Dikatakan, oleh kerana Whatsapp telah menjadi media komunikasi penting pada hari ini telah menjadikannya popular dan tarikan para pengkaji dan penggodam / hackers, untuk mendapatkan akses kepada perkara-perkara peribadi yang dikongsi menerusi Whatsapp.
Alkemade adalah seorang penyelidik dari Uthrect University di Netherlands yang bekerja dalam bidang sains komputer. Beliau memberitahu, semasa beliau dalam pengajian keatas sumber terbuka Adium, 'projek mesej segera', beliau telah menemui kelemahan dan kecacatan dalam enkripsi dan kod yang digunakan untuk keselamatan oleh Whatsapp.
Seorang penggodam Whatsapp mampu mendapatkan semula plaintext melalui baits yang dihantar. Ini termasuklah mendapatkan gambar-gambar, menukar status whatsapp dan lebih buruk lagi, penggodam mampu berbual dengan rakan anda!!
CONTOH BAGAIMANA PENGGODAM MENDAPATKAN DATA DI WHATSAPP |
Penggodam dan penyerang sebelum ini menggunakan cara yang agak rumit untuk mendapatkan perbualan pengguna Whatsapp, tetapi lewat ini, semakin ramai penggodam memprogram semula berjenis-jenis perisian yang lebih mudah digunakan untuk tujuan serangan ini.
Buat masa ini, beliau mengakui belum ada cara untuk menyekat Whatsapp daripada digodam. Alkemede juga mencadangkan agar orang ramai berhenti dari menggunakan Whatsapp sehingga Whatsapp berjaya mendapatkan patch terbaru untuk memperbetulkan masalah ini.-
No comments: