'/>

PEGAWAI KHAS MENTERI KAKI PROJEK KENA TAHAN SPRM


Tiga individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang bergelar Datuk ditahan reman pada hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender.

Majistret Nur Dahlia Azmi mengeluarkan perintah tahanan reman selama empat hari terhadap pegawai khas itu dan seorang ahli perniagaan manakala seorang wanita berjawatan setiausaha ditahan reman selama tiga hari, bermula hari ini.

Mereka yang berusia antara 31 dan 48 tahun itu ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

SPRM mengemukakan permohonon tahanan reman itu mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.


Siapa pegawai khas itu masih menjadi tanda tanya kerana SPRM tidak memaklumkan siapa pegawai khas yang bergelar Datuk itu.

Menurut maklumat kenderaan mewah milik Datuk tersebut juga telah dirampas termasuk Toyota Alphard, Golf GTI, Toyota Vellfire dan Camry yang kini diletakkan di Bangunan SPRM, Putrajaya.

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY