'/>

7 permit untuk kedua-dua parti

MUKAH - Polis mengeluarkan tujuh permit ceramah untuk dua parti yang bertanding, Barisan Nasional (BN) dan PKR, bagi kempen pilihan raya kecil Balingian setakat ini.

Ketua Polis Mukah, Deputi Superintendan Omar Bakthiar Yaacob berkata, tujuh permit itu melibatkan enam permohonan daripada BN dan satu daripada PKR sejak tempoh kempen bermula semalam.

"Belum ada laporan polis berkaitan dengan kesalahan pilihan raya dibuat setakat ini, kempen terkawal dan dijangka meningkat selepas PRK Kajang," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Omar menasihatkan semua parti politik supaya menyerahkan awal permohonan permit ceramah dan memberi jaminan tempoh kelulusan yang cepat. 

PRK Balingian menyaksikan pertandingan satu lawan satu calon BN Yussibnoh Balo,48, dan calon PKR Abdul Jalil Bujang, 55, pada 29 Mac ini. - Bernama

No comments:

| Copyright © 2013 MERADONG TODAY