'/>

48 KERTAS SIASATAN TATATERTIB DIBUKA

KOTA KINABALU - Sebanyak 48 kertas siasatan tatatertib melibatkan pelbagai kesalahan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Sabah dibuka sejak Januari lalu, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.Beliau berkata, jumlah berkenaan merupakan peningkatan sebanyak 108 peratus berbanding cuma 23 kes seumpamanya dalam tempoh yang sama pada tahun 2013.    Hamza berkata, kes tatatertib yang disiasat merangkumi dakwaaan penyalahgunaan kuasa, jenayah, pelanggaran disiplin dalam tugas serta beberapa kes rasuah."Apa juga salah laku pegawai, anggota dan pegawai awam kita, sama ada dilakukan secara terang atau polis menerima surat tohmahan, kami akan bukan kertas siasatan tatatertib."Andai kata mereka terbukti melakukan kesalahan berpandukan siasatan ini, kami akan ambil tindakan berpandukan kepada Peraturan Pegawai-Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993," katanya kepada pemberita selepas  menghadiri perhimpunan bulanan agensi itu di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah di sini hari ini.Pada majlis majlis berkenaan, Hamza turut menyampaikan sijil penghargaan kepada anggota polis yang cemerlang.Beliau menegaskan bahawa PDRM tidak akan berkompromi dengan sebarang pelanggaran peraturan dan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan anggotanya demi memelihara integriti polis seterusnya memastikan kepercayaan orang awam terhadap agensi itu terus terpelihara.Terdahulu dalam ucapannya, Hamza mengingatkan pegawai dan penyelia pasukan polis agar memainkan peranan aktif dan tidak gentar dalam menegur pegawai atau anggota di bawah seliaan mereka yang melakukan kesalahan supaya sebarang perlakuan negatif dalam pasukan dapat dihindarkan dan kes tatatertib dapat diturunkan.Katanya semua pegawai dan anggota PDRM mesti menanam sikap positif terhadap tugas yang dipertanggungjawabkan dan menolak sikap negatif seperti enggan menerima laporan, tidak mengambil tindakan atau dan lewat memberi maklum balas terhadap aduan orang awam.Hamza berkata, pegawai dan anggota PDRM harus menyiasat semua laporan orang awam dengan telus dan cekap manakala setiap maklumat yang diterima mesti diambil tindakan sewajarnya."Saya tidak mahu mendengar rungutan atau aduan yang maklumat orang awam tidak diambil tindakan sewajarnya. Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas mereka yang didapati melanggar peraturan  pasukan dan undang-undang negara," katanya. - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY