'/>

ISMA -KENYATAAN MAJLIS GEREJA ANGKUH

AIDCNews – 10/01/13 – Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Bin Abdul Rahman menganggap pendirian Majlis Gereja Malaysia yang tetap mahu menggunakan kalimah Allah sebagai angkuh kerana tidak mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam di negara ini.

“ISMA menganggap bahawa pendirian angkuh Majlis Gereja Malaysia yang tidak mahu mempedulikan larangan pihak berkuasa dan tentangan umat Islam memberi mesej bahawa kaum Kristian di negara ini sudah sedia untuk naik kepala.

“Mereka dengan nyata bersikap mahu memaksa kehendak tanpa mempedulikan pendirian umat Islam.

“ISMA berpendapat bahawa pihak gereja dan Kristian tidak ada hak untuk menggunakan kalimah Allah dalam Bible mereka yang berbahasa Melayu dan dalam apa-apa juga penerbitan mereka,”katanya dalam satu kenyataan yang diterbitkan di ismaweb.net hari ini.

Abdullah Zaik turut mempertikaikan motif di sebalik kesungguhan pihak gereja mahu menggunakan kalimah tersebut.

“ISMA mempertikaikan niat pihak gereja yang ingin berkeras untuk menggunakan kalimah Allah walaupun kalimah itu tiada dalam Old Testament dan New Testament (Perjanjian Lama dan Baru).

“ISMA menyatakan kebimbangan bahawa hasrat ini ada hubungan dengan agenda untuk memangkinkan penyebaran agama Kristian di negara ini, khususnya kepada orang Melayu,”katanya.

Selain itu, ISMA juga turut mempersoalkan niat Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP, tokoh yang membangkitkan tuntutan ini pada sambutan Krismas, 25 Disember tahun lepas.

“ISMA mempersoalkan pendirian Lim Guan Eng menerusi gesaannya itu yang menggambarkan beliau seolah-olah bersekongkol dengan agenda tersebut.

“Justeru ISMA berdiri teguh di belakang pihak Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan juga dalam mana-mana penerbitan gereja seperti Herald Tribune Malaysia.

“ISMA menyeru umat Islam agar menginsafi ancaman yang sedang dihadapi, segera kembali kepada agama Allah, bersatu padu serta menamatkan suasana dicaturkan akibat perpecahan yang berterusan. Adalah menjadi satu kefardhuan bagi umat bangkit mempertahankan maruah dan kemuliaan diri,”katanya lagi

posted from Bloggeroid

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY