SIBU : Keluarga mangsa kemalangan ngeri Mukah- Selangau, terharu dengan kehadiran Abdullah Haji Saidol yang meluangkan masa menjengah Nur Shafiqah di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sibu di sini, semalam.
Abdullah yang juga Ketua Setiausaha Politik Ketua Menteri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, tiba pada jam 2.30 petang ditemani oleh beberapa pemimpin parti PBB N.40 Meradong.
Ketika kunjungan yang tidak disangka-sangka itu Abdullah sempat bertanya perkembangan terkini, Nur Shafiqah sambil menghulurkan sumbangan peribadi beliau.
Ibu saudara mangsa, Latifah Masri, 40 berkata, kunjungan pemimpin itu memberi makna yang besar malah amat dihargai oleh keluarganya.
“Kami terkejut dan tidak sangka pemimpin ini datang. Meskipun, sekadar datang menjengah, bagi kami ini satu penghormatan besar. Tidak pernah kami menerima kunjungan sebegini sebelum ini. Saya mewakili seluruh anggota keluarga ingin meluahkan penghargaan dan terima kasih,” katanya.
Dalam pada itu, Nur Shafiqah, satu-satunya mangsa yang terselamat dalam kemalangan maut di Mukah Selangau, Jumaat lalu dilaporkan mula sedarkan diri selepas menerima rawatan kecemasan sejak tiga hari lalu.
Latifah memberitahu, anak saudaranya mula menunjukkan reaksi positif.
“Alhamdulillah, keadaan kesihatannya stabil dan tidak mengalami sebarang komplikasi. Dia sudah menjalani pembedahan muka dan memberikan respon positif termasuk mengerakkan tangan. Bagaimana pun, keadaannya masih lemah.
“Apa pun, saya bersyukur, semuanya berjalan dengan lancar dan selamat. Sekarang, yang paling penting hanyalah dia perlu berehat sebanyak mungkin untuk dapatkan kekuatan semula,” katanya.
Nur Syafiqah, anak ketiga daripada lima beradik dalam keadaan kritikal apabila parah di kepala dan patah
tangan kiri, kini menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sibu.
Sementara itu, semua mayat dibawa ke Hospital Mukah bagi bedah siasat sebelum di bawa ke Kampung Bruit, Daro,untuk dikebumikan dalam satu liang lahad Tanah Perkuburan Islam kampung itu, petang kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 3petang Sabtu lalu, enam termasuk lima sekeluarga maut selepas PERODUA Kancil yang mereka naiki bertembung dengan Toyota Hilux di kilometer 14,Jalan Mukah- Selangau.
Mereka yang terkorban ialah Mohd Hisyam Abdullah,40; isterinya,Jauyah Jaafar,40, serta tiga anak mereka iaitu Kasyfil Hasimiee, 9; Asrizan Airil, 5 dan Aimen Rayyan,berumur empat tahun,manakala penumpang Toyota Hilux yang maut pula, Wong Tai Yen,27.
Hadir sama, Ketua Pemuda PBB Meradong, Helmi Morsili dan Naib Ketua Pemuda Saudara Jakeri Hj. Form
No comments: