin.

Katanya, sesiapa yang mempunyai maklumat diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi beliau di talian 013-3982381 atau 03-22033888.

- Bernama

 

posted from Bloggeroid

Masih tidak ramai pengguna telefon pintar yang tahu akan hal ini. Satu versi baru al-Quran yang dikeluarkan oleh Apple App Store / googleplay telah mengguris hati ramai kaum muslimin. Applikasi ini dihasilkan oleh kumpulan Ahmadiyyah dan Qadiani, dengan nama "The Holy Quran Arabic text and English translation”.

Ayat-ayat al-Quran dalam versi ini diterjemah oleh Maulvi Sher Ali dan Ahmadiyyah Muslim Community yang jelas dinyatakan dalam maklumat di iPhone App Store itu. Produk ini wajib diboikot kerana ia menyeleweng dan mengelirukan serta bercanggah dengan ayat-ayat suci al-Quran yang asal.

Kami memohon anda berkongsi dengan semua rakan-rakan anda tentang perkara ini. Sekiranya mereka bukan pengguna android atau iPhone, sekurang-kurangnya mereka boleh memberitahu orang lain, insya-Allah. -Sumber: http://panggungopera.blogspot.com/2013/01/ayat-al-quran-diubah-dalam-aplikasi.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid

KEBANYAKAN kita hidup dalam persekitaran yang dipenuhi dengan perokok. Sama ada saudara terdekat, rakan sebaya, majikan, rakan sekerja mahupun orang asing yang tidak dikenali.

Biarpun risiko penggunaan tembakau ke atas kesihatan sudah diketahui umum, usaha mempromosikan hidup bebas rokok masih tidak begitu berkesan.

Kajian pernah menunjukkan 90 peratus tabiat merokok olrh perokok dewasa bermula sejak muda lagi. Hampir setiap hari, dianggarkan sekurang-kurangnya 4,400 kanak-kanak menjadi perokok tegar apabila mereka dewasa.

Jadi pelbagai cara atau kaedah dicipta untuk membantu perokok tegar termasuk rokok elektronik (e-rokok) atau e-Cigarette.
Baca sepenuhnya: http://www.mediaputrajaya.net/2013/01/e-rokok-tidak-hilangkan-ketagihan.html?m=1

posted from Bloggeroid








posted from Bloggeroid


Sumber: http://www.astroawani.com/news/show/pengguna-e-rokok-terdedah-kepada-penyakit-4587

posted from Bloggeroid


Lokasi di Taman Bintang Bintangor..

posted from Bloggeroid

BENTONG: Mayat seorang lelaki yang dipercayai mati dibunuh ditemui dalam keadaan hampir reput di kawasan semak di Batu 16 Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong, dekat sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor berkata mayat itu ditemui orang awam yang hendak membuang air di kawasan itu pada 3.45 petang.

"Mayat berkenaan yang hampir reput itu kehilangan beberapa anggota badan antaranya kedua-dua kaki dari bahagian tapak kaki hingga ke paha," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad Mansor berkata berdasarkan siasatan awal, lelaki itu dipercayai dibunuh lebih empat hari lalu di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di kawasan semak itu.

Mayat dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk bedah siasat.

- Bernama

posted from Bloggeroid



















posted from Bloggeroid

Ha, cuba try sebut LA ILA HA ILLALLAH...Kedua-dua bibir kita tak bergerak kan? ^_^

Kenapa??

Jawapannya: Itulah Rahmat Allah yang amat besar ke atas hamba hambaNya...

~Di antara hikmahnya adalah kerana apabila seseorang yang didatangi Sakaratul Maut (nazak), tiada daya lagi utk menggerakkan seluruh tubuh kecuali LIDAH sahaja.. Maha Suci Allah.. :D

Begitulah tanda sayangnya Allah pada kita hamba-hambaNya

Sumber: http://antirepublik.blogspot.com/2013/01/kenapa-kedua-dua-bibir-kita-atas-dan.html?utm_source=twitterfeed&utm_medium=twitter&m=1

posted from Bloggeroid


posted from Bloggeroid

2 LAGI BUKTI CAMPURTANGAN SINGAPURA DALAM PRU 13 !
baca sepenuhnya disini:http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2013/01/2-lagi-bukti-campurtangan-singapura.html?m=1

posted from Bloggeroid

AIDCNews – 10/01/13 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman menganggap pendirian Majlis Gereja Malaysia yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah sebagai angkuh kerana tidak mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam di negara ini.

“ISMA menganggap bahawa pendirian angkuh Majlis Gereja Malaysia yang tidak mahu mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam memberi mesej bahawa kaum Kristian di negara ini sudah sedia untuk naik kepala.

“Mereka dengan nyata bersikap mahu memaksa kehendak tanpa mempedulikan pendirian umat Islam.

“ISMA berpendapat bahawa pihak gereja dan Kristian tidak ada hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka yang berbahasa Melayu dan dalam apa-apa juga penerbitan mereka,”katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di ismaweb.net hari ini.

Abdullah Zaik turut mempertikaikan motif di sebalik kesungguhan pihak gereja mahu menggunakan kalimah tersebut.

“ISMA mempertikaikan niat pihak gereja yang ingin berkeras untuk menggunakan kalimah Allah walaupun kalimah itu tiada dalam Old Testament dan New Testament (Perjanjian Lama dan Baru).

“ISMA menyatakan kebimbangan bahawa hasrat ini ada hubungan dengan agenda untuk memangkinkan penyebaran agama Kristian di negara ini, khususnya kepada orang Melayu,”katanya.

Selain itu, ISMA juga turut mempersoalkan niat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, tokoh yang membangkitkan tuntutan ini pada sambutan Krismas, 25 Disember tahun lepas.

“ISMA mempersoalkan pendirian Lim Guan Eng menerusi gesaannya itu yang menggambarkan beliau seolah-olah bersekongkol dengan agenda tersebut.

“Justeru ISMA berdiri teguh di belakang pihak Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan juga dalam mana-mana penerbitan gereja seperti Herald Tribune Malaysia.

“ISMA menyeru umat Islam agar menginsafi ancaman yang sedang dihadapi, segera kembali kepada agama Allah, bersatu padu serta menamatkan suasana dicaturkan akibat perpecahan yang berterusan. Adalah menjadi satu kefardhuan bagi umat bangkit mempertahankan maruah dan kemuliaan diri,”katanya lagi

posted from Bloggeroid



Tidak dapat dinafikan, DAP sememangnya memerlukan satu senjata yang paling berkuasa untuk menutup terus cerita tentang rasuah dan penyelewengan yang melibatkan para pemimpin utama parti tersebut seperti Nga Kor Ming dan Ngeh Kor Ham, selain skandal kewangan serta penjualan tanah oleh Lim Guan Eng kepada beberapa buah syarikat kroni. 

Selalunya, DAP gemar menjadikan UMNO dan para pemimpin sebagai sasaran utama. Itulah sebabnya, dari mulut Anwar Ibrahim akan kedengaran ratib dan zikir, UMNO, UMNO dan UMNO. Apa-apa sahaja yang berlaku dan tidak kena di mata Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang itu akan cuba kaitkan dengan UMNO walaupun kesalahan tersebut dilakukan oleh DAP sepertimana yang berlaku dalam kes pembinaan bangunan meletak kereta yang akhirnya diruntuhkan bernilai lebih RM5 juta di Bukit Bendera pada tahun lalu, kerana bukan sahaja tidak mengikut spesifikasi sebaliknya tidak boleh dimasuki oleh mana-mana kenderaan pun, kecuali motosikal. 

Ketika skandal tanah melibatkan Ngeh dan Nga memuncak di Perak dan di Kelantan, DAP cuba mencari jalan untuk menutup cerita berkenaan dengan mengisytiharkan bahawa Speaker DUN Perak, Datuk Ganeson berlakon dalam filem lucah. ADUN Tronoh, Sivakumar yang pernah menjadi Speaker DUN Perak, menyalak dan melolong bagi pihak Ngeh dan Nga. 

Gemparlah seketika apabila Sivakumar menunjukkan 'bukti' sebuah VCD dengan gambar Ganeson tertera pada CD tersebut. Namun apabila diteliti, ternyata kandungannya adalah 'kosong'. Cerita tentang hubungan seks antara Ganeson dengan skandalnya seperti yang diuar-uarkan oleh DAP dan Sivakumar, tidak lebih daripada cerita kosong kerana isi kandungan VCD tersebut jauh berbeza daripada apa yang diceritakan. 

Dengan kata lain, tidak ada pun gambar-gambar apatah lagi filem lucah di dalam video berkenaan. 

Taktik DAP terkantoi dengan begitu mudah. Mereka bercakap tetapi tidak ada bukti malah dilihat lebih kepada usaha-usaha terdesak untuk menyelamatkan Ngeh dan Nga.

Namun apabila cerita skandal dan penyelewengan melibatkan Ngeh dan Nga masih berterusan, DAP terpaksa mencari jalan lain untuk menyelamatkan diri. Mereka terpaksa memilih kambinghitam dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri. Kalaupun bukan untuk menimbulkan persoalan, tetapi boleh juga digunakan untuk menuduh UMNO… satu taktik yang seringkali digunakan oleh DAP untuk melarikan diri daripada sebarang topik yang kurang memberikan kelebihan kepada mereka. 

Video klip lucah 28 saat yang memaparkan Mansor Othman, Pengerusi PKR Pulau Pinang yang juga merupakan sekutu kuat Anwar Ibrahim di negeri tersebut, dipilih sebagai kambinghitam. SUMBER


Kuala Terengganu - Ribut Tropika 'Sonamu' dilaporkan laman sesawang 'Global Disaster Alert and Coordination System' (GDACS) akan melanda pantai Timur Semenanjung malaysia pada 6.00 GMT pada Selasa 8 Januari.

Data yang dibekalkan bersama oleh Pusat Amaran Ribut Angkatan Laut dan Udara Amerika Syarikat yang mencadangkan Sonamu akan mendarat di kedudukan 6.3 N,103.3 E.

Namun begitu kenyataan pada hari Sabtu 5 Januari Majlis Keselamatan Negara, yang diterbitkan akhbar The Sun meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah bermula semalam (Ahad) sehingga Rabu.

Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata kawasan-kawasan yang sering dilanda banjir harus berwaspada amaran hujan lebat dan perlu membuat persediaan awal bagi kemungkinan banjir dan orang ramai harus menurut perintah daripada pihak berkuasa untuk mengosongkan rumah mereka.

Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) telah meramalkan keadaan laut bergelora dan banjir di kawasan-kawasan rendah akan berterusan sehingga Rabu.

Laman webnya telah mengeluarkan amaran angin kencang timur laut lebih 60 kmsj dengan ombak lebih daripada 4.5m berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

Susulan itu, Buletinonline dimaklumkan satu berita yang agak tergempar apabila pihak Hospital Sultanah NurZahirah di sini telah memindahkan ubat-ubatan ke tingkat atas bagi menghadapi risiko ribut tersebut.

Menurut sumber dalaman itu, hospital turut mengarahkan pesakit-pesakit yang 'ringan' dan yang tidak melibatkan 'wayar' pulang ke umah masing-masing.

Sehubungan itu, seorang pengamal perubatan telah mengesahkan mendapat pesanan ringkas dari pihak Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian yang turut meminta semua pihak berjaga-jaga.

"harap semua bersedia. 'Meeting' telah (dibuat) diperingkat MKN (Majlis Keselamatan Negara). 'Emergency response' di east cost(inner ring) activated already today (Amaran Kecemasan telah diaktifkan hari ini untuk Pantai Timur)

sumber:http://kerisputera.blogspot.com/2013/01/amaran-kecemasan-diaktifkan-malaysia.html





Antara isu yang dibincangkan adalah permohonan naik taraf jalan kampung, pembinaan sistem perparitan,isu anjing liar,masalah sampah sarap,lampu jalan...
Dalam perbincangan tersebut pihak mdmj meminta penduduk kampung menjelaskan cukai.
Pihak kampung memohon pengurangan cukai pintu...
Antara pihak yang hadir, setiausaha Majlis Daerah,Kr. Morsili,Kr Abdul Rahman Embong,Ketua Kaum Penduduk Kampung,Exco Tertinggi PBB N40 Meradong, wanita dan Pemuda...

posted from Bloggeroid








posted from Bloggeroid

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY